Oleh MOHD KHAIRY
ABDULLAH
TAMBUNAN (Sabah
Malaysia): Sesuatu yang mungkin semua orang tidak menyenanginya; ‘Bangsa Dusun
tidak mempunyai sebarang rekod kepahlawanan’.
Ini bermakna bangsa itu sekadar ‘kuli’atau
orang suruhan kepada dua kerajaan yang pernah menjajah bumi Sabah – British dan
Jepun.
TUGU GAMBUNAN DAN TAMADON |
Menurut rekod-rekod kolonial yang tersimpan
di London, Dusun dijadikan oleh pegawai-pegawai British sebagai orang suruhan.
Mereka yang terpilih sebagai orang suruhan
British, adalah dikalangan yang amat bertuah dan kebanyakan mereka diambil dari
kawasan pedalaman, Ranau, Pensiangan dan Papar.
Ramai orang-orang suruhan British akhirnya
diserap sebagai polis kadet, dan mendapat pendidikan asas ketika dalam
perkhidmatan.
“Mereka adalah golongan yang paling taat dan
tidak pernah membantah,” Brooks dalam satu catatan diari.
Di Jesselton, sederet kedai yang diperbuat
daripada bambo dan kayu menjadi perlegeran orang-orang suruhan yang menunggu
diupah oleh pegawai-pegawai British untuk sebarang tugasan. Orang yang baru
tiba akan bertanya; ‘siapa kah mereka itu?,’ maka orang yang biasa di situ akan
menjawab ‘orang kakadaian’, yang merujuk kepada orang-orang Dusun yang
mundar-mandir di situ.
Perkataan Kakadaian akhirnya sinonim dengan
perkataan Kadazan yang akhirnya menjadi bangsa baru kepada orang-orang Dusun
yang bekerja sebagai orang suruhan British.
Brooks menyebut bahawa hanya satu bangsa
mereka, iaitu Dusun.
MAT SALLEH |
Ketika pemberontakan Mat Salleh, bangsa
Dusun dijadikan sekadar pengikut yang banyak melakukan tugas membina kubu,
senjata, mencari serta mengumpul makanan dan tukang masak, tetapi tidak seorang
pun bangsa itu di angkat sebagai salah seorang pembentuk dasar.
Bangsa Dusun memiliki sifat penakut yang
amat tinggi, umpamanya ketika British menyerang kubu Mat Salleh di Ranau, orang
Dusun yang pertama mengangkat bendera putih sebagai menyerah, sementara yang
lain lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri.
Mat
Salleh melarikan diri ke Tibabar Tambunan, tetapi kisah yang sama terjadi yang
membawa kepada berakhirnya perjuangan pahlawan itu
Tidak seperti Ontoros Anak Antanom,
orang-orang Dusun sepanjang dua era kerajaan penjajah diklifikasikan sebagai
‘orang yang patuh’.
Adakah bangsa Dusun penderhaka? Tidak,
mereka dilahirkan sebagai ‘Pejuang Tani’, sebab itu rekod Brooks menyatakan;
‘Orang-orang Dusun pantang nampak tanah’ – yang bermaksud kepahlawanan mereka
begitu terserlah sebagai orang yang rajin bertani, dan tidak hairan dalam situasi
tertentu bangsa itu digelar sebagai perampas tanah, dan muncul dimana-mana di negeri Sabah untuk berkebun.
Sifat rajin bangsa itu juga menjadi
kecemburuan bangsa-bangsa lain di negeri ini, yang meletakkan Dusun sebagai
cabaran baru dalam persaingan pembangunan ekonomi.
Di Keningau sebagai contoh,
sekurang-kurangnya 30 orang Dusun yang telah mencapai status jutawan dalam
perladangan sawit dan getah, dan statistik itu dijangka akan meningkat
menjelang Tahun 2020.
Rekod kerajaan mendapati 60 peratus
pencoroboh tanah simpan kerajaan adalah orang Dusun, yang menguatkan pendapat
Brooks bahawa bangsa itu tidak suka
kepada keganasan, tetapi amat berminat kepada aktiviti pertanian.
Bagaimana dengan Gambunan? Ia satu lagenda
perjuangan yang diceritakan berdasarkan rekod lisan, yang tidak dikuatkan oleh
sebarang rekod tulisan.
Apapun Gambunan yang berjuang untuk survival
bangsa yang ditewaskan oleh puak Tosundung, pernah melalui liku-liku yang
membawa kepada wujudnya nama sebuah pekan yang bernama Tambunan, hasil daripada
gabungan nama seorang lagi rakan yang bernama Tamadon.
adakah penulis tahu tentang kewujudan Haji Rahman atau lebih dikenali Haji Roman,ataupun sahabatnya Bapa Ali,bagaimana pula dengan cerita lisan arwah nenek saya mengenai kepintaran orang kampung meracuni tentera2 jepun dengan menjamu mekan kulat beracun.adakah penulis pernah mendengar nama seperti Songir dan Simpad?...kalau penulis hanya merujuk kepada penulisan orang eropah,maka apa yang penulis ketahui tentang Bangsa Dusun sangat cetek(sori to say)..tahukah penulis yang Bangsa dusun juga ada di Indonesia,bagaimana pula dengan cerita bangsa Dusun disana...
BalasPadamsaya hanya orang kampung
penulis tidak sepatutnya mengatakan perkara seperti ini, betulkah tidak ada pahlawan dusun yang menjadi pemberontak pada zaman penjajahan? si Gunting itu bukan salah satu dari kumpulan bangsa dusun ka? kepada penulis, sila tulis secara terperinci etnik/bangsa mana dalam kumpulan dusun yang penakut/ tidak berani melawan penjajah?ada lebih 30 etnik dalam kumpulan dusun ini.. perlu diketahui bahawa dusun bukan bangsa tetapi pihak penjajah sebut etnikdalam kumpulan tersebut ,murut juga bukan sebagai dusun untuk memudahkan pemerintahan..murut , dayak, orang ulu juga bukan bangsa kerana semua nama tersebut hanya dijadikan rujukan oleh pihak pemerintah untuk memudahkan sistem mereka... jadi bila penulis mengatakan tiada pahlawan dalam bangsa dusun, ia telah melukakan hati lebih 30 etnik dalam kumpulan dusun tersebut...sila kaji balik penulisan saudara...terima kasih
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAda banyak jenis manusia yang menjadi pahlawan,
BalasPadam1. Manusia yang suka menjadi terkenal,nampak hebat tapi sebenarnya bodoh..
2. Manusia yang terkenal kerana memang di hebat
3. Manusia yang Hebat tetapi tidak nampak biasa-biasa saja..
4. Manusia yang pentingkan diri tetapi suka menggunakan orang lain sebagai batu loncatan..
5. Manusia yang menjadi pengikut tetapi sebenarnya dia lebih hebat dari ketuanya..
6. Manusia yang tidak suka akan keganasan tetapi lebih hebat dan ganas dari musuhnya..
7. Manusia yang hanya akan berjuang untuk bangsanya
8. Manusia yang menjadi 'master mind', tidak perlu diiktiraf pahlawan tetapi dia mengawal segala keadaan..
"Ketika pemberontakan Mat Salleh, bangsa Dusun dijadikan sekadar pengikut yang banyak melakukan tugas membina kubu, senjata, mencari serta mengumpul makanan dan tukang masak, tetapi tidak seorang pun bangsa itu di angkat sebagai salah seorang pembentuk dasar."
BalasPadamHAKIKATNYA PENGIKUT DIA PUPUS D TAMBUNAN , TINGGAL KADAZAN DUSUN MURUT LG puiii!!!
Wah gitu pula...tapi saya hairan bilangan kaum kadazan dusun disabah mahu pun tmpt lain banyak...mcm kaum iban dsarawak..
BalasPadam