TENOM (Sabah
Malaysia): Ontoros mencipta sejarah tersendiri apabila diangkat sebagai seorang
pejuang dalam usia 30 tahun.
ONTOROS ANTANOM -- mungkin kah ia pertama dan trakhir? |
Beliau merupakan seorang berbangsa Murut,
dan dilahirkan sebagai seorang kalawon atau pejuang oleh ayahnya yang bernama
Antanom.
Dikalangan British, Ontoros disebut sebagai
Antanom, merujuk kepada cara orang-orang Inggeris memanggil seseorang yang
mendahulukan nama bapa.
Ini bermakna tanggapan popular bahawa
pejuang Murut adalah Antanom sebenarnya tidak tepat, kerana manusia itu adalah
Ontoros.
Kejayaan utama Ontoros ialah apabila beliau
berjaya menundukkan tentera Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada Mac 1915 di
Rundum, dengan hanya memiliki kekuatan seramai 900 pengikut, dan melakukan
serangan di dua lokasi dalam satu masa iaitu di Rundum dan Pensiangan.
Kepintarannya meyakinkan pengikut, mengatur
strategi dengan hanya bersandarkan sumpitan dan parang panjang sebagai senjata,
ketika menghadapi musuh yang memiliki senjata
moden sesuatu yang menjadi tanda tanya.
Kisah itu kini sudah berlalu seabad lamanya,
namun semangat Ontoros seperti yang beliau laungkan beberapa saat sebelum
kepalanya dipenggal oleh penjajah, masih lagi belum muncul dikalangan kaum Murut.
Atau adakah Ontoros adalah yang pertama dan terakhir dikalangan kaum itu?
Hanya mereka yang mampu menjawab.
Perjuangan nenek Ontoros perlu ada pada kepada gnerasi sekarang ini. Darah Ontoros telah mengalir di badan generasi masa kini. Perjuangan generasi masa kini tidak mungkin sehebat dgn nenek Ontoros tetapi generasi masa kini ada cara yang tersendiri dalam memperjuangkan sesuatu, pasti semangat itu masih mengalir di darah genarasi skerang ini seperti juga semangat ketika nenek Ontoros menundukkan tentera british. MUNGKIN JUGA ADA DIKALANGAN GENERASI SEKARANG INI AKAN MEWARISI KEHEBATAN NENEK ONTOROS.
BalasPadamTatoo nya itu mempunyai ciri2 suku kaum Iban....adakah itu photo suku kaum murut ???
BalasPadamDari sumber mana yg mengatakan ini adalah Ontoros Antanom?
BalasPadam