By MOHD KHAIRY ABDULLAH
KENINGAU (Sabah, Malaysia):
Datuk Sairin Karno mendedahkan bahawa fahaman pembangkang sangat merbahaya, dan
rakyat harus menyedari dan menjauhi daripada terpengaruh.
Menekankan bahawa pembangkang boleh
memusnahkan masa depan rakyat, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
itu berkata, rakyat di kawasan Keningau harus bersatu untuk menolak parti itu.
“Pemimpin-pemimpin pembangkang menyuntik
semangat ganas seperti melakukan demontrasi kepada rakyat,” katanya.

Beliau menasihatkan rakyat di daerah itu
khususnya di kawasan Liawan agar bersatu untuk menolak pembangkang.
“Rakyat aman dan harmoni dalam BN,” katanya
ketika menyampaikan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2) di Kg. Limbawan
Keningau.
Berpuluh-puluh rakyat di kampong itu
menerima baucer bernilai RM500 setiap seorang.
Mengenai bantuan itu, Sairin yang merupakan
Wakil Rakyat N.34 Liawan berkata, wang tersebut merupakan pemberian ikhlas
daripada kerajaan BN kepada rakyat.
Katanya bantuan seperti itu tidak mampu
dilakukan oleh pembangkang.

Ketika merasmikan majlis my beautiful
Malaysia peringngkat daerah Keningau, Sairin menasihatkan penjawat awam agar
terus memberi sokongan yang kuat kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri
Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak.
Kira-kira 1000 orang menyertai majlis yang
dilancarkan secara serentak di seluruh Negara.
Hadir sama di majlis itu ialah Wakil Rakyat
Bingkor Datuk Justin Guka, Pegawai Daerah Keningau Amat Mohd Yusof serta
ketua-ketua jabatan negeri, persekutuan serta pemimpin parti-parti kompenan
setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan