Oleh:
MOHD KHAIRY ABDULLAH DAN ROSANNA EDEZA
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Kerajaan Pusat meluluskan
peruntukan RM235 juta untuk membina sebuah loji rawatan air baru di Keningau, sebagai
langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah bekalan air penduduk itu di
sini.
Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak menyaksikan pertukaran dokumen diantara Malaysia - Berunai mengenai pembangunan Pusat Ternakan Bersepadu Keningau di Kg. Karamatoi sook. |
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib
Razak ketika mengumumkan peruntukan itu semasa berucap di pelancaran pesta ka’amatan
peringkat kebangsaan berkata, projek loji baru itu antara lain membabitkan
kerja pembinaan lima tangki simpanan air, pemasangan paip air mentah sepanjang
empat kilometer serta paip transmisi sepanjang 42.8 kilometer.
Pelancaran pesta ka’amatan peringkat
kebangsaan dilangsungkan di padang Kompleks sukan Keningau, dan dihadiri
kira-kira 30,000 orang pengunjung.
Najib berkata, projek itu dijangka dimulakan
dalam masa terdekat dan mengambil masa 35 bulan untuk disiapkan.
Apabila siap nanti, ia akan memberi faedah
kepada kira-kira 200,593 orang, termasuk pengguna baru menjelang 2030.
Perdana
Menteri itu memberitahu, proses reka bentuk projek itu sudah disiapkan dan kini
dalam proses penyediaan dokumen tender.
Najib melakukan upacara pecah tanah lokasi pembangunan |
DATUK GHANI YASSIN (Tengah) |
Wakil
Rakyat Liawan Datuk Sairin Hj. Karno yang merupakan ADUN bagi lokasi pelancaran
pesta itu turut hadir – beliau merupakan Ketua Umno Bahagian P. 180 Keningau.
Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri sabah, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal serta Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Terdahulu ketika merasmikan bangunan Pusat Kraftangan Sabah, Najib berkata, pembinaannya satu contoh bagaimana rakyat Sabah terus mendapat manfaat hasil kerjasama rapat antara kerajaan negeri dan Pusat.
Katanya, rakyat Sabah memang layak memiliki kemudahan itu sejajar kekayaan kreativiti, kesenian dan bakat rakyat negeri ini yang berpotensi dibangunkan hingga ke peringkat lebih tinggi.
“Potensi negeri ini amat besar. Sebab itu, kita mempunyai agenda besar untuk Sabah, kita mempunyai perancangan yang jitu dan jelas,” katanya.
Katanya, menerusi proses tranformasi, ia turut mensasarkan keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar Bandar, serta menegakkan keadilan sosial termasuk memastikan rakyat di pedalaman menikmati pendapatan dan kemudahan asas yang lebih baik.
Ketika melancarkan Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC) di Kg. Karamatoi Sook – 35Km dari Bandar kecil Keningau, Perdana Menteri member amaran kepada pemimpin pembangkang supaya jangan berbohong dan menipu rakyat, dengan menaburkan janji-janji kosong.

“Janji-janji
pembangkang yang tak ada guna, mereka janji macam-macam kepada rakyat, tetapi
tidak tahu dari mana mereka memperolehi duit untuk janji itu,” katanya.
Komuniti remaja Murut yang begitu setia menunggu ketibaan PM |
Pusat
ternakan Bersepadu Keningau dibangunkan di atas tanah seluas 834 hektar yang
membabitkan pelaburan bernilai RM763 juta.
KILC
merupakan salah satu projek ‘flagship’ bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC),
dan sebuah Pusat Ternakan Bersepadu yang pertama seumpamanya di Sabah dan
Malaysia.
Pusat itu
dijangka menghasilkan 6 juta liter susu setahun daripada 2000 ekor lembu betina
yang disasarkan, bagi memenuhi keperluan pengguna domestic, semenanjung dan Negara Berunai Darussalam.
Ia juga
mengwujudkan peluang pekerajaan bagi menjana kuasa beli dikalangan rakyat
setempat.
Najib
berkata, pusat ternakan itu bukan sahaja mercu tanda kejayaan Koridor
Pembangunan Sabah, tetapi symbol kejayaan bagi kesemua jabatan dan agensi
kerajaan di Sabah.
Pelancaran
itu disaksikan oleh kira-kira 20,000 penduduk setempat yang diketuai oleh Ketua
Umno Bahagian P. 180 Pensiangan Datuk Ghani Yassin.
Majlis
gilang-gemilang yang dihadiri oleh ketua Negara itu merupakan satu kejayaan
besar kepada Barisan Nasional (BN) di kawasan Pensiangan.
“Satu
kejayaan kepada Datuk Ghani,” jelas para pemimpin persekutuan yang turut
menghadiri majlis itu.
kenapa 235 juta itu dinama kan pinjaman bukan peruntukan,maksudnya kita sebagai pembayar bil air akan menanggung pembayaran pinjaman tersebut,kena tipu lah kita di pendalaman ini,sudah lah harga getah tidak sama antara daerah dan negeri contohnya kenapa harga di tuaran mahal 20 sen dari di pendalaman,dan begitu juga harga getah di malaya dan sabah serta serawak....fikir lah wahai KDM jangan kena tipu lagi
BalasPadam