MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Jumaat, 26 Oktober 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012


BORNEO DIGEST dan SAMAFM mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidil Adha 2012 kepada  pembaca dan pendengar di seluruh dunia. Terima kasih di atas sokongan berterusan.

Isnin, 22 Oktober 2012

TERIMA AHLI STAR SERTAI BN --- Peribumi

KUALA LUMPUR (Malaysia): Peribumi menasihatkan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) di peringkat akar umbi, agar bersikap rendah diri dan berusaha untuk mendekati ahli-ahli parti STAR di Sabah supaya menyertai parti kerajaan.
   Peribumi atau Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman Sabah memberitahu dalam satu kenyataan yang diemail dari ibu Negara berkata;
   “BN mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan ahli-ahli STAR yang kini menukar haluan untuk menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun abdul Razak,”.
   Peribumi berada di ibu Negara untuk menghadiri seminar antarabangsa.
   Pertubuhan itu berkata, pengasas STAR – Dr. Patau  Rubis ikhlas dalam keputusannya untuk menyokong BN pada pilihanraya ke-13 ini.
   “Khabar baik ini sesuatu yang mengembirakan untuk memperkasakan perpaduan rakyat di Negara ini,” jelas Peribumi.

GERAN KOMUNAL TERBAIK --- Minamasok


JIMIN
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Persatuan Dusun Minamasok Borneo Utara Sabah (Minamasok) berkata, geran komunal yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman merupakan mekanisma terbaik untuk mempertahankan Hak Tanah Adat Bumiputera di negeri ini.
   Timbalan Presidennya, Mohd Jimin Abdullah (gambar) memberitahu, dengan geran komunal masa depan tanah yang termasuk dalam geran komunel adalah terjamin 100 peratus.
   “Geran komunel memiliki kekebalan daripada sebarang pencorobohan dan pertukaran milik,” katanya.
   Beliau memuji dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah serta Pengarah Tanah Sabah Datuk Osman Jamal, kerana mengilhamkan dan melaksanakan kaedah terbaik itu bagi memastikan setiap tanah adat bumiputera di negeri ini sentiasa terjamin.
   Sambil menolak tanggapan bahawa perlaksanaan geran komunal mempunyai agenda tersendiri, sebagaimana yang dicanang oleh pemimpin pembangkang, Jimin berkata bahawa intipati geran komunel menjurus kepada keselamatan jangka panjang tanah milik rakyat yang terlibat.
   “Tanah berstatus geran komunal tidak boleh dijual beli dan hak warisannya  menjangkau sehingga ke generasi ke generasi pemilik,” jelasnya.
   Jimin memberitahu bahawa Minamasok begitu berterima kasih kepada kerajaan yang memerintah kerana melaksanakan kaedah terbaik itu, apa yang beliau sifatkan tidak mungkin mampu difikirkan oleh pihak pembangkang.
   “Dengan geran komunal, kini hak bumiputera di negeri ini begitu terjamin,” katanya.
   Sebelum ini rakyat berada dalam situasi serba salah mengenai matlamat ‘geran komunal’, berikutan kegagalan agensi terbabit untuk menjelaskan tujuan sebenar kaedah itu kepada rakyat bawahan.
   Minamasok mahu agar rakyat menerima sepenuhnya perlaksanaan kaedah tersebut.

INI KALI LAH


Selasa, 16 Oktober 2012

BORNEO DIGEST DAN SAMA FM CIPTA SEJARAH


KENINGAU (Sabah, Malaysia): Borneo Digest maju setapak dengan pemasangan radio atas talian – SAMAFM yang diterajui sepenuhnya oleh anak-anak Sabah.
   Bermula pada Ahad, pembaca Borneo Digest di seluruh dunia boleh mengakses berita, sambil berhibur dengan lagu-lagu antarabangsa, Melayu, Bajau, Dusun, Murut hatta lagu-lagu pop daripada asia barat yang diputarkan oleh juruhebah-juruhebah SamaFm.
   Sudah tentu berita ini satu kejutan yang merupakan kejayaan besar anak-anak Sabah dalam menapakkan diri ke persada dunia.
   Siapa bilang generasi Dusun, Bajau dan Murut tidak mampu bersaing di pentas global? Jawapannya, kejayaan ini adalah bukti bahawa orang tempatan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa yang sudah jauh menikmati kejayaan.
   Borneo Digest dan SamaFm merupakan gabungan kejayaan anak tempatan Sabah,  yang mendapat pengiktirafan dunia melalui rekod pengunjung yang tertinggi hanya dalam tempoh yang singkat.
   Warga kerja Borneo Digest dan SamaFm mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca dan pendengar, dan anda adalah diantaranya pendorong kami untuk terus dikenali oleh warga dunia. 

Ahad, 14 Oktober 2012

ANDREAS ALEX MOMUYUS DOT LIOU

ANDREAS ALEX JOHN

PUYUSON menurut kamus, bererti mencantas sekali dengan parang tajam. ‘Kada pongunsamang puyuson ku moti liou nu’ (dalam bahasa Dusun) bererti ‘Jangan memperkecilkan nanti saya cantas leher kamu’.
   Kata-kata beremosi ini saya dipetik daripada luahan seorang bakal pendidik yang bernama Andreas Alex John, yang ternyata begitu marah apabila membaca artikel berjudul Bangsa DusunTidak Ada Rekod Kepahlawanan, yang diterbitkan oleh Borneo Digest pada beberapa bulan yang lalu.
   Artikel tersebut kini berada ditangga kedua paling popular.
   Tahniah kepada Andreas kerana menolak satu kajian yang tidak menunjukkan terdapatnya bangsa Dusun yang bergelar pahlawan, namun beliau tidak menyebut siapa-siapa pahlawan Dusun yang terbilang di tanah Borneo.
   Sebagai ahli akademik, Borneo Digest amat mengharap agar Andreas menyebut satu persatu pahlawan Dusun, dengan menyatakan kejayaan seperti yang dicatatkan oleh Mat Salleh dan antenom.
   Borneo Digest mengucapkan tahniah kepada beliau.

TAWAU FOUR WHEEL DRIVE SABAH DIDAFTAR

HANIFF TERIMA SIJIL PENDAFTARAN TFWDS

TAWAU: Pendaftara Tawau Four Wheel Drive Sabah (TFWDS) yang dianggotai oleh jaguh-jaguh sukan lasak pacuan empat roda Sabah diluluskan, demikian pengumuman rasmi kelab itu kepada akhbar ini pada Ahad.
   “Kami telah menerima Sijil pendaftaran daripada ROS,” jelas pengerusi kelab itu, Haniff Bin Ahid.
   Haniff merupakan Naib Juara Cabaran 4 X 4 Tenom pada pertengahan tahun ini, selain telah menyertai banyak kejohanan berperstij yang dianjurkan di Sabah dan kebangsaan.
   Kelab itu ditubuhkan pada 21 September lepas dengan keahlian seramai 30 orang yang kesemuanya pernah mencatatkan rekod terbaik dalam sukan lasak pacuan empat roda.
   Susunan kepimpinan kelab itu terdiri daripada Lee Tai Shiong sebagai Timbalan Pengerusi,
Setiausaha kelab itu ialah Wong Fook Sang, Penolong Setiausaha Mus Wanir Bin Zainal, Joel Salazar dipilih sebagai Bendahari dan seramai tujuh orang ahli jawatankuasa.
   Sebelum ini Tawau diantara penjana kelahiran ramai ahli sukan lasak pacuan empat roda di negeri ini, yang kebanyakanya bernaung dengan kelab-kelab yang sedia ada.
KENDERAAN KERAMAT KELAB TFWDS
   Dengan kewujudan kelab itu menurut Haniff, sukan yang amat popular itu mampu mengambit lebih ramai jaguh-jaguh pacuan empat roda bakal dilahirkan.
   “Sasaran kami ialah pertandingan bertaraf dunia,” katanya.
   Matlamat kelab itu ialah mempromosi, mengembang dan memperluaskan bidang / aktiviti sukan rekreasi bermotor pacuan empat roda, selain memertabatkan Tawan dan Negeri Sabah di peta sukan dunia.
   “Kami begitu optimis untuk mencapai impian ini,” jelasnya dan menambah, keutamaan kelab itu ialah memperkasakan perpaduan dikalangan ahli dan komuniti setempat.
AHLI TFWDS MENGABADIKAN GAMBAR KENANGAN
   Mengenai program pertama kelab itu, pengerusi itu memberitahu bahawa mereka telah bersedia untuk menganjurkan Tawau End of the Year 4x4 Challenge 2012, yang akan diadakan selama tiga hari bermula pada 14 hingga 16 Disember ini.
   Kejohanan kategori amatur dua dan empat pintu itu terbuka kepada seluruh peminat sukan dalam negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Negara jiran Brunai Darussalam.
   Penyertaan daripada Negara-negara luar yang lain juga adalah dialu-alukan.
   Kelab itu terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli, dan mereka boleh menghubungi Haniff melalui talian 019-8698638 atau Wong Fook Sang melalui talian 019-8697799.
   Aktiviti kelab itu turut boleh dilawati melalui laman sesawang facebook melalui alamat – tawaufourwheel.driveclubsabah.




Jumaat, 5 Oktober 2012

RAMAI TIDAK TAHU BATU SUMPAH YANG SEBENAR

BATU SUMPAH SEBENAR (dari Bingkor)
BUKAN BATU SUMPAH (dari Senagang)

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Berkata bahawa hampir 30 tahun orang ramai tertipu dengan status sebenar Batu Sumpah Keningau, Peribumi menegaskan kesilapan tanggapan itu perlu dibetulkan dengan segera.
UPACARA YANG BETUL
  “Orang ramai tidak tahu yang mana batu sumpah yang sebenar,” jelas Peribumi atau Gabungan Anak-Anak Peribumi.
   Menambah bahawa individu yang berkepentingan dengan batu sumpah Keningau, telah melafazkan sumpah mereka di tempat yang salah, peribumi memberitahu dengan sinis;
   “Sumpah mereka tidak berkesan,” jelas kelab itu dan memberitahu, majlis bersumpah yang telah dilakukan di hadapan batu sumpah yang salah pada sebelum ini umpama satu upacara biasa yang tidak memberi sebarang makna.
   Peribumi menjelaskan bahawa Batu Sumpah Keningau yang sebenar hanyalah sebiji batu kecil yang diletakkan berhampiran dengan batu besar yang sering diajukan sumpah, tetapi sebenarnya merupakan ‘petunjuk’ beberapa terma perakuan diantara pemimpin-pemimpin pedalaman, yang bersumpah untuk taat setia kepada kerajaan persekutuan pada Tahun 1963.
   Antara yang terlibat adalah OKK Sedomon Gunsanad, Datuk GS Sundang, OKK Anthony Undan, Datuk Anthonya Gibon serta beberapa pemimpin yang lain.
   Sebiji batu yang kemudian dijadikan Batu Sumpah berasal dari Bingkor, sementara batu besar yang  menempatkan petunjuk terma persumpahan diambil dari Sungai Senagang.
   Peribumi mendedahkan pengukir batu petunjuk yang selama ini dianggap sebagai Batu Sumpah Keningau, ialah Allahyaraham Abdul Razak Lee.
   Kelab penyokong dasar-dasar kerajaan itu mahu supaya kesilapan sejarah itu dibetulkan dengan segera, dan menasihati orang ramai agar behati-hati sebelum mengiakan sesuatu yang mereka tidak jelas, khususnya maklumat daripada pemimpin pembangkang.





MENTERI TIDAK PERIHATIN TERHADAP SABAH

ROBERT TAWIK
DIMIE GUNTOP

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai tidak pernah perihatin terhadap rakyat Sabah, dua Ngo – Persatuan Dusun Minamasok Borneo Utara (Minamasok) dan Persatuan Kadazandusun dan Murut Sabah (KDCA) Bahagian Keningau, menuduh menteri itu sebagai sedang bermain api.
   “Kita boleh buktikan bahawa peratusan tinggi kes jenayah di Sabah melibatkan orang asing,” dedah Presiden Minamasok Dimie Guntop (gambar).
   Dimie yang marah dengan kenyataan Nazri berhubung dengan kenyataannya bahawa kehadiran pendatang asing secara sah atau tanpa izin di Sabah tidak mengugat keselamatan memberitahu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memperlihatkan beliau ‘buta’ mengenai situasi di Sabah.
   “Berlaku bunuh, pecah rumah, rogol dan curi di Keningau melibatkan warga asing … apa kah ini tidak mengugat keselamatan,” tambah Pengerusi KDCA Bahagian Keningau, Robert Tawik (gambar).
   Robert berkata, kenyataan Nazri yang diteribitkan oleh hampir kesemua media cetak dan elektronik pada Rabu, merupakan satu penghinaan terhadap rakyat Sabah yang mengambarkan kehadiran rakyat asing tanpa izin secara tidak terkawal di Sabah, sesuatu yang begitu ringan dan tidak membimbangkan.
   Robert dan Dimie sependapat bahawa Nazri silap mengatakan keadaan terkawal, ketika jenayah hampir setiap hari berlaku di negeri ini dan ianya melibatkan rakyat asing.
   “Orang Sabah tidak berani membunuh semata-mata untuk mendapatkan makanan, tetapi rakyat asing yang berkeliaran tanpa sebarang pekerajaan di sini sanggup membunuh untuk mendapatkan makanan,” jelas kedua pemimpin ini.
   Kedua-dua persatuan itu mahu Nazri agar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Sabah, dan mengesa persekutuan supaya memberi jaminan mengenai komitmen mereka terhadap masa depan rakyat Malaysia yang tinggal di negeri Sabah.
   “Kebanjiran rakyat asing tanpa izin di negeri Sabah begitu teruk di Sabah pada ketika ini, namun kita hairan bagaimana Nazri tidak melihat perkara itu boleh mengancam keselamatan,” soal Robert.
   Robert yang merupakan Pengerusi Penyelaras Umno bagi kawasan Bingkor mempersoal statistic pengusiran pendatang tanpa izin, apa yang beliau sifatkan tersasar jauh daripada sasara sebenar.
   “Sabah mempunyai ratusan ribu pendatang tanpa izin di Sabah, tetapi kerajaan hanya Berjaya mengusir 70,327 orang sehingga 19 September. Kenyataan Nazri ini terlalu mengarut yang memperlihatkan kerajaan persekutuan lemah untuk nenangani isu tersebut,” katanya.
   Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan itu mahu supaya kerajaan persekutuan benar-benar telus untuk menangani isu pendatang tanpa izin di Sabah 


NENEK DAN TIGA ANAK TERSELAMAT DARIPADA TERBAKAR

RUMAH SEORANG NENEK DAN KANAK-KANAK YANG TERBAKAR

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Seorang nenek berumur 70an dan tiga kanak-kanak  nyaris maut,  dalam satu kebakaran yang melibatkan empat buah rumah di Kg. Pohon Batu pada Selasa.
   Warga emas itu dipercayai sedang menyediakan hidangan tengahari ketika kejadian itu berlaku, sementara tiga orang kanak-kanak yang masing-masing berumur 7 dan 11 tahun itu,tinggal bersendirian dipercayai ibubapa mereka berada di Pekan Keningau untuk urusan tertentu.
   Ibubapa kepada kanak-kanak itu menurut jiran terdekat berada di Pekan Keningau sejak beberapa hari.
   Saksi memberitahu, kebakaran berpunca dari dapur salah sebuah rumah tersebut dan melarat ke tiga buah rumah, yang dibina terlalu berhampiran.
   Tiga daripada rumah tersebut merupakan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang baru dibina pada tahun lalu, sementara satu buah rumah lagi merupakan rumah kampong yang kesemuanya dibina berasaskan kayu.
   Guru-guru yang bertugas di SK Pohon Batu  bergegas untuk menghulurkan bantuan memadam dengan menggunakan catuan air tangi, namun mereka tidak Berjaya untuk memadamkan kebakaran tersebut.
RUMAH INI TURUT TERBAKAR
   Kg. Pohon Batu terletak kira-kira 100 Km dari Pekan Keningau, dan sehingga kini masih tidak mempunyai sebarang kemudahan telekomunikasi.
   Dengan situasi jalanraya yang hanya mampu dilalui oleh pacuan empat roda, penduduk hanya mampu keluar ke Pekan Keningau dua kali setahun dengan bantuan guru-guru yang pulang bercuti, atau menumpang kenderaan pembalak yang lalu di kampong itu.
   Tekanan air gravity di kampong itu ketika kejadian terlalu lemah menyebabkan kesukaran menyelamatkan beberapa rumah yang berhampiran.
   Guru besar sekolah itu, Juanis Sading ketika dihubungi memberitahu, kebakaran yang hanya memakan masa beberapa minit itu telah memusnahkan segala harta benda pemilik, termasuk pakaian, buku sekolah serta dokumen keluarga turut terbakar.
   Tidak ada kemalangan nyawa dilaporkan, namun penduduk kesal kerana kampong itu masih ditakuk lama dan terlalu jauh untuk mendapatkan perkhidmatan Pasukan Bomba dan Penyelamat.
   Kemudahan hybrid dan capaian internet melalui janaan satelit disekolah itu masih tidak berfungsi, menyebabkan guru-guru gagal menghantar maklumat untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa di Keningau atau Nabawan.
   Juanis memberitahu, semua pihak di kampong itu yang mengamalkan hidup secara sekeluarga mengakui gagal menangani kebakaran itu, disebabkan ketiadaan kemudahan sokongan.
   “Kami kesal dan sangat kesal,” jelas rata-rata penduduk .
   Kesemua mangsa itu kini menumpang di rumah keluarga, dan sehingga kini belum ada sebarang bantuan daripada mana-mana pihak tiba