GARIUS |
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Berkata bahawa mereka sanggup berlutut untuk
memohon, Murut asal Ambual, merayu
kepada kerajaan agar mengecualikan penstatusan tanah adat mereka yang terletak
di Hutan Simpan Trus Madi, kepada Kelas Satu.
Tanah seluas
4,000 ekar itu kini berstatus Kelas Dua dan merupakan lokasimasal bangsa itu
sejak lebih daripada dua abad yang lalu.
“Nenek moyang kami
lahir dan membesar di tanah bertuah itu,”, dedah Pengerusi Jawatankuasa
Tuntutan Adat Suku Kaum Murut Ambual – Garius Pukin, 50, (gambar).
Garius
memberitahu, kawasan yang dituntut oleh bangsa asal itu ialah meliputi
sebahagian kecil Hutan Simpan Trus Madi Kelas Dua, yang merangkumi lokasi
perkampungan pertama, kawasan bercucuk tanam dan kawasan perburuan serta tempat
bangsa itu memperolehi hasil hutan untuk tujuan perniagaan tukar barang.
Sejarah
mencatatkan Murut asal yang disebut sebagai ‘ambual’ mengungsi di pesisiran
Banjaran Trus Madi sejak era pra-sejarah, namun kehadiran mereka hanya
dilakarkan pada awal Tahun 1800.
Atifak berkaitan
murut asal masih tersimpan di bumi hutan itu itu, selain peninggalan lain
seperti tanam-tanaman dan penamaan sungai-sungai di situ merupakan harta
intilek yang menjadi bukti kukuh kewujudan mereka di situ.
PETA TANAH YANG DITUNTUT |
Pembalakan rakus
di kawasan itu di sekitar hujung tahun 70an telah memusnahkan sebahagian besar
bahan sejarah suku kaum Murut Ambual.
Pengerusi itu menceritakan,
suku kaum Murut Ambual merupakan penduduk asal di pesisir Banjaran Trus Madi,
dan bangsa asal yang pertama menerokai beberpa kawasan Tanah Datar Trans
pegalan.
Katanya, jumlah
asal bangsa itu hanyalah disekitar beberapa ratus tetapi berpindah di hilir
Sungai Ambual, disebabkan wabak penyakit yang telah menyerang dan membunuh kaum
kerabatnya.
“Kami tinggal di
sini sehingga sekarang, tetapi tidak bermakna melupakan tanah asal kami di
lembah Trus Madi,” katanya.
Garius
menjelaskan bahawa faktor ilmu menyebabkan bangsa asal itu, tidak tahu pelbagai
proses untuk menyatakan kepada kerajaan mengenai hak mereka ke atas tanah
tumpah darah mereka.
“Hanya selepas
kira-kira 100 tahun kemudian bangsa kami berpeluang untuk bersekolah,” katanya
dan menambah, mereka yang berpeluang untuk bersekolah dikalangan yang
berpeluang bekerja sebagai polis dan sebagainya.
Pada era
kerajaan British jelas Garius, protokol pemilikan tanah terlalu rumit
disebabkan pemimpin harapan, seperti Orang Kaya-Kaya (OKK), mengambil
pendekatan untuk menakut-nakutkan bahawa kononnya kerajaan marah penduduk memiliki tanah yang
luas.
Kedaifan ilmu
dikalangan bangsa Murut pada era itu diekplotasi oleh kalangan yang lebih
berkuasa,menyaksikan minat mereka untuk menerokai lebih luas tanah secara halal
dilupakan begitu sahaja.
Kerajaan telah
menghidupkan semula kecenderungan rakyat ke atas penerokaan tanah untuk tujuan
meningkatkan ekonomi, namun Garius menegaskan minat itu tidak akan menjadi
sesuatu yang realti, dengan melihat nasib yang sedang menimpa kepada
komunitinya pada ketika ini.
“Kami sepatutnya
memiliki tanah, tetapi diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas Dua, dan kini
telah dimasukkan semula ke status ‘Kelas Satu’,” katanya.
Dengan memberi
contoh bahawa sudah begitu ramai orang luar daripada negeri Sabah yang memiliki
tanah yang begitu luas, Garius memperkukuhkan hujahnya bahawa adalah tidak
patut orang asal seperti mereka dinafikan hak.
Penduduk yang
asalnya hanya beberapa ratus, kini telah meningkat kira-kira 1,080 orang
daripada 260 keluarga yang rata-rata merupakan penyokong kuat kerajaan Barisan
Nasional (BN) sejak sekian lamanya.
Namun katanya,
kesetiaan mereka terhadap kerajaan tidak bermakna jika mereka sekadar pemerhati
setia terhadap kemajuan orang luar negeri Sabah yang memiliki ribuan ekar tanah
di tempat asal bangsa itu.
“Saya amat malu
dan terkilan dengan senerio ini,” katanya.
Ketika
memberikan perincian mengenai lokasi tanah tumpah darah nenek moyangnya, Garius
memberitahu bahawa tuntutan mereka kepada kerajaan hanya kepada tanah, untuk
bangsa itu memperkasakan penguasaan ekonomi untuk bersaing secara sihat dengan
bangsa-bangsa yang lain.
“Hari
ini saya telah mengutarakan apa yang orang asal mahu daripada kerajaan, kerana
ia merupakan maruah bangsa kami,” katanya dan menitipkan pandangan sinis bahawa
di negeri yang tercinta ini, lebih banyak akta yang memberi perlindungan
terhadap binatang daripada akta yang memberi keselesaan kepada manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan