HADIMIN JUMBURI |
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Keningau
pada Sabtu ini, akan dirasmikan oleh Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan.
Bermula seawal
jam 7 pagi, mesyuarat itu akan diadakan di Dewan Perpustakaan Wilayah Keningau.
Memberitahu
perkara itu kepada akhbar ini pada Jumaat di keningau, Setiausaha Bahagian
parti itu Hadimin Jumburi (gambar) menjelaskan, Ahmad yang merupakan Timbalan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan menyentuh pelbagai isu semasa ketika
berucap diperasmian itu.
Menteri Luar
Malaysia Datuk Anifa Aman merupakan pemerhati negeri di mesyuarat terakhir
parti itu sebelum pilihanraya ke-13 diadakan.
Hadimin berkata,
selepas perasmian mesyuarat itu Ahmad bersama Anifa menjadi tetamu khas Majlis
Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Umno Bahagian Keningau, yang akan bermula
kira-kira jam 12 tengahari pada Sabtu ini.
Orang
ramai yang tinggal di daerah Keningau adalah dijemput untuk menghadiri rumah
terbuka itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan