KENINGAU (Sabah, Malaysia): Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Sairin Karno
berkata pemimpin parti Star, enggan menyahut cabarannya untuk berdebat kerana
menyedari bahawa parti itu tidak akan berupaya untuk memenangi sebarang kerusi
pada pilihanraya yang akan datang.
Datuk Sairin menerima cenderhati daripada OKK Amir Arif |
“Saya tahu dan
rakyat mengetahui bahawa Star tidak tidak mampu untuk menggugat BN pada
pilihanraya ini,” katanya pada Isnin.
Sebelum ini
Sairin memberitahu bahawa beliau bersedia untuk berdebat dengan Datuk Dr.
Jeffrey Kitingan yang merupakan pengerusi parti Star bagi Sabah, bagi
mengungkai isu-isu Borneonisasi yang diputar belikan oleh pemimpin pembangkang
itu.
Cabaran itu
bagaimanapun tidak mendapat reaksi daripada Jeffrey, namun beberapa pemimpin
parti itu memberitahu bahawa Sairin kononnya tidak layak untuk berdebat dengan
mantan pengarah Yayasan Sabah itu.
Bagaimanapun
Sairin berkata, bukan Jeffrey sahaja yang mempunyai keupayaan untuk bercakap
mengenai masa depan negeri Sabah, kerana menurutnya isu Borneonisasi yang
dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin parti Star sudah lama selesai.
“Empat orang
pemimpin dari Sabah berjawatan menteri penuh, dan yang lain Timbalan Menteri …
apa lagi yang pembangkang mahu,” katanya dan menambah, kebanyakan kementerian persekutuan
yang diterajui oleh pemimpin Sabah merupakan kementerian penting dan terkanan.
Jesteru Sairin
mengingatkan pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya parti Star supaya berhenti
daripada mencanang isu-isu yang tidak lagi relevan, dan boleh mengelirukan
rakyat.
“Saya mahu anda
(pemimpin Star dan pembangkang yang lain) supaya tidak menganggu rakyat di
kawasan pedalaman,” katanya.
Berucap ketika
merasmikan penutupan seminar sehari dan penjelasan isu semasa bersama pemimpin
adat di seluruh Sabah sepanjang Tahun 2012 di Keningau, Sairin mengingatkan
ketua-ketua adat khususnya Ketua Kampung, Wakil Ketua anak Negeri dan Ketua
Anak Negeri supaya memainkan peranan untuk mengekang pengembangan fahaman
pembangkang di kawasan masing-masing.
“Tugas anda amat
penting di sini,” katanya.
Terdahului
ketika menyempurnakan upacara pecah tanah bangunan Mahkamah Anak Negeri
Keningau yang berharga RM4.5 juta, Sairin yang merupakan Pembantu Menteri
Pembangunan Luar Bandar Sabah, dan Wakil Rakyat N. 34 Liawan berkata, kerajaan
Barisan Nasional (BN) amat serius untuk membangunkan rakyat tanpa mengira warna
kulit dan fahaman agama.
“Rekod kerja
kerajaan BN sudah terbukti, dan anda sedang menikmatinya pada ketika ini,”
katanya.
Beliau
menekankan bahawa jika semua pihak mensyukuri keihkhasan kerajaan, tidak ada
sebab calon-calon BN di negeri ini khususnya kawasan pedalaman pada pilihanraya
ke-13 boleh kalah.
Katanya, apa
yang penting pada ketika ini ialah rakyat harus menyedari bahawa perpaduan itu
amat penting, dan kerajaan yang stabil seperti BN perlu diberi sokongan yang
berterusan.
Hadir
di majlis itu ialah Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Zakaria
Hj. Edris, kedua-dua Ketua Daerah Keningau – OKK Amir Datuk Arif dan OKK
Majabin Dalinus, Ketua-ketua jabatan persekutuan negeri dan persekutuan serta
pemimpin-pemimpin parti kompenan BN