By MOHD KHAIRY ABDULLAH
31
Disember 2012, mengenapkan 10 tahun saya tidak melakukan apa-apa perancangan
untuk meraihkan peninggalan tahun, dan menyambut tahun baru.
Ketika kawan-kawan sedang bersiap untuk
pelbagai acara ‘buang sial’, mandi dan pesta di tepi sungai Bunsit atau
Pegalan, atau menempah meja di Pub, Restoran atau hotel-hotel mewah, saya
sedikit pun tidak tertarik.
Seorang kawan bertanya, Kenapa? Saya tidak
mampu untuk menjawab sesuatu yang baik mengenainya.
Seawal pagi saya menghantar dan menjawab SMS
(Sistem Pesanan Ringkas) daripada saudara terdekat.
Cuma lewat jam 2.45 petang, saya bersama
isteri dan anak menemui seorang rakan, yang meminta bantuan untuk memindahkan
beberapa peralatan penghawa dingin ke pejabat barunya.
Kemudian lewat jam 6 petang pada 31 Disember
2012, saya dihubungi oleh beberapa orang rakan, yang antaranya bekas orang
kenamaan (pernah menjawat menteri), yang mahu berjumpa saya untuk membincangkan
sesuatu.
Perjumpaan di sebuah kedai kopi berhampiran
Jalan Masak Keningau itu, menyajikan banyak persoalan yang dikemukakan oleh
bekas menteri itu, yang antara lain berkisar mengenai pergolakan politik, masa
depan bangsa Kadazandusun dan Murut (KDM), ekonomi, social dan sedikit sebanyak
mengenai perkongsian pengalaman selepas masing-masing mencapai usia veteran.
Mantan menteri itu cuba mengelak setiap kali
saya menyentuh mengenai pencapaian ‘ilmu’. Dia benci dengan perkataan
‘pelajaran’. Kenapa? Ketika dia berjawatan menteri, perkara yang beliau abaikan
ialah memperkasakan pelajaran / ilmu pada diri sendiri, anak-anak serta kaum
karabatnya.
Zaman Usno, Berjaya dan PBS, ramai wakil
rakyat / menteri yang bersekolah setakat Tingkatan 3 / Tingkatan 5.
Namun ramai yang menyambung pelajaran ketika
bertakhta wakil rakyat dan menteri, tetapi kawan kita ini terlupa mengenai itu.
Dia memenafaatkan kesempatan yang ada untuk
bersoronok. Dia tidak makan nasihat!
‘Aku Menteri bah,” demikian kata-katanya
kepada saya kira-kira 30 tahun yang lalu.
Pada 31 Disember yang lalu, dia memohon
untuk berjumpa kepada saya untuk meminta pandangan dan cadangan mengenai
beberapa masalah yang sedang beliau hadapai.
Ada lapan persoalan kesemuanya, tetapi saya
hanya berminat untuk menjawab mengenai soal KEMATIAN.
Saya memilih tajuk Mati, kerana rata-rata
manusia tidak memahami definasi mengenai kematian.
Dia bertanya kepada saya mengenai soalan,
adakah kawan-kawannya akan terus mengingati / menyanjung beliau selepas dia mati?
“Adakah orang ingat kita lagi,”. Soalnya.
Pada usia mencecah 60an, saya lihat
kerisauan yang amat sangat tertanam dalam jiwanya. Kerisauan yang beliau alami
itu dikongsi oleh enam orang pengikut setianya, dan mereka mengangguk kepala
apabila saya beritahu bahawa putaran kehidupan umpama roda.
Dalam bahasa Yunani ‘kematian’
disebut thanatos. Thanatos bererti bentuk kematian atau keadaan
mati. Tetapi kata ini juga dipakai untuk mengungkapkan hal berbahaya yang
mematikan, bagaimana kematian, ancaman kematian.
Thanatos bererti membuat seseorang
mati, membunuh, dan mengakibatkan sesuatu hal berbahaya yang mematikan.
Kematian adalah jangka waktu ketika kita melewati dengan sendiri dunia yang
tidak kelihatan.
Saya begitahu kepada mantan menteri itu
bahawa, ‘kegemilangan seseorang yang telah meninggal dunia, hanya bertahan
selama sebulan selerpas dia dikebumikan’.
Dia bertanya adakah kehidupannya lebih baik
selepas kematiannya? Apa yang beliau maksudkan ialah adakah beliau akan
menjawat jawatan yang lebih tinggi daripada menteri ketika berada di alam roh?
Saya tidak mampu menjawab soalan itu, kerana
hanya mereka yang pernah mati yang mengetahui keadaan di alam kematian.
Ketika berkesempatan untuk melawat di
Negara Jepun pada suatu ketika dahulu, saya berpeluang untuk berkenalan dengan
seorang pakar rujuk agama di sana.
Masako Hiriachi berpendapat, Roh sesuatu
yang dicipta oleh Tuhan untuk menjadikan manusia itu hidup.
Agama Keristian berpendapat melalui --- Kudus Rohulkudus;
1. 1 Roh merupakan sesuatu (unsur) yg ada dl jasad yg diciptakan Tuhan sbg penyebab
adanya hidup (kehidupan); nyawa: jika
-- sudah berpisah dr badan, berakhirlah kehidupan seseorang; 2 makhluk hidup yg tidak berjasad,
tetapi berpikiran dan berperasaan (malaikat, jin, setan, dsb); 3 ki semangat; spirit: kedamaian bagi seluruh warga.
Al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini
entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan
kejadian insan disisi Allah s.w.t
Seorang sahabat dari pergunungan Himalaya memberitahu kepada saya dalam
satu perjumpaan pada Mei 1995, bahawa Roh merupakan Zat Tuhan yang berada
kepada setiap manusia, sama ada ia baik atau jahat.
Peethadheeshwar,
seorang pakar Maha Yogi menjelaskan, Roh merupakan pinjaman daripada Tuhan yang
Esa.
Ini bermakna
bahawa manusia mempunyai dua perkara penting untuk hidup, iaitu ROH dan JASAD.
Roh
adalah kompenan kepada Jasad untuk menjadikan seorang manusia itu bernyawa.
Saya
beritahu kepada bekas menteri itu bahawa beliau amat beruntung kerana sepanjang
hayatnya pernah menjawat jawatan menteri, berbanding saya yang tidak mempunyai
apa-apa jawatan yang membanggakan, selain seorang wartawan dan penulis yang
dompetnya tidak pernah gemok.
Tetapi
dia menjawab bahawa saya merupakan manusia hebat, kerana tidak semua manusia
yang mampu melakukan kerja wartawan atau penulis, berbanding menteri yang semua
orang boleh lakukan.
Apapun
dalil bekas menteri itu, namun hakikatnya setiap manusia akan menempuh saat
akan mati, persoalan kehidupan selepas mati lebih baik berbanding di dunia,
tidak ada seorang yang mampu menjawab.
Apa
yang dapat saya gambarkan melalui pengalaman sebagai pengkaji social, ialah
kehidupan bahagia di dunia merupakan gambar kehidupan yang sempurna di alam
selepas mati.
BERSAMBUNG …