Bagi
membolehkan sistem komunikasi MH370 dimatikan secara manual, jika itu adalah
kesnya, ia akan memerlukan pengetahuan terperinci tentang mekanisma dalaman
untuk penerbangan jarak jauh Boeing 777 ini, lapor Wall Street Journal, hari
ini.
Kehilangan pertama
transponder pesawat, yang memberitahu kedudukannya, kelajuan dan tanda
panggilan untuk radar kawalan trafik udara, memerlukan pemutusan litar yang
terletak di atas dan di belakang panel depan kapal terbang, lapor akhbar itu.
Mengakses pemutus litar
biasanya dikhaskan untuk kakitangan penyelenggaraan, dan jarang dilakukan oleh
juruterbang.
Dalam usaha untuk melumpuhkan
kedua-dua transponder pada 777, menarik satu pemutus litar tertentu cukup untuk
menyelesaikan kerja itu, kata WSJ selepas mengkaji dokumen dan bercakap dengan
pegawai-pegawai industri penerbangan yang biasa bekerja dengan model itu.
Pakar berkata, untuk
membiasakan diri dengan sistem dalam 777, juruterbang dan mekanik akan
memerlukan banya latihan, walaupun banyak data teknikal kepada jenis kapal
terbang boleh diakses dalam talian melalui kumpulan perbincangan dan laman web.
Laporan itu berkata,
penutupan sistem laporan di atas kapal terbang selepas kali terakhir ia dilihat
pada radar boleh dilakukan dengan siri ketukan kekunci pada salah satu daripada
dua komputer pengurusan penerbangan kokpit, di mana komputer digunakan untuk
menetapkan prestasi enjin apabila berlepas, merancang laluan dan fungsi lain
untuk membimbing pesawat.
Penyiasat sedang mengkaji ada
atau tidak 'sesuatu bencana berlaku atau seseorang mematikan' sistem komunikasi
satelit, kata WSJ memetik kenyataan seorang daripada dua orang yang biasa
dengan kedudukan terahir pesawat ini.
Profesional penerbangan
berkata, untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan bagi melumpuhkan sistem, ia
memerlukan pemahaman terperinci mekanisme dalaman yang digunakan pesawat itu.
Katanya, beberapa syarikat
penerbangan menggunakan skru khas untuk memasuki kawasan di bawah lantai
pesawat bagi mencegah pencerobohan yang tidak dibenarkan.
Dilaporkan, sistem komunikasi
automatik penerbangan itu masih utuh sehingga lima jam, kerana ping daripada
sistem diterima selepas transponder terakhir dipancarkan isyarat.
Pada mulanya, sumber asal
ping daripada MH370 seolah-olah luar biasa kepada penyiasat, memandangkan
pesawat itu dipercayai terhempas di luar pantai Vietnam, yang beratus-ratus
batu dari lokasi ping terakhir.
Laporan WSJ menyatakan,
sehingga beberapa tahun lalu, sistem komunikasi satelit yang digunakan oleh
pesawat tidak termasuk data tentang lokasi ping pesawat, di mana elektronik
digunakan untuk mewujudkan hubungan awal.
Apabila Air France
penerbangan 447 merempuh lautan Atlantik pada 2009, pesawat itu menghantar
beberapa data diagnostik menunjukkan masalah dengan pelbagai isyarat di atas
kapal, termasuk penyahaktifan autopilot, menyebabkan kedudukan pesawat tidak
dihantar melalui data.
Dalam kes MH370,
lokasi tepat disediakan, tetapi ia masih tidak jelas mengapa penghantaran itu
terhenti dan di mana pesawat itu mungkin berakhir selepas ping akhir, lapor
WSJ.