MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Khamis, 22 November 2012

IMPIAN PEMUDA KAMPUNG BERTEMU PEMIMPIN TERCAPAI

DATUK FRANKIE CHONG DENGAN HARRY

LEWAT petang pada Rabu di Keningau, saya menemui Datuk Frankie Chong yang merupakan Timbalan Spekar Dewan Undangan Negeri Sabah. Perjumpaan tidak terancang, adalah menunaikan impian seorang anak muda bernama Harry Dalusim yang ingin bergambar dengan idolanya – Datuk Frankie, yang menjadi impiannya sejak beliau berusia belasan tahun.
   Menunaikan harapan dan impian Harry, bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan seorang pemimpin yang begitu berpengaruh.
   Sejarah Datuk Frankie ialah beliau bermula sebagai orang biasa kepada seorang Setiausaha Politik, Wakil Rakyat dan kemudian Timbalan Spekar Dewan Undangan Negeri, dan pencapaian inilah yang telah menambat Harry untuk bersalaman dan mengabadikan gambar kenangan.
   Harry seorang budak kampong yang berpendidikan setakat Tingkatan Lima, memilih keriar sebagai seorang penoreh getah dan berkebun untuk meneruskan survival hidup.
   Bagitupun katanya, beliau yakin gilirannya untuk senang seperti yang dinikmati oleh orang yang sudah jauh Berjaya akan tiba.
   “Sebab itu saya mahu jumpa idola saya,” katanya.
   Dalam perjumpaan itu, Harry lebih banyak berdiam diri tetapi setia mendengar cerita yang disampaikan oleh Datuk Frankie, yang kebanyakan intipatinya mengenai motivasi.
   Antara yang menarik mengenai khabar yang disampaikan oleh Datuk Frankie, ialah mengenai pengalaman peribadinya pada beberapa minggu yang lalu pada ketika beliau dirawat di IIJN Kuala Lumpur.
   Datuk Frankie mengamalmi sedikit komplokasi di bahagian dalaman anggota, tetapi diperingkat yang tidak serius.
   Kos perubatan menjangkau RM18,000 yang hanya mengambil masa dalam beberapa minit.
   Moral pengalamannya ialah dengan kos seperti itu, rakyat biasa pastinya tidak mampu untuk mendapatkan perubatan yang terbaik di Negara ini.
   Apa yang Datuk Frankie tegaskan ialah betapa pentingnya insuran kepada setiap rakyat Malaysia, jika tidak dengan kemudahan ini, menyaksikan hanya mereka yang mampu memperolehi rawatan yang terbaik dan pantas.
   Datuk Frankie memberitahu bahawa ramai yang meninggal sebelum giliran mereka untuk mendapatkan rawatan, hanya kerana tidak mampu untuk membiayai kos perubatan.
   “Inilah yang membezakan orang kaya dengan miskin,” katanya.
   Begitupun jelas Datuk Frankie, masalah itu boleh diatasi jika rakyat menyedari mengenai kepentingan insuran. Insuran di Malaysia serendah RM30 sebulan (mengikut umur) yang membolehkan semua rakyat mampu untuk memilikinya.
   Di Negara-negara maju, pemilikan insuran adalah diwajibkan kepada setiap rakyatnya.
   Perjumpaan yang sangat bersejarah kepada Harry itu, telah memberikan satu suntikan semangat kepada beliau untuk terus merubah hidup, namun yang lebih penting di sini ialah saranan Datuk Frankie mengenai kepentingan insuran seharusnya disahut oleh rakyat.
   Jangan mengeluh bahawa kerajaan tidak melakukan sesuatu yang baik terhadap rakyat, kerana Datuk Frankie telah menyatakan kepentingan melalui pengalaman yang sebenar.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan