MASYARAKAT di Sabah hanya memahami keperluan seorang
wartawan, tetapi tidak mengetahui bidang tugas sebenar mereka.
Sebab itu sering
kali terjadi salah faham diantara wartawan dan masyarakat, yang menyebabkan
terdapat wartawan diheret ke mahkamah yang menerbitkan permusuhan berpanjangan.
Saya mengimbas
kepada satu pengalaman yang berlaku kira-kira 15 tahun yang lalu, apabila saya
diheret ke mahkamah gara-gara kerana penulisan satu berita pertikaian mengenai
tanah, diantara seorang Makcik dan Anak buahnya.
Fakta kes ialah
Makcik itu memberikan butiran fakta mengenai sebidang tanah yang tergadai
disebabkan kecuaian Anak buahnya.
Apabila saya
memperolehi fakta kes yang mengandungi laporan polis dan perakuan pengadaian,
berita itu ditulis dan dihantar kepada penyunting untuk pengenalpastian ‘nilai
berita’ dan seterusnya penyeneraian penerbitan oleh ketua editor.
Pada esoknya
berita itu diteribitkan, malangnya ia membawa musibah kepada saya yang menulis
berita tersebut.
Anak buah maksik
itu telah mengheret saya ke mahkamah dan pengadil menjatuhkan hukuman kepada
saya.
Hairannya,
Makcik (pengadu) yang memberikan fakta berita itu kepada saya , tidak pula
dikenakan apa-apa hukuman.
Walaupun kisah
ini sudah sekian lamanya berlalu, tetapi tanggapan daripada pengalaman ini
ialah, seolah-olah wartawan mereka-reka cerita.
Pengalaman
seperti ini turut dikongsi oleh ramai wartawan termasuk sahabat karibku Saudara
Marutin Ansiung, Johan Aziz, Celerance George dan yang lain-lain (sekadar
menyebut).
Kedaifan tentang
tugas wartawan yang sebenar, bukan sahaja berlaku dikalangan masyarakat biasa
tetapi juga terjadi kepada kalangan orang penting dalam jabatan kerajaan, hatta
pemimpin politik turut tidak memahami tugas sebenar seorang wartawan.
SEORANG WARTAWAN MERAKAM GAMBAR |
Seorang wartawan
yang menulis berita mengenai aktiviti atau kenyataan pemimpin pembangkang,
turut dianggap sebagai pengamal aliran pembangkang, dan amat sadis jika
wartawan itu menulis mengenai kisah seorang penjenayah, ia juga dianggap
sebagai kawan kepada penjenayah itu.
Ramai kawan
wartawan dibelasah teruk, sehingga terdapat yang terpaksa mengalami kecacatan
anggota disebabkan ketidakfahaman masyarakat terhadap tugas sebenar seorang
wartawan, namun pada masa yang sama mereka begitu memerlukan perkhidmatan
mereka.
Seorang penduduk
dari Pensiangan sanggup berbelanja beratus ringgit untuk berjumpa wartawan
untuk mengadukan kisahnya, tetapi malangnya selepas penyiaran berita tersebut,
penduduk itu menafikan berita yang beliau berikan dan wartawan itu menanggung
tomahan daripada pelbagai pihak.
Kata-kata
seperti; ‘wartawan mereka-reka berita,”, adalah perkara biasa apabila kes
tersebut melibatkan kepentingan peribadi kepada pengadu.
Saya amat menyanjung
Wakil Rakyat N. 34 Liawan Datuk Hj. Sairin Hj. Karno, kerana pengetahuannya
mengenai tugas dan fungsi golongan wartawan begitu tinggi.
Begitu juga
dengan Datuk Ghani Yassin (Ketua Umno Bahagian Pensiangan), Datuk Ariffin Arif
(Wakil Rakyat Membakut), Jamawi Jaafat (Exco Pemuda Umno Malaysia) dan
segelintir yang lain (menyebut berdasarkan pengalaman).
Sebab itu saya
benar-benar terkilan dengan komen seorang yang memperkenalkan diri sebagai,
CHOColate AppleVaniLLa – seorang pelayar maya yang melemparkan kata-kata
seperti di bawah;
“nah,tau cakap org lain saja sekali sendiri
kena memanas juga...kalau x tau makna demokrasi sebenar diam2 saja la on PEMBANGKANG SUMPAH SARANAH WARTAWAN
– penulis: CHOColate AppleVaniLLa”.
Pelayar maya ini telah memperlihatkan
kelemahannya sendiri, selain beliau sendiri bersikap taksub terhadap amalan
politiknya.
Bayangkan jika dunia tidak mempunyai
sebarang media – tidak ada akhbar, buku, majalah, radio, televesyen, internet
atau apa juga bentuk media yang memerlukan seorang yang tahu menterjemahkan
pemikiran, pendapat, pengamatan dalam bentuk penulisan.
