BORNEO DIGEST dan SAMAFM mengucapkan ‘Selamat Hari Raya
Aidil Adha 2012 kepada pembaca dan
pendengar di seluruh dunia. Terima kasih di atas sokongan berterusan.
MISSI JUTAWAN
Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612
Jumaat, 26 Oktober 2012
Isnin, 22 Oktober 2012
TERIMA AHLI STAR SERTAI BN --- Peribumi
KUALA LUMPUR (Malaysia): Peribumi menasihatkan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) di peringkat akar umbi, agar bersikap rendah diri dan berusaha untuk mendekati ahli-ahli parti STAR di Sabah supaya menyertai parti kerajaan.
Peribumi atau Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman Sabah memberitahu dalam satu kenyataan yang diemail dari ibu Negara berkata;
“BN mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan ahli-ahli STAR yang kini menukar haluan untuk menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun abdul Razak,”.
Peribumi berada di ibu Negara untuk menghadiri seminar antarabangsa.
Pertubuhan itu berkata, pengasas STAR – Dr. Patau Rubis ikhlas dalam keputusannya untuk menyokong BN pada pilihanraya ke-13 ini.
“Khabar baik ini sesuatu yang mengembirakan untuk memperkasakan perpaduan rakyat di Negara ini,” jelas Peribumi.
GERAN KOMUNAL TERBAIK --- Minamasok
JIMIN |
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Persatuan Dusun Minamasok Borneo Utara Sabah (Minamasok) berkata, geran komunal yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman merupakan mekanisma terbaik untuk mempertahankan Hak Tanah Adat Bumiputera di negeri ini.
Timbalan Presidennya, Mohd Jimin Abdullah (gambar) memberitahu, dengan geran komunal masa depan tanah yang termasuk dalam geran komunel adalah terjamin 100 peratus.
“Geran komunel memiliki kekebalan daripada sebarang pencorobohan dan pertukaran milik,” katanya.
Beliau memuji dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah serta Pengarah Tanah Sabah Datuk Osman Jamal, kerana mengilhamkan dan melaksanakan kaedah terbaik itu bagi memastikan setiap tanah adat bumiputera di negeri ini sentiasa terjamin.
Sambil menolak tanggapan bahawa perlaksanaan geran komunal mempunyai agenda tersendiri, sebagaimana yang dicanang oleh pemimpin pembangkang, Jimin berkata bahawa intipati geran komunel menjurus kepada keselamatan jangka panjang tanah milik rakyat yang terlibat.
“Tanah berstatus geran komunal tidak boleh dijual beli dan hak warisannya menjangkau sehingga ke generasi ke generasi pemilik,” jelasnya.
Jimin memberitahu bahawa Minamasok begitu berterima kasih kepada kerajaan yang memerintah kerana melaksanakan kaedah terbaik itu, apa yang beliau sifatkan tidak mungkin mampu difikirkan oleh pihak pembangkang.
“Dengan geran komunal, kini hak bumiputera di negeri ini begitu terjamin,” katanya.
Sebelum ini rakyat berada dalam situasi serba salah mengenai matlamat ‘geran komunal’, berikutan kegagalan agensi terbabit untuk menjelaskan tujuan sebenar kaedah itu kepada rakyat bawahan.
Minamasok mahu agar rakyat menerima sepenuhnya perlaksanaan kaedah tersebut.
Selasa, 16 Oktober 2012
BORNEO DIGEST DAN SAMA FM CIPTA SEJARAH
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Borneo Digest maju setapak dengan pemasangan radio atas talian –
SAMAFM yang diterajui sepenuhnya oleh anak-anak Sabah.
Bermula pada Ahad, pembaca Borneo Digest di
seluruh dunia boleh mengakses berita, sambil berhibur dengan lagu-lagu
antarabangsa, Melayu, Bajau, Dusun, Murut hatta lagu-lagu pop daripada asia
barat yang diputarkan oleh juruhebah-juruhebah SamaFm.
Sudah tentu berita ini satu kejutan yang
merupakan kejayaan besar anak-anak Sabah dalam menapakkan diri ke persada
dunia.
Siapa bilang generasi Dusun, Bajau dan Murut tidak mampu bersaing di pentas global? Jawapannya, kejayaan ini adalah bukti bahawa
orang tempatan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa yang sudah jauh menikmati
kejayaan.
Borneo Digest dan SamaFm merupakan gabungan
kejayaan anak tempatan Sabah, yang mendapat pengiktirafan dunia melalui
rekod pengunjung yang tertinggi hanya dalam tempoh yang singkat.
Warga kerja Borneo Digest dan SamaFm
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca dan
pendengar, dan anda adalah diantaranya pendorong kami untuk terus dikenali oleh
warga dunia.
Ahad, 14 Oktober 2012
ANDREAS ALEX MOMUYUS DOT LIOU
ANDREAS ALEX JOHN |
PUYUSON menurut kamus, bererti mencantas sekali dengan
parang tajam. ‘Kada pongunsamang puyuson ku moti liou nu’ (dalam bahasa Dusun)
bererti ‘Jangan memperkecilkan nanti saya cantas leher kamu’.
Kata-kata
beremosi ini saya dipetik daripada luahan seorang bakal pendidik yang bernama
Andreas Alex John, yang ternyata begitu marah apabila membaca artikel berjudul Bangsa
DusunTidak Ada Rekod Kepahlawanan, yang diterbitkan oleh Borneo Digest pada beberapa
bulan yang lalu.
Artikel tersebut
kini berada ditangga kedua paling popular.
Tahniah kepada
Andreas kerana menolak satu kajian yang tidak menunjukkan terdapatnya bangsa
Dusun yang bergelar pahlawan, namun beliau tidak menyebut siapa-siapa pahlawan
Dusun yang terbilang di tanah Borneo.
Sebagai ahli
akademik, Borneo Digest amat mengharap agar Andreas menyebut satu persatu
pahlawan Dusun, dengan menyatakan kejayaan seperti yang dicatatkan oleh Mat
Salleh dan antenom.
Borneo Digest
mengucapkan tahniah kepada beliau.
TAWAU FOUR WHEEL DRIVE SABAH DIDAFTAR
HANIFF TERIMA SIJIL PENDAFTARAN TFWDS |
TAWAU: Pendaftara Tawau Four Wheel Drive Sabah (TFWDS)
yang dianggotai oleh jaguh-jaguh sukan lasak pacuan empat roda Sabah diluluskan,
demikian pengumuman rasmi kelab itu kepada akhbar ini pada Ahad.
“Kami telah
menerima Sijil pendaftaran daripada ROS,” jelas pengerusi kelab itu, Haniff Bin
Ahid.
Haniff merupakan
Naib Juara Cabaran 4 X 4 Tenom pada pertengahan tahun ini, selain telah
menyertai banyak kejohanan berperstij yang dianjurkan di Sabah dan kebangsaan.
Kelab itu
ditubuhkan pada 21 September lepas dengan keahlian seramai 30 orang yang
kesemuanya pernah mencatatkan rekod terbaik dalam sukan lasak pacuan empat roda.
Susunan
kepimpinan kelab itu terdiri daripada Lee Tai Shiong sebagai Timbalan
Pengerusi,
Setiausaha kelab itu ialah Wong Fook Sang, Penolong
Setiausaha Mus Wanir Bin Zainal, Joel Salazar dipilih sebagai Bendahari dan
seramai tujuh orang ahli jawatankuasa.
Sebelum ini
Tawau diantara penjana kelahiran ramai ahli sukan lasak pacuan empat roda di
negeri ini, yang kebanyakanya bernaung dengan kelab-kelab yang sedia ada.
KENDERAAN KERAMAT KELAB TFWDS |
Dengan kewujudan
kelab itu menurut Haniff, sukan yang amat popular itu mampu mengambit lebih
ramai jaguh-jaguh pacuan empat roda bakal dilahirkan.
“Sasaran kami
ialah pertandingan bertaraf dunia,” katanya.
Matlamat kelab
itu ialah mempromosi, mengembang dan memperluaskan bidang / aktiviti sukan
rekreasi bermotor pacuan empat roda, selain memertabatkan Tawan dan Negeri
Sabah di peta sukan dunia.
“Kami begitu
optimis untuk mencapai impian ini,” jelasnya dan menambah, keutamaan kelab itu
ialah memperkasakan perpaduan dikalangan ahli dan komuniti setempat.
AHLI TFWDS MENGABADIKAN GAMBAR KENANGAN |
Mengenai program
pertama kelab itu, pengerusi itu memberitahu bahawa mereka telah bersedia untuk
menganjurkan Tawau End of the Year 4x4 Challenge 2012, yang akan diadakan
selama tiga hari bermula pada 14 hingga 16 Disember ini.
Kejohanan kategori amatur
dua dan empat pintu itu terbuka kepada seluruh peminat sukan dalam negeri,
Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Negara jiran Brunai Darussalam.
Penyertaan daripada
Negara-negara luar yang lain juga adalah dialu-alukan.
Kelab itu terbuka kepada
sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli, dan mereka boleh menghubungi Haniff
melalui talian 019-8698638 atau Wong Fook Sang melalui talian 019-8697799.
Aktiviti kelab itu turut boleh dilawati melalui laman sesawang facebook
melalui alamat – tawaufourwheel.driveclubsabah.Jumaat, 5 Oktober 2012
RAMAI TIDAK TAHU BATU SUMPAH YANG SEBENAR
BATU SUMPAH SEBENAR (dari Bingkor) |
BUKAN BATU SUMPAH (dari Senagang) |
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Berkata bahawa hampir 30 tahun
orang ramai tertipu dengan status sebenar Batu Sumpah Keningau, Peribumi
menegaskan kesilapan tanggapan itu perlu dibetulkan dengan segera.
UPACARA YANG BETUL |
“Orang
ramai tidak tahu yang mana batu sumpah yang sebenar,” jelas Peribumi atau
Gabungan Anak-Anak Peribumi.
Menambah bahawa individu yang berkepentingan dengan batu sumpah
Keningau, telah melafazkan sumpah mereka di tempat yang salah, peribumi
memberitahu dengan sinis;
“Sumpah mereka tidak berkesan,” jelas kelab itu dan memberitahu, majlis
bersumpah yang telah dilakukan di hadapan batu sumpah yang salah pada sebelum
ini umpama satu upacara biasa yang tidak memberi sebarang makna.
Peribumi menjelaskan bahawa Batu Sumpah Keningau yang sebenar hanyalah
sebiji batu kecil yang diletakkan berhampiran dengan batu besar yang sering
diajukan sumpah, tetapi sebenarnya merupakan ‘petunjuk’ beberapa terma perakuan
diantara pemimpin-pemimpin pedalaman, yang bersumpah untuk taat setia kepada
kerajaan persekutuan pada Tahun 1963.
Antara yang terlibat adalah OKK Sedomon Gunsanad, Datuk GS Sundang, OKK
Anthony Undan, Datuk Anthonya Gibon serta beberapa pemimpin yang lain.
Sebiji batu yang kemudian dijadikan Batu
Sumpah berasal dari Bingkor, sementara batu besar yang menempatkan petunjuk terma persumpahan
diambil dari Sungai Senagang.
Peribumi mendedahkan pengukir batu petunjuk yang selama ini dianggap
sebagai Batu Sumpah Keningau, ialah Allahyaraham Abdul Razak Lee.
Kelab
penyokong dasar-dasar kerajaan itu mahu supaya kesilapan sejarah itu dibetulkan
dengan segera, dan menasihati orang ramai agar behati-hati sebelum mengiakan sesuatu
yang mereka tidak jelas, khususnya maklumat daripada pemimpin pembangkang.MENTERI TIDAK PERIHATIN TERHADAP SABAH
ROBERT TAWIK |
DIMIE GUNTOP |
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai tidak pernah perihatin terhadap
rakyat Sabah, dua Ngo – Persatuan Dusun Minamasok Borneo Utara (Minamasok) dan
Persatuan Kadazandusun dan Murut Sabah (KDCA) Bahagian Keningau, menuduh
menteri itu sebagai sedang bermain api.
“Kita boleh
buktikan bahawa peratusan tinggi kes jenayah di Sabah melibatkan orang asing,”
dedah Presiden Minamasok Dimie Guntop (gambar).
Dimie yang marah
dengan kenyataan Nazri berhubung dengan kenyataannya bahawa kehadiran pendatang
asing secara sah atau tanpa izin di Sabah tidak mengugat keselamatan
memberitahu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memperlihatkan beliau
‘buta’ mengenai situasi di Sabah.
“Berlaku bunuh,
pecah rumah, rogol dan curi di Keningau melibatkan warga asing … apa kah ini
tidak mengugat keselamatan,” tambah Pengerusi KDCA Bahagian Keningau, Robert
Tawik (gambar).
Robert berkata,
kenyataan Nazri yang diteribitkan oleh hampir kesemua media cetak dan
elektronik pada Rabu, merupakan satu penghinaan terhadap rakyat Sabah yang
mengambarkan kehadiran rakyat asing tanpa izin secara tidak terkawal di Sabah,
sesuatu yang begitu ringan dan tidak membimbangkan.
Robert dan Dimie
sependapat bahawa Nazri silap mengatakan keadaan terkawal, ketika jenayah hampir
setiap hari berlaku di negeri ini dan ianya melibatkan rakyat asing.
“Orang Sabah
tidak berani membunuh semata-mata untuk mendapatkan makanan, tetapi rakyat
asing yang berkeliaran tanpa sebarang pekerajaan di sini sanggup membunuh untuk
mendapatkan makanan,” jelas kedua pemimpin ini.
Kedua-dua
persatuan itu mahu Nazri agar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Sabah,
dan mengesa persekutuan supaya memberi jaminan mengenai komitmen mereka
terhadap masa depan rakyat Malaysia yang tinggal di negeri Sabah.
“Kebanjiran
rakyat asing tanpa izin di negeri Sabah begitu teruk di Sabah pada ketika ini,
namun kita hairan bagaimana Nazri tidak melihat perkara itu boleh mengancam
keselamatan,” soal Robert.
Robert yang
merupakan Pengerusi Penyelaras Umno bagi kawasan Bingkor mempersoal statistic
pengusiran pendatang tanpa izin, apa yang beliau sifatkan tersasar jauh
daripada sasara sebenar.
“Sabah mempunyai
ratusan ribu pendatang tanpa izin di Sabah, tetapi kerajaan hanya Berjaya
mengusir 70,327 orang sehingga 19 September. Kenyataan Nazri ini terlalu
mengarut yang memperlihatkan kerajaan persekutuan lemah untuk nenangani isu
tersebut,” katanya.
Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan itu mahu supaya kerajaan persekutuan
benar-benar telus untuk menangani isu pendatang tanpa izin di Sabah NENEK DAN TIGA ANAK TERSELAMAT DARIPADA TERBAKAR
RUMAH SEORANG NENEK DAN KANAK-KANAK YANG TERBAKAR |
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Seorang nenek berumur 70an dan tiga kanak-kanak
nyaris maut, dalam satu kebakaran yang melibatkan empat
buah rumah di Kg. Pohon Batu pada Selasa.
Warga emas itu
dipercayai sedang menyediakan hidangan tengahari ketika kejadian itu berlaku,
sementara tiga orang kanak-kanak yang masing-masing berumur 7 dan 11 tahun itu,tinggal
bersendirian dipercayai ibubapa mereka berada di Pekan Keningau untuk urusan
tertentu.
Ibubapa kepada
kanak-kanak itu menurut jiran terdekat berada di Pekan Keningau sejak beberapa
hari.
Saksi
memberitahu, kebakaran berpunca dari dapur salah sebuah rumah tersebut dan
melarat ke tiga buah rumah, yang dibina terlalu berhampiran.
Tiga daripada
rumah tersebut merupakan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang
baru dibina pada tahun lalu, sementara satu buah rumah lagi merupakan rumah
kampong yang kesemuanya dibina berasaskan kayu.
Guru-guru yang
bertugas di SK Pohon Batu bergegas untuk
menghulurkan bantuan memadam dengan menggunakan catuan air tangi, namun mereka
tidak Berjaya untuk memadamkan kebakaran tersebut.
RUMAH INI TURUT TERBAKAR |
Kg. Pohon Batu
terletak kira-kira 100 Km dari Pekan Keningau, dan sehingga kini masih tidak
mempunyai sebarang kemudahan telekomunikasi.
Dengan situasi
jalanraya yang hanya mampu dilalui oleh pacuan empat roda, penduduk hanya mampu
keluar ke Pekan Keningau dua kali setahun dengan bantuan guru-guru yang pulang
bercuti, atau menumpang kenderaan pembalak yang lalu di kampong itu.
Tekanan air
gravity di kampong itu ketika kejadian terlalu lemah menyebabkan kesukaran menyelamatkan
beberapa rumah yang berhampiran.
Guru besar
sekolah itu, Juanis Sading ketika dihubungi memberitahu, kebakaran yang hanya
memakan masa beberapa minit itu telah memusnahkan segala harta benda pemilik,
termasuk pakaian, buku sekolah serta dokumen keluarga turut terbakar.
Tidak ada
kemalangan nyawa dilaporkan, namun penduduk kesal kerana kampong itu masih
ditakuk lama dan terlalu jauh untuk mendapatkan perkhidmatan Pasukan Bomba dan
Penyelamat.
Kemudahan hybrid
dan capaian internet melalui janaan satelit disekolah itu masih tidak
berfungsi, menyebabkan guru-guru gagal menghantar maklumat untuk mendapatkan
bantuan daripada pihak berkuasa di Keningau atau Nabawan.
Juanis
memberitahu, semua pihak di kampong itu yang mengamalkan hidup secara
sekeluarga mengakui gagal menangani kebakaran itu, disebabkan ketiadaan
kemudahan sokongan.
“Kami kesal dan
sangat kesal,” jelas rata-rata penduduk .
Kesemua
mangsa itu kini menumpang di rumah keluarga, dan sehingga kini belum ada
sebarang bantuan daripada mana-mana pihak tiba
Langgan:
Catatan (Atom)