RUMAH SEORANG NENEK DAN KANAK-KANAK YANG TERBAKAR |
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Seorang nenek berumur 70an dan tiga kanak-kanak
nyaris maut, dalam satu kebakaran yang melibatkan empat
buah rumah di Kg. Pohon Batu pada Selasa.
Warga emas itu
dipercayai sedang menyediakan hidangan tengahari ketika kejadian itu berlaku,
sementara tiga orang kanak-kanak yang masing-masing berumur 7 dan 11 tahun itu,tinggal
bersendirian dipercayai ibubapa mereka berada di Pekan Keningau untuk urusan
tertentu.
Ibubapa kepada
kanak-kanak itu menurut jiran terdekat berada di Pekan Keningau sejak beberapa
hari.
Saksi
memberitahu, kebakaran berpunca dari dapur salah sebuah rumah tersebut dan
melarat ke tiga buah rumah, yang dibina terlalu berhampiran.
Tiga daripada
rumah tersebut merupakan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang
baru dibina pada tahun lalu, sementara satu buah rumah lagi merupakan rumah
kampong yang kesemuanya dibina berasaskan kayu.
Guru-guru yang
bertugas di SK Pohon Batu bergegas untuk
menghulurkan bantuan memadam dengan menggunakan catuan air tangi, namun mereka
tidak Berjaya untuk memadamkan kebakaran tersebut.
RUMAH INI TURUT TERBAKAR |
Kg. Pohon Batu
terletak kira-kira 100 Km dari Pekan Keningau, dan sehingga kini masih tidak
mempunyai sebarang kemudahan telekomunikasi.
Dengan situasi
jalanraya yang hanya mampu dilalui oleh pacuan empat roda, penduduk hanya mampu
keluar ke Pekan Keningau dua kali setahun dengan bantuan guru-guru yang pulang
bercuti, atau menumpang kenderaan pembalak yang lalu di kampong itu.
Tekanan air
gravity di kampong itu ketika kejadian terlalu lemah menyebabkan kesukaran menyelamatkan
beberapa rumah yang berhampiran.
Guru besar
sekolah itu, Juanis Sading ketika dihubungi memberitahu, kebakaran yang hanya
memakan masa beberapa minit itu telah memusnahkan segala harta benda pemilik,
termasuk pakaian, buku sekolah serta dokumen keluarga turut terbakar.
Tidak ada
kemalangan nyawa dilaporkan, namun penduduk kesal kerana kampong itu masih
ditakuk lama dan terlalu jauh untuk mendapatkan perkhidmatan Pasukan Bomba dan
Penyelamat.
Kemudahan hybrid
dan capaian internet melalui janaan satelit disekolah itu masih tidak
berfungsi, menyebabkan guru-guru gagal menghantar maklumat untuk mendapatkan
bantuan daripada pihak berkuasa di Keningau atau Nabawan.
Juanis
memberitahu, semua pihak di kampong itu yang mengamalkan hidup secara
sekeluarga mengakui gagal menangani kebakaran itu, disebabkan ketiadaan
kemudahan sokongan.
“Kami kesal dan
sangat kesal,” jelas rata-rata penduduk .
Kesemua
mangsa itu kini menumpang di rumah keluarga, dan sehingga kini belum ada
sebarang bantuan daripada mana-mana pihak tiba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan