LAHAD
DATU (Sabah, Malaysia): Dua anggota komando Malaysia dilaporkan terbunuh
selepas diserang menggunakan mortar apabila pertempuran tercetus antara pihak
polis dan penceroboh bersenjata dari Filipina yang menduduki kawasan kampung di
Lahad Datu, Sabah pada Jumaat.
Sepuluh anggota penceroboh turut dilaporkan terbunuh apabila polis menyerbu kawasan yang diduki mereka, kata jurucakap kumpulan berkenaan sebelum ini.
Agensi berita Bernama berkata wartawannya melihat mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
Keadaan di kawasan pesisir pantai di Lahad Datu sunyi sepi selepas bermulanya kejadian tembak menembak antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh dari Filipina yang menduduki kawasan perkampungan di Sabah, lapor media Filipina hari ini.
Abraham Idjirani, jurucakap bagi pihak pemberontak, melaporkan 10 anggotanya terbunuh apabila anggota polis menyerbu kawasan yang diduduki mereka.
Portal The Phillipine Daily Inquirer memetik laporan Free Radio Sarawak berkata kawasan tanaman sawit di Felda Sahabat 17 berhampiran Kampung Tanduo, di mana pemberontak berkampung sejak 9 Febuari lalu, “sunyi sepi”.
Borneo Insider online pula melaporkan seorang anggota Komando VAT69 Malaysia terbunuh.
Bernama pula melaporkan dua anggota Komando Polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo.
Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai “pekan berhantu”, dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital.
Empat
turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada
Sulu Sultan Jamallul Kiram III, memetik laporan Philippine Daily Inquirer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan