MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Jumaat, 17 Oktober 2014

PUNCA CARI MAKAN TERPUTUS

Mohd Khairy Abdullah
KENINGAU (Malaysia): Ia Cuma mengenai empangan air sawah, namun ia sangat bermakna kepada kira-kira 100 orang petani di Kg. Keningau yang mendakwa punca cari makan mereka terputus selepas empangan yang dibina sebulan lalu musnah akibat banjir.
   “Ini adalah ketiga kali musnah sejak Tahun 1960,” dedah Pengerusi JKKK Kg. Keningau, Tensu Guili 55 (gambar).
   Tiga tahun yang lepas empangan itu dinaik taraf dengan menggunakan struktur gabion, tetapi musnah selepas sungai Liawan banjir, menyaksikan penduduk tidak dapat bertani pada tahun itu.
   Katanya, pengurusan kampong telah memohon sejumlah peruntukan untuk tujuan membina empangan yang lebih kukuh, tetapi mereka dimaklumkan bahawa tidak terdapat bajet untuk tujuan tersebut.
   Walaupun tidak dapat bersawah selama tiga tahun jelas Guili, namun penduduk yang rata rata penyokong kuat kerajaan tidak berputus asa, sebaliknya berusaha secara gotong royong untuk membina empangan tradisional yang mereka namakan sebagai tinokop.
   Dengan menggunakan batang bamboo sebagai benteng, penduduk Berjaya membina sebuah ampangan untuk pengairan kepada kira-kira 200 ekar sawah di situ, namun hajat itu tidak kesampaian apabila sekali lagi musnah pada hujung minggu yang lalu.
   “Harapan kami untuk bersawah pada tahun ini sekali lagi musnah,” jelasnya kepada Borneo Digest.
   Mendakwa bahawa aliran sungai Liawan yang tidak menentu sejak kebelakangan ini, berpunca daripada ekologi alam sekitar yang tidak terkawal.
   Penerokaan yang tidak terancang, selain sikap dingin orang ramai terhadap pemuliharaan sungai, menjadi factor utama yang menyumbangkan kepada aliran banjir yang tidak dijangka.
   Katanya, nenek moyang mereka yang membina empangan tradisional itu pada tahun 1960, tidak pernah mengeluh mengenai kekurangan air untuk bekalan sawah, dan begitu juga dengan empangan mereka yang tidak pernah musnah sekalpun sungai itu banjir.
   “Sesuatu yang tidak masuk akal pada ketika ini bahawa sebuah empangan kukuh boleh dimusnahkan banjir, dan anda tentu tertanya-tanya kenapa mengenai ini,” katanya.
   Guili menerangkan bahawa beliau menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada kerajaan, kerana tujuan pemaparan berita ini bukan bertujuan untuk mendesak, tetapi berkata air sangat perlu untuk sawah penduduk.
   Jika masalah itu tidak selesai katanya, rakyat Kg. Keningau sangat tertekan dengan harga beras yang melambung tinggi, pada ketika kuasa beli mereka merundum disebabkan kegawatan ekonomi.
   “Sepastinya beras berlambak di luar sana, tetapi bukan semua yang mampu untuk membeli,” tambahnya dan berkata tahun ini adalah yang kempat penduduk kampong itu tidak bersawah.
   “Kesihani lah kami,” katanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan