MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Ahad, 3 Februari 2013

PENGUNDI KENINGAU SOKONG BN


By MOHD KHAIRY ABDULLAH
KENINGAU  (Sabah, Malaysia):  Sahabat karib ini menunjukkan perentang yang satu daripadanya lambang BN (Barisan Nasional), dan satu lagi memaparkan tulisan berbunyi I Love PM yang merujuk bahawa beliau sayang terhadap Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak.
   Gelagat kedua sahabat ini mencuit perhatian peserta majlis my Beautiful Malaysia yang dilancarkan secara serentak di seluruh Negara oleh Perdana Menteri Malaysia.
   Di Keningau majlis itu disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin Karno.
   Kedua-duanya enggan memberitahu nama kepada wartawan, tetapi mereka diantara beribu rakyat di kawasan pilihanraya N.34 Liawan yang percaya bahawa BN kembali berkuasa pada pilihanraya ke-13 ini.
   “Kami yakin dengan kerajaan BN,” jelas kedua-duanya kepada wartawan 

PEMBANGKANG SANGAT MERBAHAYA --- Datuk Sairin


By MOHD KHAIRY ABDULLAH
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Datuk Sairin Karno mendedahkan bahawa fahaman pembangkang sangat merbahaya, dan rakyat harus menyedari dan menjauhi daripada terpengaruh.
   Menekankan bahawa pembangkang boleh memusnahkan masa depan rakyat, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah itu berkata, rakyat di kawasan Keningau harus bersatu untuk menolak parti itu.
   “Pemimpin-pemimpin pembangkang menyuntik semangat ganas seperti melakukan demontrasi kepada rakyat,” katanya.
   Sairin berkata, rakyat Sabah yang hidup aman dan harmoni sejak sekian lamanya menolak budaya ganas yang menjadi amalan pembangkang.
   Beliau menasihatkan rakyat di daerah itu khususnya di kawasan Liawan agar bersatu untuk menolak pembangkang.
   “Rakyat aman dan harmoni dalam BN,” katanya ketika menyampaikan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2) di Kg. Limbawan Keningau.
   Berpuluh-puluh rakyat di kampong itu menerima baucer bernilai RM500 setiap seorang.
   Mengenai bantuan itu, Sairin yang merupakan Wakil Rakyat N.34 Liawan berkata, wang tersebut merupakan pemberian ikhlas daripada kerajaan BN kepada rakyat.
   Katanya bantuan seperti itu tidak mampu dilakukan oleh pembangkang.
   Sairin menasihatkan penerima-penerima baucer itu agar menghargai pemberian ikhlas kerajaan BN itu, dan meningkatkan sokongan mereka kepada pemimpin serta kerajaan.
   Ketika merasmikan majlis my beautiful Malaysia peringngkat daerah Keningau, Sairin menasihatkan penjawat awam agar terus memberi sokongan yang kuat kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak.
   Kira-kira 1000 orang menyertai majlis yang dilancarkan secara serentak di seluruh Negara.
   Hadir sama di majlis itu ialah Wakil Rakyat Bingkor Datuk Justin Guka, Pegawai Daerah Keningau Amat Mohd Yusof serta ketua-ketua jabatan negeri, persekutuan serta pemimpin parti-parti kompenan setempat.