Ada pembaca cakap saya bodoh kerana tidak tahu mengenai sejarah kepahlawanan Dusun. Macam-macam tuduhan, ada yang mahu Pancung (momuyus) kepala saya, ada yang menyumpah saranah saya dan ada juga yang menghina seteruk-teruknya kepada saya. Saya menulis mengenai Tidak Ada Sejarah Kepahlawanan Dusun, yang merujuk bahawa Dusun tidak ada pahlawan yang dinamakan seperti ANTENOM (Ontoros) bagi suku kaum Murut. Saya tidak menyebut pemenggal-pemenggal kepala seperti yang dirujuk sebagai Monsopiad dan sebagainya, memandangkan kepahlawanan mereka itu terpencil. Di Keningau ramai pemenggal kepala dikalangan Bangsa Dusun yang dicatatkan secara lisan. Dimana-mana di Sabah juga terdapat sejarah lisan yang berkaitan.
Begitupun penekanan saya ialah Tidak Ada Seperti Antenom. Mat Salleh bukan Dusun, sebaliknya bangsa ini sekadar pematuh / pengikut.
Saya berterima kasih kepada pengkritik, tetapi mencabar agar menulis mengenai ketokohan pahlawan-pahlawan yang anda nyatakan. Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan