MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Khamis, 16 April 2015

PENIAGA SAMAN 100 JUTA

Eleanor Ruby
KENINGAU: Seorang ahli perniagaan dari Keningau, Thien Swee Jin @ Annie Thien, 49 (gambar), membuat laporan polis untuk menuntut saman malu sebanyak RM100 juta ke atas empat pemimpin kampong – tiga orang berjawatan Ketua Kampung dan seorang Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) di kawasan DUN N. 34 Liawan.
   Annie dalam laporannya yang dibuat di Balai Polis Daerah Keningau pada 6 April 2015 lalu, memberitahu bahawa keempat-empat pemimpin kampong itu telah menerbitkan kenyataan fitnah (defamation) dalam akhbar, yang menuduhnya melakukan pencorobohan tanah penduduk di Kg. Ulu Keningau.
   Pemimpin itu turut menyiarkan kenyataan bahawa beliau telah memohon tanah penduduk seluas 50 ekar milik penduduk, dengan nombor permohonan tanah PT201231415.
   Menurut Annie, dakwaan pemimpin itu tidak betul dan fitnah kerana tidak ada bukti bahawa tanah yang dicorobohi itu diatas namanya, sementara nombor permohonan tanah yang disiarkan dalam akhbar  terletak di lokasi yang lain.
   Berikutan penyiaran akhbar itu, Annie mendakwa reputasinya  terjejas teruk, selain masyarakat memandang serong terhadapnya.
   “Perniagaan saya mengalami kerugian yang sangat besar,” dedahnya dan menambah, rakan kongsi perniagaan mempertikai integeritinya.
   Pada 26 Mac lepas, sebuah akhbar dwi bahasa (bukan Daily express) menyiarkan pendedahan mengenai pencorobohan tanah penduduk Kg. Ulu Keningau, dan mendakwa pelakunya bernama Thien Swee Jin @ Annie Thien.
   Jurucakap penduduk KK Aliman Nulantan, Ketua Kampung Samalang yang ditemani oleh KK Joanis Doimpin, Ketua Kampung Kg. Keningau, KK Peterus Langkihang, Ketua Kampung Kg. Ulu Keningau dan WKAN Jasin Lumau, dipetik sebagai berkata seperti yang diterbitkan dalam akhbar itu mendedahkan, seluas 50 ekar tanah penduduk di kawasan itu telah dicorobohi yang merujuk kepada Annie sebagai individu yang bertanggungjawab.
   “Saya bukan pemilik tanah itu,” Annie membuat pengakuan sebagaimana dalam laporan polisnya.
   Annie berkata, segala dakwaan yang dinyatakan oleh pemimpin pemimpin kampong itu semata-mata fitnah, yang bertujuan jahat terhadap beliau.
   “Saya rujuk dakwaan mereka ini melalui Akta Fitnah 1957 (saman fitnah), untuk tujuan membersihkan nama saya dan seluruh keluarga yang menerima kesan buruk berikutan penyiaran berita itu,” katanya.
   Annie juga telah merujuk perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Keningau, untuk memohon siasatan bagaimana pemimpin-pemimpin kampong itu boleh memperolehi maklumat peribadinya di Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Keningau secara tidah sah.
   Katanya, berlaku unsur rasuah untuk memperolehi maklumat peribadinya daripada fail sulit Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Keningau.
   “Bagaimana maklumat sulit seseorang boleh diperolehi tanpa kebenaran ketua jabatan dan diterbitkan melalui akhbar,” soalnya kepada akhbar ini.
   Meyakinkan kepada akhbar ini bahawa perbuatan itu sangat sangat keji, mengecewakan, berunsur rasuah, dan ia boleh berulang kali berlaku jika tidak ada pengajaran yang sangat berat dijatuhkan kepada pelaku.
   “Mereka telah meragut masa depan saya, dan bukan sebegitu mudah untuk memulihkan,” jelasnya dengan penuh kesal.
   Akhbar ini sedang berusaha untuk mendapatkan reaksi daripada keempat-empat pemimpin kampong itu.