MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 26 Mei 2014

TENTERA TERIMA WATIKAH PERINTAH THAILAND

terkini
BANGKOK 26 Mei - Ketua tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha hari ini menyatakan pemerintah Thailand secara rasmi menyokong kedudukannya sebagai Ketua Majlis Tentera yang akan mentadbir negara ini selepas pasukan keselamatan itu merampas kuasa pentadbiran negara ini.
   Prayuth dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen berkata, beliau tiada pilihan untuk menggunakan tindakan keras jika demonstrasi politik meningkat semula di negara ini. - REUTER

NASIB YINGLUCK SELEPAS DITAHAN TENTERA TIDAK DIKETAHUI

BANGKOK 24 Mei - Nasib bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar) dan berpuluh-puluh pemimpin kerajaan serta politik masih menjadi teka-teki, sejak mereka ditahan oleh pihak tentera, semalam selepas mereka menghadap kerajaan junta, ketika 21 orang penunjuk perasaan ditahan kerana merancang mengadakan bantahan antirampasan kuasa.

Sumber Parti Pheu Thai mengesahkan Yingluck bersama-sama berpuluh-puluh pemimpin kerajaan dan ketua-ketua parti, aktivis dan kumpulan-kumpulan lain ditahan di sebuah kemudahan tentera.

Bagaimanapun sumber berkenaan tidak pasti lokasi Yingluck ditahan kerana pihak tentera merampas telefon bimbit beliau dan pembantunya.

Jurucakap tentera Thailand, Kolonel Winthai Suvaree berkata, pemimpin-pemimpin kerajaan yang disingkirkan dan beberapa ahli politik mungkin ditahan selama seminggu.
"Tempoh mereka ditahan bergantung sejauh mana penglibatan mereka dalam krisis politik di negara ini," katanya.

Kenyataan beliau itu sekali gus mencetuskan persoalan sama ada semua individu yang ditahan itu akan disiasat oleh pihak tentera.

Sementara itu, timbalan jurucakap tentera, Kolonel Weerachon Sukondhapatipak berkata, tindakan menahan Yingluck, anggota Kabinet dan ketua penunjuk perasaan antikerajaan bertujuan untuk memberi masa kepada mereka untuk berfikir.

Namun, Sukondhapatipak tidak menjelaskan lebih lanjut tentang maksud sebenar di sebalik kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, seramai 21 orang ditahan oleh pihak tentera di timur laut Thailand selepas merancang mengadakan tunjuk perasaan antirampasan kuasa.

Menurut kenyataan tentera, kira-kira 200 askar menyerbu sebuah pangsapuri di Khon Kaen, 350 kilometer di timur laut Bangkok, sebelum menahan kesemua suspek yang mengakui bertindak demikian atas arahan pemimpin Barisan Hadapan Demokrasi Menentang Pemerintahan Diktator atau Kumpulan Baju Merah.
Turut dirampas dua bom tangan dan dua silinder gas. - Agensi/AFP/BD