Having trouble viewing email ? view email in browser 








Connect with me

Hi Mohd Khairy Abdullah,
Bajet 2013 – Berikan Cadangan Anda! 

Pada tahun lepas, anda telah menyertai Meja Bulat 1Malaysia dan telah memberi kami maklum balas tentang apa yang perlu kami fokuskan di dalam Bajet 2012. Cadangan dan pendapat rakyat Malaysia yang prihatin seperti andalah yang telah membantu kami untuk lebih memahami tentang keperluan rakyat. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan dan sumbangan anda demi kebaikan masyarakat, sosial dan juga kewangan negara lantas menjemput anda menyertai perbincangan yang sama pada tahun ini.

Kami akan menyediakan sebuah platform untuk memberikan ruang dan peluang bagi Rakyat Malaysia untuk berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet 2013 dan seterusnya dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan.

Platform ini akan memberi tumpuan terhadap beberapa topik seperti kos sara hidup, keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti and juga isu-isu yang mempengaruhi kehidupan anda adalah di antara perkara yang ingin dibincangkan. Perbincangan ini akan berlangsung secara online bermula hari ini sehingga 29 Julai.

Pada masa ini, kurang daripada 10% daripada rakyat Malaysia yang membayar cukai. Oleh itu, cabaran utama bagi kita adalah untuk memperluas and mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet dikekalkan pada paras yang boleh diurus agar perbelanjaan tidak melebihi kemampuan kita.

Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu memberi tumpuan terhadap perangsangan pelaburan dalam negeri serta menarik pelaburan asing melalui Program Transformasi Ekonomi. Kita sudahpun membuat permulaan yang kukuh dimana LHDN tahun lalu telah mengumpul sebanyak RM110 bilion hasil dan ini telah membolehkan kita membiayai perkhidmatan-perkhidmatan utama bagi kebajikan Rakyat seperti BR1M dan baucar buku.

Bagi mengekalkan momentum ini, kita perlukan semua Rakyat Malaysia untuk menyumbangkan idea-idea mereka, dan oleh itu saya ingin menjemput anda untuk turut serta dalam perbincangan Bajet 2013 ini. Anda boleh mulakan dengan mengklik disini. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya amat berharap agar dapat menerima idea-idea baru yang bernas serta penyelesaian yang berpotensi daripada rakyat Malaysia.

Yang benar,
Najib Razak
Copyright © 2012 1Malaysia.com.my, All rights reserved.