Keadaan juga adalah sama jika dunia tanpa
sebarang hiburan seperti lagu dan sebagainya, sudah tentu dunia ini terlalu
membosankan.
“ A
journalist is one who gathers, writes, and edits the various types of
junalistic articles for a media organisation”.
Emile DeGirardin pernah berkata; ‘The power of words is immense. A
well-chosen word has often sufficed to stop a flying army, to change into
victory, and to save an empire”.
Hampir kesemua pemimpin meluahkan
kepercayaan mereka bahawa peranan wartawan amat penting dalam proses
pembangunan, jesteru wartawan setiap kali dipuji dalam tugas – martabat mereka
terangkat ketika pujian itu diluahkan, namun semua itu hanya pujian mulut
tetapi tidak ada sesuatu dihakikikan untuk meletakkan golongan wartawan
merupakan ‘komuniti’ yang memerlukan pembelaan.
Dengan kadar gaji / bayaran dibawah paras
miskin, beritahu kepada saya siapa wartawan yang diberikan RUMAH PPRT?!. Apa yang
terjadi ialah wartawan dijemput untuk merakam gambar dan menulis berita
mengenai penyerahan bantuan rumah PPRT kepada golongan miskin yang sebaya nasib
dengan mereka.
Beberapa bulan pada tahun ini terdapat
cadangan daripada ahli politik untuk mengemukakan cadangan kepada menteri /
kerajaan, bahawa golongan penyanyi diberikan kelayakan bantuan rumah PPRT (di
Kuala Lumpur).
Sesuatu yang amat mengecewakan bahawa nilai
seorang penyanyi dilebihkan berbanding seorang wartawan.
WARTAWAN DIBELASAH TERUK |
Dan kita lihat bahawa terlalu ramai penyanyi
diberikan anugerah kebesaran sehingga membawa kepada gelaran DATUK / DATO / TAN
SRI. Pertanyaan saya ialah berapa ramai wartawan telah dianugerahkan
penghargaan kebesaran itu? Di Sabah berapa?
Di Sabah hanya Presiden SJA (Presiden saya) –
Datuk Joniston Bangkuai (turut diberikan JP / Jaksa Pendamai). Selain daripada
itu tidak ada, dan jika ada anugerahpun kepada wartawan-wartawan lain,
setingginya ASDK, ADK, BSK, BK atau Sijil Kepujian (SK), tetapi ia bukan
melalui penilaian sebagai seorang wartawan semata-mata, tetapi kerana
penglibatan mereka dalam politik.
Kerajaan pernah menanugerahkan pingat
kebesaran tertinggi kepada seorang artis dari Semenanjung, yang membuatkan
golongan wartawan di negeri ini tertanya-tanya; apakah sumbangan penyanyi itu
kepada kerajaan / rakyat negeri ini.
Pujian merupakan perkara biasa kepada
golongan wartawan, dan anugerah-anugerah seperti itu bukanlah begitu penting,
tetapi ia begitu mustahak jika terdapat golongan yang tidak sepatutnya
menerima, diseneraikan sebagai salah seorang penerima kalungan penghargaan itu.
Jika kita bercakap mengenai ‘jasa dan
sumbangan’, saya sendiri menderma darah lebih daripada 100 kali, dan jika
setitis darah itu dinilaikan boleh menyelamatkan nyawa manusia, ternyata saya
telah menyelamatkan nyawa menusia lebih daripada 100 orang, dan ini tidak
termasuk penglibatan saya dalam dunia kewartawanan selama lebih 30 tahun.
Persoalan saya ialah adakah hanya apabila
kita menyertai parti politik, nilai seorang manusia itu baru terkesan?
Terdapat manusia yang sudah meninggal berpuluh
hatta beratus tahun dianugerahkan pingat kebesaran tertinggi? Boleh diterima
kah?
Saya bercakap mengenai kebenaran ini tanpa
selindung ke arah memertabatkan golongan wartawan di Sabah, sekalipun tidak
dinafikan terdapat tanggapan negative yang datang daripada pelbagai pihak, yang
meletakkan status wartawan sekadar ‘tukang gambar’ semata-mata.
“The
duty of journalist is the same as that of the historian – to seek out the
truth, above all things, and to present to his readers not the truth as
statecraff would wish them to know, but the truth as near as he can attain it,”.
– cited in WILLIAM 1957 / Frost, Christ,
(2001), p 4.
Wartawan memiliki segala-gala ilmu; dia
seorang ahli undang-undang, ahli bahasa, ahli sains, ahli matematik, ahli
politik, ahli fizik hatta memiliki kepintaran dan kebolehan selangkah daripada
manusia-manusia biasa.
Namun nilai itu di Sabah tidak mempunyai apa-apa
makna, selagi mana wartawan distatuskan sekadar ‘Tukang Gambar’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan