MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Ahad, 22 Januari 2012

KESATUAN GURU SABAH BANTAH SBPA!

Oleh: MOHD KHAIRY ABDULLAH
         mediatvp@gmail.com

HUSSIN BASIR
TENOM: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) yang diwakili oleh seramai 43,000 ahli, pada Khamis membuat satu kejutan apabila sebulat suara membantah perlaksanaan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
   Melalui SBPA sebanyak 11 skim perkhidmatan baru digubal dan 78 skim perkhidmatan yang dijumudkan.
Bidang keguruan diantara yang terlibat dalam perubahan baru tersebut.
SBPA diwujudkan bagi menggantikan SSM atau Sistem Saraan Malaysia berteraskan merit, yang digarap untuk memberi perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan, serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan serta penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan peristasi kerja.
Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan skim itu pada bajet 2012 yang lalu.
   Bagaimanapun KGKS menyifatkan skim baru itu menjana kepada kerosakan lanskap kerjaya warga pendidik khususnya di Negeri Sabah, dan mereka yang bertugas di kawasan pedalaman negeri itu.
Presidennya Hussin bin Basir memberitahu, bantahan kesatuan itu bersifat positif dan bukan provokasi terhadap kerajaan.
   Hussin yang berada di Tenom untuk menghadiri perjumpaan dengan Ahli Majlis Tertinggi KGKS Cawangan Tenom berkata, kesatuan telah memperjuangkan nasib guru-guru yang berkhidmat di Sabah sejak lebih daripada 30 tahun yang lalu, dan mahu kerajaan supaya memandang serius mengenainya.
Kesatuan menyeneraikan beberapa tuntutan yang antaranya meminta, supaya elaun wilayah dikekalkan pada tahap semasa tanpa sebarang kenaikan, yang sepatutnya berlaku mengikut peratusan kenaikan jumlah gaji pokok.
   Gesaan itu dibuat memandangkan ada cadangan untuk pemansuhan elaun tersebut.
KGKS turut meminta supaya elaun pedalaman yang bernilai RM1500 bagi P3, RM1000 bagi P2 dan RM500 bagi P1, yang sedang dinikmati oleh guru-guru yang bertugas di 350 buah sekolah di kawasan pedalaman Sabah dikekalkan.
   Kesatuan itu turut mempertahankan permohonan 400 buah sekolah di kawasan pedalaman lagi, yang sedang menunggu kelulusan bagi elaun seumpama diteruskan.
   Katanya, jika elaun-elaun tersebut dimansuhkan sudah pasti akan merencatkan system pendidikan kerana akan menjana konflik lokasi diantara Bandar, luar Bandar dan pedalaman Sabah.
   “Elaun-elaun seumpama itu umpama hadiah kepada warga pendidik yang sanggup bertugas di pelusuk pedalaman, dan jika ia dimansuhkan akan menimbulkan jurang dan prepsepsi yang tidak sihat dikalangan guru-guru di negeri ini,” katanya.
   Hussin meminta Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia supaya memandang serius mengenai tuntutan kesatuan itu.
   Kesatuan itu turut meminta kerajaan supaya menyeragamkan pemberian Elaun Perumahan Wilayah (EPW), diantara guru-guru Semananjung dan Sabah.
Katanya, ketika ini guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di Sabah menikmati EPW sebanyak RM830 bagi guru berijazah dan RM720 bagi guru lulusan diploma, sementara mereka yang dari Sabah dan bertugas di Semenanjung hanya menerima RM600 dan RM250.
   “Justifikasinya kedua-dua memiliki ijazah dan diploma, dan kesatuan melihat sesuatu yang tidak seimbang sedang berlaku,” katanya, dan menambah;
“Kadar keluasan negeri Sabah menyamai 5 buah negeri di Semenanjung.”.
   Dengan memberi contoh keperluan bagi seorang guru yang berasal dari Daerah Tenom dan bertugas di Tawau, dengan seorang guru yang berasal dari Semenanjung yang bertugas di Sabah adalah sama.
“Mereka memerlukan nilai kos yang tinggi dan sama untuk pelbagai keperluan diri,” tekannya, dan mempersoalkan kenapa jurang seperti itu diwujudkan.
   “Adakah persoalan istimewa dan tidak istimewa berlaku di sini,” soalnya.
Hussin memberitahu, tidak ada beza yang boleh menimbulkan jurang diantara guru Semenanjung dengan Sabah.
   Jesteru beliau meminta kerajaan supaya memandang serius mengenai tuntutan KGKS, sesuai dengan slogan 1 Malaysia – ‘Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan’.
   “Kita tidak mahu lebih daripada itu,” katanya.


38 ulasan:

  1. Syabas presiden.. Mudah-mudahan perjuangan kita membuahkan hasil. Isu perbezaan elaun sudah lama diketengahkan tetapi tidak diambil perhatian oleh pihak tertentu. Di mana silapnya???

    BalasPadam
  2. c7 dan sokong kenyataan KGKS..mantopsssss

    BalasPadam
  3. Kesatuan Guru Kerajaan Sabah Wadah perjuangan Warga guru d Sabah dan pandangan KGKS tetap kami sokong demi kebajikan guru2 yang bertugas d sabah tanpa agama,bangsa,kaum dan negeri asall yang penting berkhidmat d sabah khasnya dan d malaysia umumnya...

    BalasPadam
  4. tahniah Presiden KGKS perjuangan Kerana berani menyuarakan pandangan yang selama ini tenggelam..terus bangkit kami guru-guru d seluruh pelusok sabah menyokong dengan sepenuh jiwa raga...aramaitiiii

    BalasPadam
  5. suara KGKS adalah mewakili suara kami guru d sabah..teruskan perjuangan yang tidak pernah selesai...

    BalasPadam
  6. perjuangan KGKS adalah untuk menjaga dan memelihara kebajikan semua guru yang berkhidmat disabah..KGKS tidak sekali-kali mengkhianati guru-guru sendiri sebaliknya berjuang untuk faedah semua guru..tidak ada dalam sejarah Kesatuan Guru mengkhianati guru sendiri...KGKS tetap berjuang.

    BalasPadam
  7. hidup KGKS teruskan bersuara lantang bagi menuntut perkara-perkara yang telah lama diabaikan oleh pihak atasan.

    BalasPadam
  8. ini lah yang ahli2 KGKS dan semua guru-guru disabah nanti-nantikan selama ini suara KGKS bergema di seluruh Malaysia..tahniah KGKS

    BalasPadam
  9. tuntuntan,bantahan dan permintaan KGKS perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ia bersuara bukan atas kepentingan individu tetapi mewakili warga guru disabah

    BalasPadam
  10. Tahniah MT KGKS yang berani membawa Transformasi positif dalam memperjuangkan kebajikan guru-guru disabah

    BalasPadam
  11. berjuang KGKS terus berjuang gegarkan mereka yang terlelap bahawa KGKS adalah Kesatuan yang Gah dan bukan sekadar menempel sahaja

    BalasPadam
  12. perjuangan yang sebenar adalah perjuangan untuk kepentingan ahli dan semua pihak yang patut menerima hasil positifnya.KGKS adalah jambatan perjuangan tersebut.sokong KGKS 1000%

    BalasPadam
  13. Asalmaualaikum... saya seorang guru bertugas di Johor Bahru. Saya berasal dari Sabah. Saya amat menyokong penuh usaha KGKS menuntuk agar Elaun Wilayah dan Elaun Perumahan Wilayah bagi negeri Sabah sama dengan di Semenanjung. 2006-2009 saya posting di Shah Alam dan cuma dapat Elaun Perumahan RM 600 sedangkan kos sewa rumah di Shah Alam adalam RM 800 ke atas. Namun dalam masa yg sama beberapa rakan semaktab dgn saya posting d Sabah dan dapat elaun Perumahan RM 800 sedangkan mengajar di Melalap. Ini adalah suatu tindakan yang tidak munasabah dan tidak patut. 2010 hingga skrg saya bertugas di Johor Bahru dan lebih teruk dapat elaun perumahan RM 500, sedangkan Harga sewa rumah dan kos hidup di JB adalah lebih tinggi drp bandar2 lain d Malaysia. Pelik tapi benar dan inilah yg berlaku dan saya alami. Saya sanggup bersemuka atau memberikan pandangan secara terbuka tentang kemelut ini atas nama kebenaran dan Keadilan sejagat dalam profesion keguruan di Malaysia. Wasalam.

    BalasPadam
  14. Laungan slogan "1 Malaysia" di mata dan pemahaman peribadi saya, adalah ADIL & SAKSAMA bagi semua lapisan warga MASYARAKAT MALAYSIA khususnya. Semua rakyat akan menerima keistimewaan secara sama rata dan tidak ada yang akan mendapat lebih dari seseorang, mahu pun di Semenanjung atau pun di Sabah dan Sarawak. Selagi kita di bawah naungan "JALUR GEMILANG" makanya kita adalah sebumbung di bawah nama mulia Negara MALAYSIA yang tercinta. Maka sepertimana yang diucapkan oleh Presiden KGKS ini adalah sangat benar dan logik.

    BalasPadam
  15. saya turut menyokong perjuangan kesatuan

    BalasPadam
  16. Asalammualikum daN salam 1 Malaysia. Saya sebagai salah seorang guru di Pendalaman Sabah amat bersetuju terhadap keputusan yang dibuat oleh KGKS dalam membantah SBPA. Ini memandangkan banyak perkara serta isu yang kurang jelas serta keseimbangan yang pincang. Andaikata elaun wilayah dan elaun pendalaman dimansuhkan, ternyata pihak kerajaan telah bermain tarik tali. Ada yang dihulur tetapi ada pula yang dipancing. Sambil menyelam meneguk air. Mengapakah elaun-elaun tersebut perlu ditarik balik? Gesaan KGKS tentang kesamarataan elaun perumahan guru juga amat disokong. Jangan jadikan rakyat (guru-guru dan kakitangan awam lain) di Sabah sebagai rakyar Malaysia kelas kedua. Laungan 1 Malaysia mengalahkan keteguhan Gunung Kinabalu. Namun ianya tak dipraktikkan dalam tindakan. Harap dapat ambil perhatian. JANGAN SAMPAI PERIUK DI DAPUR BERKARAT. SEDANGKAN KUALI DI HALAMAN BERKILAU.

    BalasPadam
  17. Sokong bantahan KGKS

    BalasPadam
  18. Tahniah tuan presiden,semoga kita mendapat yang terbaik.....Amin.....

    BalasPadam
  19. SBPA menafikan hak guru-guru SABAH. Patut ditolak.

    BalasPadam
  20. Salam dan tahniah kepada Presiden KGKS En. Hussin Basir, atas perjuangan ini, semoga ianya akan menjadi realiti kepada guru-guru Sabah.

    Drp. KGKS Papar.

    BalasPadam
  21. Salam dan tahniah kepada Presiden KGKS En. Hussin Basir, atas perjuangan ini, semoga ianya akan menjadi realiti kepada guru-guru Sabah.

    Drp; KGKS Papar.

    BalasPadam
  22. Berilah pertimbangan yang adil dan relevan sesuai dengan peredaran dan perubahan zaman.

    BalasPadam
  23. saya sokong 100% tuntutan yg dibuat oleh KGKS.. Slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sepatutnya bersifat menyeluruh khususnya utk menjaga kebajikan penjawat awam (guru2 di sabah, sarawak dan sm). tidak perlu ada jurang perbezaan tantang keistimewaan elaun.. dasar kememterian memang tidak boleh disentuh, namun jika tidak ada daun yang bergoyang kesamarataan tidak akan ada dan mewujudkan lagi rasa tidak puas hati dikalangan guru2 sabah.. saya mengakui kepayahan menjadi seorang guru yang mengajar diluar bandar. (mengapa elaun hidup susah 10% tidak dinaikkan?)minta KGKS kaji semula tentang elaun hidup susah 10% ni.. mcm tidak relevan bagi mereka yg bergaji rendah... "guna brg dengan harga sama, namun susah banyak bezanya.. besar gaji susahnya sikit, sikit gaji susahnya banyak"

    BalasPadam
  24. Diharapkan pihak kerajaan mengambil perhatian semua isu yang ditimbulkan oleh KGKS demi memantapkan lagi jentera pendidik khususnya di Sabah.

    BalasPadam
  25. Saya selaku Ahli Kesatuan Guru KGKS menyokong penuh diatas Tuntutan Kesatuan ini memandangkan Slogan 1 Malaysia sering dilaung-laungkan maka sudah tentu perbezaan dalam Pemberiaan Elaun Guru diantara Sabah dan Semenanjung adalah tidak ADIL SAMA SEKALI. Tambahan pula elaun EPW guru-guru semenanjung adalah terlalu BESAR.Jangan perkara ini akan diambil peluang oleh pihak tertentu untuk menjadi bahan MENENTANG PIHAK KERAJAAN YAKNI BARISAN NASIONAL yang kini adalah parti Pemerintah Kerajaan Malaysia

    BalasPadam
  26. Semoga isu ini mendapat perhatian dan tindakan agar slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan akan menjadi realiti.

    BalasPadam
  27. tetap sokong...................

    BalasPadam
  28. Tahniah, Tn. KB tetap menyokong perjuangan tn dlm memartabatkan pendidikan khasnya di Sabah.

    BalasPadam
  29. salam 1 malaysia semua rakan seperjuangan.sebagai presiden KGKS saya amat terharu sokongan anda.kepada rakan2 lain marilah sokong perjuangan ini.banyak perkara yang akan saya bawa dalam pertemuan dengan PM.Saya tidak akan menoleh kebelakang dan akan terus berjuang!!!!!! terima kasih..Presiden KGKS

    BalasPadam
  30. SBPA sepatutnya ditolak 100% dan d buat semula dalam perbincangan dgn semua wakil kesatuan perkhidmatan d malaysia.Justifikasinya SBPA yang ada sekarang melambangkan kecuaian,pengabaian,kelemahan dan bodohsombongnya pegawai atasan di jabatan perkhidmatan awam kerana tidak berbincang terlebih dahulu dan mendapatkan pandangan dari wakil2 kesatuan..natijahnya kerajaan terpaksa lagi membazirkan duit beribu2 untk membayar pula elaun2 pasukan petugas yang dilantik untuk membuat kajian dan semakan semula SBPA.yang ahkhirnya ibarat sirih pulang ke gagang kerana terpaksa pula petugas yang dilantik memanggil wakil2 kesatuan utk berunding mendapatkan penyelesaian yang terbaik utk semua pihak.Untik memuaskan semua pihak mungkin mustahil tetapi untuk memastikan berjayanya pelaksanaan SBPA perlu mendapat restu dan peresetujuan semua wakil kesatuan perkhidmatan awam yang mewakili 1.5juta orang..KGKS memang menolak dari awal lg kerana SBPA sebenarnya banyak merugikan warga guru dimalaysia dan disabah khasnya..kenapa tidak penambatan elaun,hilang kekananan dlm perkhidmatan sperti jawatan hakiki penolong kanan,guru cemerlang dan lain2..kemudian di kaburi dengan penyelaras gaji dalam SBPA yang nampak cantik tapi hakikatnya indah khabar dari rupa kerana laluan yg disediakan amat sukar dan penuh ranjau.apa pun yang d perjuangkan oleh Presiden KGKS adalah suara ahli kesatuan dan warga guru disabah.KGKS tidak akan berbisik lagi sebaliknya akan terus lantang bersuara mengikut saluran yang sesuai..perjuangan kgks adalah ikhlas demi membela dan menjaga kebajikan guru2 yang berkhidmat disabah tidak kira orang sabah,sarawak atau semenaanjung selagi ia bergelar guru dan berkhidmat di sabah kebajikan mereka akan tetap dijaga....mantopssssss

    BalasPadam
  31. dalaam SBPA sepatutnya kadar elaun perumahan,elaun khidmat awam dinaikan bagi kategori pelaksana dan pengurusan..selain itu tangga gaji senior dan junior juga perlu ada perbezaan..dan sepatutnya semua pergerakan gaji pegawai perkhidmatam awam yang memang da bekerja bermula janauari kerana SBPA adalah sistem yang baru dan menghapuskan SSM..kecuali pegawai baru berkhidmat..fikir-fikirkan la

    BalasPadam
  32. tiada yang lebih baik selain duduk semeja berunding untuk mencapai persetujuan yang jitu..kalau la Pegawai yang membuat SBPA ini berfikir sedemikian sudah pasti SBPA sekarang da berjalan seperti dirancang,tapi sayang seribu kali sayang Jabataan Perkhidmatan Awam jauh lebih CUAIIII.Kerajaan pula terpaksa menanggung kos luar jangka pula dengan melantik Pegawai2 baru untuk membuat kajian dan semakan SBPA..persoalan yang timbul Elaun mereka berapa kena bayar dan siapa yang bayar.Ini dikatakan membazir wang rakyat dan sepatutnya pihak yang melakukan kecuaian ini bertanggungjawab.Perlu dikenakan tindakan tatatertib(surcaj) kerana cuai dalam menlaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan hingga menimbulkan rasa tidak puashati dan resah gelisah kepada semua penjawat awam di malaysia.tahniah kepada PM yang bertindak pantas untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA dan arahan PM SBPA hanya akan dilaksanakan apabila semua pihak bersetuju memang baik.Inilah yang sepatutnya dilakukan dari awal oleh pihak berkenaan.Oleh itu jadikan ini ikhtibar dalam membuat sesuatu yang melibatkan penjawat awam di malaysia jangan semberono atau hentam keromo saja dengan membelakangkan kesatuan perkhidmatam awam di malaysia khasnya kesatuan2 guru seperti KGKS.

    BalasPadam
  33. ini kali la !!! tahniah presiden kgks kerana berani bersuara menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan sbpa serta membuat beberapa tuntutan utuk guru2 disabah.inilah pemimpin yang ditunggu2 dan dicari2 disabah berani bersuara untuk kebajikan guru-guru yang berkhidmat di sabah.saya yakin dan percaya semua warga guru disabah memberikan sokongan padu terhadap perjuangan kgks ini yang berjuang bukan untuik mendapatkan populariti atau glamor tetapi demi kebajikan warga guru di sabah.Presiden KGKS anda memang hebat dan berjiwa pejuang seperti ANTANOM..syabassssssss

    BalasPadam
  34. Assalam membaca apa yang diperjuangkan oleh KGKS saya memang terharu kerana berani menyuarakan apa yang sepatutnya diminta sejak dahuli lagi..Elaun perumahan wilayah perlu diseragamkan seperti penyeragaman elaun perumahan tentera dan polis..elaun wilayah yang diberikan keistimewaan kpd guru2 sabah dan sarawak dan juga guru2 dari semanjung yang berkhidmat dikedua-dua negeri juga sepatutnta tidak perlu ditambat sebaliknya dinaikan peratusannya..elaun2 hidup susah bg kawasan2 yang sukar juga sepatutnya digantikan dgn elaun pedalaman P1,P2 dan P3,peluang2 kenaikan pangkat juga sepatutnya diberi laluan yang sewajarnya.adalah lebih baik penyelarasan gaji dalam SBPA diselaraskan kenaikannya pada satu amaun tambatan sbgai contoh semua penjawat awam tidak kira gred akan dapat penyelaran gaji SBPA RM1000(seribu ringgit) ini lebih adil berbanding yg ada sekarang..seterusnya pergerakan gaji berikutnya diselaraskan juga pada satu amaun tambatan sbgai contoh kenaikan dan pergerakan gaji tahunan tidak kira gred diselaraskan pada kadar pergerakan rm300..ini lebih praktikal...disamping pengekalan elaun2 yg ada dan perubahan elaun2 lain yg perlu disemak semula sperti elaun GB,Penolong kanan..selain itu Elaun Sara Hidup juga sepatutnya diberikan kpd semua penjawat awam tanpa mengira tempat kerana secara praktikalnya semua penjawat awam perlu menyara hidup..kos pengangkutan,kos barangan meningkat,kos minyak dan lain2 yang mana semua penjawat awam mengalaminya..ertinya elaun sara hidup ini bukan sahaja untuk mereka yang tinggal dibandar2 tetapi juga yang tinggal dipinggir2 bandar,kampung2,desa dan pedsalaman.oleh itu elaun sara hidup yang dinikmati oleh segelintir penjawat awam ini perlu dinikmati oleh semua penjawat awam juga kerana elaun ini diwujudkan pada prinsipnya kerana kos kehidupan yang semakin meningkat..Oleh itu perjuangan KGKS yang ketuai oleh En.Hussin Basir memang releven dengan keperluan semasa guru-guru disabah dan dimalaysia amnya demi kebajikan semua warga guru.KGKS wadah perjuangan guru2 sabah...tahniah KGKS..

    BalasPadam
  35. chinta mata,tenom30 Januari 2012 12:43 PTG

    KGKS memperjuangkan apa yang sepatutnya diperolehi oleh guru-guru di sabah khasnya dan dimalaysia amnya..teruskan demi kebajikan warga guru di sabah...sabah maju jaya.

    BalasPadam
  36. Tahniah, tn. Memperjuangkan kebajikan guru-guru Sabah. Kota Belud tetap menyokong tn utk buat transformasi.

    BalasPadam
  37. hanya cakap dimedia saja bah kamu ini cikgu,inda ada pun di tulis dalam hitam putih atau diluluskan dalam mesyuarat dan dihantar kepada kementerian pelajaran,cuba perjuangkan juga pembekuan kenaikan pangkat bagi cikgu-cikgu yang ambil PJJ akibat pembekuan jawatan yang dibuat oleh KPM bagi cikgu-cikgu yang ada degree PJJ manakala degree dari IPTA yang ori tidak...apa punya persatuan ini yang tidak memperjuangkan masaalah anak buah tapi memperjuangkan pangkat sesama mereka saja

    BalasPadam
  38. Kita juga ingin KGKS perjuangkan elaun guru besar kepada rm500 berdasarkan beban tugas yang semakin mencabar, sudah lah elaun minyak ta ada korek pokit sendiri bila hadir meting yang entah berapa kali dalam setahun di berlainan tempat. begitu juga elaun rumah mana ada sewa rumah rm180 zaman sekarang. sedangkan sewa bilik saja ada yang mencacah rm300 ke rm500. baik2 lah tangani masalah guru2 ini, kita bah yang memenusiakan manusia ya kan ???

    BalasPadam