MINAMASOK |
DIMIE |
Dimie berkata,
sebarang pengiktirafan status ‘bumiputera’ kepada mana-mana bangsa asing di
negeri ini, perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Siasatan diraja atau (RCI) yang
telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
pada baru-baru ini.
Bercakap di Ibu
Pejabat Minamasok di Keningau, Dimie berkata, kerajaan perlu berhati-hati dalam
memberikan sebarang status bumiputera kepada mana-mana bangsa yang asal-usul
mereka diragui di negeri ini.
“Ia akan menjadi
pemangkin kepada lebih banyak bangsa asing untuk menuntut pengiktirafan status
di Sabah, jika permintaan PPRBMM dilayan dengan begitu sahaja,” katanya.
Akhbar ini pada
Isnin menerbitkan kenyataan Presiden PPRBMM, Samsul Alang Hamsah yang mengesa
kerajaan negeri Sabah untuk menyegarakan proses pengiktirafan komuniti Bugis di
Malaysia sebagai Bumiputera.
Presiden
Minamasok itu bagaimanapun menegaskan, status komuniti Bugis yang berada di
Semenanjung Malaysia dan berada di situ sejak sebelum Negara ini mencapai
kemerdekaan, adalah amat berbeza dengan bangsa itu yang berada di negeri Sabah.
“Minamasok tidak
meragui Bugis yang sudah menetap di Sabah sebelum merdeka, Cuma untuk
menjadikan semua komuniti itu adalah sama adalah sesuatu yang tidak betul, dan
penegasannya bukan semata-mata kepada komuniti Bugis, tetapi kepada semua
bangsa asing yang berada di Sabah,” katanya dan menambah;
“Bangsa-bangsa
asing yang lain seperti Pakistan, India, Tionghua dan yang lain-lain perlu
melalui penapisan RCI,”.
Samsul dipetik
ketika melancarkan cawangan PPBMM di Labuan, bahawa terdapat pelajar Bugis yang
tidak dibenarkan memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), walaupu memenuhi
kreteria.
Namun Dimie
berkata, contoh yang diberikan oleh Samsul itu membuktikan kedudukan komuniti
itu dengan sbenarnya.
Ini bermakna
katanya, pengiktirafan status bumiputera tidak boleh diberikan kerana dengan
jelas mereka bukan warganegara Malaysia.
Minamasok
menegaskan bahawa pemberian status bumiputera merupakan sesuatu yang amat
sensetif bagi penduduk tempatan, dan warga asing yang berada di negeri ini
melalui pelbagai saluran harus menerima hakikat bahawa mereka tidak
sewenang-wenang untuk memohon.
“Mereka
sepatutnya bersyukur kerana mungkin diklifikasikan sebagai penduduk ‘tetap’
atau ‘sementara’,” jelasnya dan meminta kerajaan supaya menyegerakan
perlaksanaan Suruhanjaya siasatan diraja (RCI), agar masalah pendatang tanpa
izin (PTI) khususnya mereka yang memperolehi MyKad ditangani dengan segera.
Menjelaskan
suatu soalan wartawan, Presiden Minamasok itu memberitahu bahawa persatuan itu
diasaskan sebagai ‘payung’ kepada suku Kaum Dusun yang merupakan penduduk asal
di negeri Sabah.
“Sebagai orang
asal, Minamasok berhak untuk bersuara untuk sesuatu mengenai masa depan negeri
ini,” katnya.
Minamasok didaftarkan pada 29 Jun lepas dan kini mempunyai keahlian di
seluruh negeri Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan