Assalamualaikum / Kopisanangan,
KHUSUSNYA kepada bangsaku
Dusun, PERIBUMI mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016. sememangnya tidak ada beza
pada tahun ini dan tahun-tahun yang telah kita tinggalkan; ia sekadar
pertukaran nombor empat digit yang pada hemat seseorang, Tahun 2015 dan Tahun
2016 tidak memberi sebarang makna yang membuatkan seseorang itu senang hati
atau susah hati.
Namun apa yang pasti terjadi kepada bangsa Dusun ialah mereka seolah-olah tebing sungai yang sedang diancam ekologi;
·
Dusun kehilangan identiti
·
Dusun kehilangan kuasa
·
Dusun kehilangan halatuju
·
Dusun kehilangan keberanian
Baki 4 tahun sahaja lagi kita memasuki tahun 2020. Ini bermakna jadual
Bangsa Dusun sepatutnya terlalu ketat untuk memastikan tahun itu harapan
kesamarataan dalam semua bidang dapat dikecapai secara seimbang. Pada Tahun 2020,
bilangan berkelulusan PhD dikalangan bangsa ini sepatutnya sudah terlalu ramai, dan sepatutnya Dusun
sudah memiliki golongan Saintis atau sarjana dalam semua bidang yang mampu mengangkat Dusun sebagai bangsa yang maju.
Apa yang terjadi kepada bangsa
ini sejak Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, ialah peranan mereka
sekadar sebagai kuda tunggangan kepada pihak tertentu untuk mencapai matlamat.
Bangsa ini dijadikan buah catur politik.
Peribumi tidak menafikan bahawa
telah ramai Bangsa Dusun yang berpeluang untuk dilantik untuk jawatan menteri
pusat, timbalan menteri pusat, menteri negeri dan pembantu menteri negeri ---
kita mengiktiraf sejarah ketika era kerajaan perikatan Sabah, Usno, Berjaya,
Pbs dan BN sehingga kini, tetapi relatinya tidak banyak impak yang mampu
dilihat yang meletakkan Bangsa Dusun menganggam sesuatu yang sepatutnya mereka
inginkan..
Peribumi mahu bangsa ini
memiliki kuasa politik, kuasa pelajaran, kuasa ekonomi, kuasa pertanian, kuasa
kepakaran dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang dimiliki oleh bangsa-bangsa
yang telah maju di dunia.
Sudah sampai waktu bangi bangsa
ini untuk berdiri sebagai ‘taukeh politik, dan bukan lagi sebagai kuli
politik’. Bangsa Dusun telah membazirkan masa yang begitu banyak sebagai kuli
kepada kejayaan seseorang yang perjuangannya bukan untuk menjadikan bangsa ini
maju, tetapi untuk survival politiknya semata-mata.
Tahun 2016 adalah permulaan perjuangan Peribumi untuk membawa Bangsa Dusun
keluar daripada kepompong yang sangat
menyeksa itu, justeru bangsa itu perlu
mengasah keberanian dan bersatu, untuk mencapai masa depan yang sepatutnya
mereka miliki. Sokongan Bangsa Dusun kepada kerajaan sangat penting, jesteru Peribumi
menasihatkan bangsa ini sentiasa bersama kerajaan yang memerintah. Tataba Dusun
yang hilang perlu dicari semula dan ia hanya mampu dimiliki melalui perpaduan
bangsa itu.
Sebagai langkah awal pada tahun
2016, Peribumi mengajak bangsa Dusun dan pelayar blog ini supaya berusaha
dengan berani untuk menerokai apa sahaja
bidang yang boleh mening katkan ekonomi, kerana dengan kekuatan ekonomi
sesuatu bangsa itu mampu bersaing dengan bangsa-bangsa yang sudah maju.
Peribumi mencadangkan program
yang dianjurkan oleh Dananiaga sebagai langkah awal bagi bangsa ini serta
pelayar blog ini untuk berkongsi menafaat. Layari laman berikut - http://www.DanaNiaga2u.com/62050612
SELAMAT TAHUN BARU 2016 /
KOTOBIAN TOUN WAGU 2016 DAN SELAMAT BERJUANG.
PERIBUMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan