KUALA
LUMPUR (Malaysia): Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani
masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, demikian diumumkan Datuk
Seri Najib Razak, semalam.
Perdana Menteri berkata, kerajaan komited untuk menangani isu itu yang
menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.
Adalah diharapkan warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada
penubuhan RCI ini dan bersama-sama kerajaan dalam mencari strategi dan
pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan. - Datuk Seri Najib Razak
BARISAN NASIONAL |
DATUK SAIRIN KARNO |
PETA NEGERI SABAH |
Najib berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak.
“Jabatan Peguam Negara diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas sudah disediakan.
“Bagi memastikan perjalanan RCI kelak mengambil kira pandangan semua pihak, saya sudah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berhubung draf awal TOR sebelum dimuktamadkan,” katanya.
Perdana Menteri berkata, penubuhan RCI adalah manifestasi iltizam kerajaan dalam menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Dilaporkan, jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan mencecah 500,000 orang.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung penubuhan RCI.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata suruhanjaya berkenaan menzahirkan komitmen tinggi kerajaan dalam mendengar suara rakyat.
Beliau berkata, pada peringkat kementerian, penubuhan RCI dilihat sebagai nilai tambah usaha dilaksanakannya menangani isu berkaitan pendatang asing tanpa izin melalui Makmal Pengurusan Warga Asing Nasional serta Makmal Khas Warga Asing Sabah.
Sementara itu di KENINGAU (Sabah) Wakil Rakyat N. 34 Datuk Sairin Hj. Karno menyambut baik penubuhan RCI itu dan berkata;
"Ini adalah bukti ketelusan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak,".
Satu usaha kerajaan yang baik dan harus kita banggakan. Terima kasih PM Datuk Seri Najip Razak.
BalasPadam