MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 16 April 2012

KESILAPAN IBUBAPA MUSNAHKAN MASA DEPAN ANAK-ANAK - Datuk Sairin

BERSAMA RAKYAT
DATUK SAIRIN BERSAMA RAKYATNYA DI KG ULU KERITAN
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Sairin Hj. Karno berkata, budaya ‘try-try atau cuba-cuba’ yang menjadi amalan sesetengah pihak untuk  menentukan kerajaan pada pilihanraya yang akan datang sangat merbahaya dan perlu dikikis.
   Katanya, membentuk kerajaan bukan perkara yang boleh  ditry-try atau dicuba-cuba kerana sebuah kerajaan yang akan dibentuk umpama nyawa dan masa depan rakyat itu sendiri.
   “Jika rakyat  salah memilih kerajaan, maknanya rakyat meletakkan nyawa dan masa depan mereka dalam situasi yang sangat merbahaya,” jelasnya.
   Beliau memberitahu bahawa kesilapan ibubapa untuk membuat keputusan yang tepat mengakibatkan masa depan generasi mereka tercelar dan musnah.
   “Sanggup kah anda melakukan perkara seumpama itu terjadi ke atas anak-anak anda, semata-mata untuk mengejar sesuatu kepentingan yang tidak jelas dan bersifat sementara,” soalnya.
   Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Luar Bandar Sabah menjelaskan, beliau ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk memberi peringatan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, adalah yang terbaik dan benar-benar komited untuk membela kebajikan rakyat di Negara ini.
   Jesteru katanya, rakyat harus memberi tumpuan dan sokongan kepada sebuah kerajaan yang latar belakang dan  rekod kerjanya telah teruji seperti BN.
   “BN mempunyai segala sumber dan kepakaran untuk membangunkan rakyat, tetapi pembangkang tidak memiliki apa-apa kecuali kepintaran mereka untuk mengelirukan rakyat,” katanya.
DATUK SAIRINZIARAH RAKYATNYA YANG SEDANG SAKIT
   Bercakap dihadapan rakyatnya di majlis gotong royong anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kg. Ulu Keritan pada Sabtu, Sairin menegaskan adalah satu kerugian besar kepada rakyat untuk merelakan diri mereka sebagai pengikut aliran pembangkang.
   “Tidak ada apa-apa yang ada di sana (pembangkang), melainkan anda dimomokkan dengan cerita-cerita kebencian terhadap kerajaan,” katanya dan menambah, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menafikan segala kebaikan yang kerajaan BN berikan, seperti bantuan BR1M dan yang lain-lain dimana pembangkang sendiri sedang menikmatinya.
   Sairin yang juga wakil rakyat N. 34 Liawan menegaskan adalah amat perlu bagi rakyat untuk memperkuatkan perpaduan dikalangan mereka, dan memastikan sokongan mereka terhadap kerajaan sentiasa mantap.
   Beliau mengulangi bahawa segala janji pilihanraya akan ditunaikan secara berperingkat dan mengikut keutamaan.
   “Kerajaan tidak mampu untuk menunaikan setiap permintaan rakyat secara individu dalam masa yang sama, tetapi melaksanakan projek pembangunan yang penting dan utama kepada semua pihak,” katanya.
   Hadir di majlis itu ialah pegawai JASA N. 34 Liawan Salleh Roslan, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Mukol Kamalu, Ketua Kampung Mansiang Kamalu, Pengerusi JKKK Koro Puar serta pemimpin masyarakat setempat daripada semua parti kompenan BN 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan