Eleanor
Ruby
KENINGAU:
Seorang ahli perniagaan dari Keningau, Thien Swee Jin @ Annie Thien, 49
(gambar), membuat laporan polis untuk menuntut saman malu sebanyak RM100 juta
ke atas empat pemimpin kampong – tiga orang berjawatan Ketua Kampung dan
seorang Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) di kawasan DUN N. 34 Liawan.
Annie dalam laporannya yang dibuat di Balai
Polis Daerah Keningau pada 6 April 2015 lalu, memberitahu bahawa keempat-empat
pemimpin kampong itu telah menerbitkan kenyataan fitnah (defamation) dalam
akhbar, yang menuduhnya melakukan pencorobohan tanah penduduk di Kg. Ulu
Keningau.
Pemimpin itu turut menyiarkan kenyataan
bahawa beliau telah memohon tanah penduduk seluas 50 ekar milik penduduk, dengan
nombor permohonan tanah PT201231415.
Menurut Annie, dakwaan pemimpin itu tidak
betul dan fitnah kerana tidak ada bukti bahawa tanah yang dicorobohi itu diatas
namanya, sementara nombor permohonan tanah yang disiarkan dalam akhbar terletak di lokasi yang lain.
Berikutan penyiaran akhbar itu, Annie mendakwa
reputasinya terjejas teruk, selain
masyarakat memandang serong terhadapnya.
“Perniagaan saya mengalami kerugian yang
sangat besar,” dedahnya dan menambah, rakan kongsi perniagaan mempertikai
integeritinya.
Pada 26 Mac lepas, sebuah akhbar dwi bahasa
(bukan Daily express) menyiarkan pendedahan mengenai pencorobohan tanah
penduduk Kg. Ulu Keningau, dan mendakwa pelakunya bernama Thien Swee Jin @
Annie Thien.
Jurucakap penduduk KK Aliman Nulantan, Ketua
Kampung Samalang yang ditemani oleh KK Joanis Doimpin, Ketua Kampung Kg.
Keningau, KK Peterus Langkihang, Ketua Kampung Kg. Ulu Keningau dan WKAN Jasin
Lumau, dipetik sebagai berkata seperti yang diterbitkan dalam akhbar itu
mendedahkan, seluas 50 ekar tanah penduduk di kawasan itu telah dicorobohi yang
merujuk kepada Annie sebagai individu yang bertanggungjawab.
“Saya bukan pemilik tanah itu,” Annie
membuat pengakuan sebagaimana dalam laporan polisnya.
Annie berkata, segala dakwaan yang dinyatakan
oleh pemimpin pemimpin kampong itu semata-mata fitnah, yang bertujuan jahat
terhadap beliau.
“Saya rujuk dakwaan mereka ini melalui Akta
Fitnah 1957 (saman fitnah), untuk tujuan membersihkan nama saya dan seluruh
keluarga yang menerima kesan buruk berikutan penyiaran berita itu,” katanya.
Annie juga telah merujuk perkara itu kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Keningau, untuk memohon
siasatan bagaimana pemimpin-pemimpin kampong itu boleh memperolehi maklumat
peribadinya di Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Keningau secara tidah sah.
Katanya, berlaku unsur rasuah untuk
memperolehi maklumat peribadinya daripada fail sulit Jabatan Tanah dan Ukur
Daerah Keningau.
“Bagaimana maklumat sulit seseorang boleh
diperolehi tanpa kebenaran ketua jabatan dan diterbitkan melalui akhbar,”
soalnya kepada akhbar ini.
Meyakinkan kepada akhbar ini bahawa
perbuatan itu sangat sangat keji, mengecewakan, berunsur rasuah, dan ia boleh
berulang kali berlaku jika tidak ada pengajaran yang sangat berat dijatuhkan
kepada pelaku.
“Mereka telah meragut masa depan saya, dan
bukan sebegitu mudah untuk memulihkan,” jelasnya dengan penuh kesal.
Akhbar ini sedang berusaha untuk mendapatkan
reaksi daripada keempat-empat pemimpin kampong itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan