MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Jumaat, 14 September 2012

BERI KAMI TANAH --- Garius


GARIUS
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Berkata bahawa mereka sanggup berlutut untuk memohon, Murut asal  Ambual, merayu kepada kerajaan agar mengecualikan penstatusan tanah adat mereka yang terletak di Hutan Simpan Trus Madi, kepada Kelas Satu.
   Tanah seluas 4,000 ekar itu kini berstatus Kelas Dua dan merupakan lokasimasal bangsa itu sejak lebih daripada dua abad yang lalu.
   “Nenek moyang kami lahir dan membesar di tanah bertuah itu,”, dedah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Adat Suku Kaum Murut Ambual – Garius Pukin, 50, (gambar).
   Garius memberitahu, kawasan yang dituntut oleh bangsa asal itu ialah meliputi sebahagian kecil Hutan Simpan Trus Madi Kelas Dua, yang merangkumi lokasi perkampungan pertama, kawasan bercucuk tanam dan kawasan perburuan serta tempat bangsa itu memperolehi hasil hutan untuk tujuan perniagaan tukar barang.
   Sejarah mencatatkan Murut asal yang disebut sebagai ‘ambual’ mengungsi di pesisiran Banjaran Trus Madi sejak era pra-sejarah, namun kehadiran mereka hanya dilakarkan pada awal Tahun 1800.
   Atifak berkaitan murut asal masih tersimpan di bumi hutan itu itu, selain peninggalan lain seperti tanam-tanaman dan penamaan sungai-sungai di situ merupakan harta intilek yang menjadi bukti kukuh kewujudan mereka di situ.
PETA TANAH YANG DITUNTUT
   Pembalakan rakus di kawasan itu di sekitar hujung tahun 70an telah memusnahkan sebahagian besar bahan sejarah suku kaum Murut Ambual.
   Pengerusi itu menceritakan, suku kaum Murut Ambual merupakan penduduk asal di pesisir Banjaran Trus Madi, dan bangsa asal yang pertama menerokai beberpa kawasan Tanah Datar Trans pegalan.
   Katanya, jumlah asal bangsa itu hanyalah disekitar beberapa ratus tetapi berpindah di hilir Sungai Ambual, disebabkan wabak penyakit yang telah menyerang dan membunuh kaum kerabatnya.
   “Kami tinggal di sini sehingga sekarang, tetapi tidak bermakna melupakan tanah asal kami di lembah Trus Madi,” katanya.
   Garius menjelaskan bahawa faktor ilmu menyebabkan bangsa asal itu, tidak tahu pelbagai proses untuk menyatakan kepada kerajaan mengenai hak mereka ke atas tanah tumpah darah mereka.
   “Hanya selepas kira-kira 100 tahun kemudian bangsa kami berpeluang untuk bersekolah,” katanya dan menambah, mereka yang berpeluang untuk bersekolah dikalangan yang berpeluang bekerja sebagai polis dan sebagainya.
   Pada era kerajaan British jelas Garius, protokol pemilikan tanah terlalu rumit disebabkan pemimpin harapan, seperti Orang Kaya-Kaya (OKK), mengambil pendekatan untuk menakut-nakutkan bahawa kononnya  kerajaan marah penduduk memiliki tanah yang luas.
   Kedaifan ilmu dikalangan bangsa Murut pada era itu diekplotasi oleh kalangan yang lebih berkuasa,menyaksikan minat mereka untuk menerokai lebih luas tanah secara halal dilupakan begitu sahaja.
   Kerajaan telah menghidupkan semula kecenderungan rakyat ke atas penerokaan tanah untuk tujuan meningkatkan ekonomi, namun Garius menegaskan minat itu tidak akan menjadi sesuatu yang realti, dengan melihat nasib yang sedang menimpa kepada komunitinya pada ketika ini.
   “Kami sepatutnya memiliki tanah, tetapi diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas Dua, dan kini telah dimasukkan semula ke status ‘Kelas Satu’,” katanya.
   Dengan memberi contoh bahawa sudah begitu ramai orang luar daripada negeri Sabah yang memiliki tanah yang begitu luas, Garius memperkukuhkan hujahnya bahawa adalah tidak patut orang asal seperti mereka dinafikan hak.
   Penduduk yang asalnya hanya beberapa ratus, kini telah meningkat kira-kira 1,080 orang daripada 260 keluarga yang rata-rata merupakan penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lamanya.
   Namun katanya, kesetiaan mereka terhadap kerajaan tidak bermakna jika mereka sekadar pemerhati setia terhadap kemajuan orang luar negeri Sabah yang memiliki ribuan ekar tanah di tempat asal bangsa itu.
   “Saya amat malu dan terkilan dengan senerio ini,” katanya.
   Ketika memberikan perincian mengenai lokasi tanah tumpah darah nenek moyangnya, Garius memberitahu bahawa tuntutan mereka kepada kerajaan hanya kepada tanah, untuk bangsa itu memperkasakan penguasaan ekonomi untuk bersaing secara sihat dengan bangsa-bangsa yang lain.
   “Hari ini saya telah mengutarakan apa yang orang asal mahu daripada kerajaan, kerana ia merupakan maruah bangsa kami,” katanya dan menitipkan pandangan sinis bahawa di negeri yang tercinta ini, lebih banyak akta yang memberi perlindungan terhadap binatang daripada akta yang memberi keselesaan kepada manusia.

AHMAD MASLAN RASMI MESYUARAT UMNO KENINGAU


HADIMIN JUMBURI
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Keningau pada Sabtu ini, akan dirasmikan oleh Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan.
   Bermula seawal jam 7 pagi, mesyuarat itu akan diadakan di Dewan Perpustakaan Wilayah Keningau.
   Memberitahu perkara itu kepada akhbar ini pada Jumaat di keningau, Setiausaha Bahagian parti itu Hadimin Jumburi (gambar) menjelaskan, Ahmad yang merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan menyentuh pelbagai isu semasa ketika berucap diperasmian itu.
   Menteri Luar Malaysia Datuk Anifa Aman merupakan pemerhati negeri di mesyuarat terakhir parti itu sebelum pilihanraya ke-13 diadakan.
   Hadimin berkata, selepas perasmian mesyuarat itu Ahmad bersama Anifa menjadi tetamu khas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Umno Bahagian Keningau, yang akan bermula kira-kira jam 12 tengahari pada Sabtu ini.
   Orang ramai yang tinggal di daerah Keningau adalah dijemput untuk menghadiri rumah terbuka itu. 

Rabu, 12 September 2012

MAAFKAN KAMI



SEJAK lebih sebulan laman BORNEO DIGEST telah dicorobohi oleh pelayar yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan sebarang akses daripada unit pentadbiran tidak dapat dilakukan. Kami amat mengesali dengan apa yang telah berlaku dan memohon maaf kepada seluruh pembaca. Paparan akan kembali seperti biasa selepas kerja-kerja menaiktaraf di unit keselamatan selesai dilakukan. Kami mengucapkan terika kasih di atas kesabaran anda. SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN --- Editor.