MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 5 April 2016

Borneo Digest kini dikenali sebagai akhbar atas talian --- layari www.borneodigest.com

Sebagaimana yang telah dijanjikan Borneo Digest yang sebelum ini dalam bentuk 'blog' telah dinaiktaraf dan kini ia dikenali sebagai akhbar atas talian. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pelayar di pelusuk dunia yang setia dan sentiasa memberi reaksi positif sepanjang blog ini beroperasi. Blog ini tidak akan ditutup, sebaliknya ia akan dibangunkan untuk pengisian yang lebih sepesifik. Layari Borneo Digest atas talian ke alamat berikut - http//:www.borneodigest.com

Isnin, 11 Januari 2016

Zahid arrives in Kota Kinabalu to launch Commonwealth conference

KOTA KINABALU: Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi today arrived here for the opening of the 23rd Conference of Speakers and Presiding Officers of the Commonwealth at the State Legislative Assembly building.
Accompanied by Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, President of Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Sabah Speaker Datuk Seri Syed Abas Syed Ali and Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, Zahid was ushered in a traditional "Usunan" parade into the venue.
The deputy prime minister will deliver a keynote address after launching the conference which will be held until Wednesday.
Earlier all the visiting delegates were ushered in the makeshift sedans during the parade.
Also present were Deputy Dewan Rakyat Speaker Datuk Seri Dr Ronald Kiandee and Datuk Ismail Mohamed Said, Dewan Negara Secretary Riduan Rahmat, Parliament Chief Administrator Datuk Awang Alik Jeman and Parliament Secretary Datuk Roosme Hamzah.


Khamis, 7 Januari 2016

TATABA DUSUN YANG HILANG PERLU DICARI SEMULA

Assalamualaikum / Kopisanangan,
KHUSUSNYA kepada bangsaku Dusun, PERIBUMI mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016. sememangnya tidak ada beza pada tahun ini dan tahun-tahun yang telah kita tinggalkan; ia sekadar pertukaran nombor empat digit yang pada hemat seseorang, Tahun 2015 dan Tahun 2016 tidak memberi sebarang makna yang membuatkan seseorang itu senang hati atau susah hati.

Namun apa yang pasti terjadi kepada bangsa Dusun ialah mereka seolah-olah tebing sungai yang sedang diancam ekologi;
·         Dusun kehilangan identiti
·         Dusun  kehilangan kuasa
·         Dusun kehilangan halatuju
·         Dusun kehilangan keberanian

Baki 4 tahun sahaja lagi  kita memasuki tahun 2020. Ini bermakna jadual Bangsa Dusun sepatutnya terlalu ketat untuk memastikan tahun itu harapan kesamarataan dalam semua bidang dapat dikecapai secara seimbang. Pada Tahun 2020, bilangan berkelulusan PhD dikalangan bangsa ini sepatutnya  sudah terlalu ramai, dan sepatutnya Dusun sudah memiliki golongan  Saintis atau  sarjana dalam semua bidang yang mampu mengangkat  Dusun sebagai bangsa yang maju.
Apa yang terjadi kepada bangsa ini sejak Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, ialah peranan mereka sekadar sebagai kuda tunggangan kepada pihak tertentu untuk mencapai matlamat. Bangsa ini dijadikan buah catur politik.
Peribumi tidak menafikan bahawa telah ramai Bangsa Dusun yang berpeluang untuk dilantik untuk jawatan menteri pusat, timbalan menteri pusat, menteri negeri dan pembantu menteri negeri --- kita mengiktiraf sejarah ketika era kerajaan perikatan Sabah, Usno, Berjaya, Pbs dan BN sehingga kini, tetapi relatinya tidak banyak impak yang mampu dilihat yang meletakkan Bangsa Dusun menganggam sesuatu yang sepatutnya mereka inginkan..
Peribumi mahu bangsa ini memiliki kuasa politik, kuasa pelajaran, kuasa ekonomi, kuasa pertanian, kuasa kepakaran dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang dimiliki oleh bangsa-bangsa yang telah maju di dunia.
Sudah sampai waktu bangi bangsa ini untuk berdiri sebagai ‘taukeh politik, dan bukan lagi sebagai kuli politik’. Bangsa Dusun telah membazirkan masa yang begitu banyak sebagai kuli kepada kejayaan seseorang yang perjuangannya bukan untuk menjadikan bangsa ini maju, tetapi untuk survival politiknya semata-mata.
Tahun 2016 adalah permulaan  perjuangan Peribumi untuk membawa Bangsa Dusun  keluar daripada kepompong yang sangat menyeksa itu, justeru bangsa  itu perlu mengasah keberanian dan bersatu, untuk mencapai masa depan yang sepatutnya mereka miliki. Sokongan Bangsa Dusun kepada kerajaan sangat penting, jesteru Peribumi menasihatkan bangsa ini sentiasa bersama kerajaan yang memerintah. Tataba Dusun yang hilang perlu dicari semula dan ia hanya mampu dimiliki melalui perpaduan bangsa itu.
Sebagai langkah awal pada tahun 2016, Peribumi mengajak bangsa Dusun dan pelayar blog ini supaya berusaha dengan berani untuk menerokai apa sahaja  bidang yang boleh mening katkan ekonomi, kerana dengan kekuatan ekonomi sesuatu bangsa itu mampu bersaing dengan bangsa-bangsa yang sudah maju.
Peribumi mencadangkan program yang dianjurkan oleh Dananiaga sebagai langkah awal bagi bangsa ini serta pelayar blog ini untuk berkongsi menafaat. Layari laman berikut - http://www.DanaNiaga2u.com/62050612
SELAMAT TAHUN BARU 2016 / KOTOBIAN TOUN WAGU 2016 DAN SELAMAT BERJUANG.
PERIBUMI