MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Sabtu, 31 Mac 2012

HANYA PM, TPM DAN PENGERUSI BN SABAH YANG SAH CALON


NAMAN MINDA
MINUM kopi di kedai Kun Sang Keningau, memberi kesempatan untuk mendengar ceramah politik yang disampaikan oleh beberapa Penganalisis Politik Swasta. Dan pagi Sabtu tadi satu lagi topik disajikan – ‘calon-calon pilihanraya’.
DATO' SERI NAJIB TUN TAZAK - sah calun
   Penganalisis Politik Swasta atau PPS digelar oleh kawan-kawan sebagai orang 'pintar kedai kopi' - begitu petah berbicara. Pintar menghurai isu-isu semasa selain mampu untuk menelanjakan seorang pemimpin. Hatta jika dihalusi pandangan mereka terhadap seorang pemimpin,  seolah-olah jarum yang disorok di bawah bantal pun mereka mampu untuk melihatnya.
TAN SRI MAHYUDDIN - sah calun
DATUK MUSA - sah calun
   Lewat pagi pada Sabtu, mereka telah mengumumkan calon-calon untuk kawasan pedalaman, yang menyaksikan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Hj. Sairin Hj. Karno, Datuk Justin Guka, Datuk Elron Angin, Datuk Bobby Datuk Radin Malleh, Datuk Rubin Balang, Datuk Raimie Unggi dan Tan Sri Joseph Kurup, kononnya sudah tidak ada dalam senerai calon BN bagi pilihanraya ke – 13 yang bakal diadakan bila-bila masa pada tahun ini.
BARISAN NASIONAL
   Penganalisis ini menyeneraikan nama-nama calon bagi semua kawasan di pedalaman, namun yang kelakarnya, calon-calon yang disebut dikalangan kawan-kawan mereka.
   Selain itu nama penceramah tersebut juga konon tersenerai sebagai calun pilihanraya.
   Sedihnya ceramah seperti ini disampaikan oleh mereka yang berpendidikan. Penjawat awam dan terdapat juga dikalangan mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan.
   Masalahnya ialah orang kampong yang tidak mengetahui sepak terajang politik, begitu mudah menerima info-info tersebut dan akan mengembangkan cerita itu di kampong dan seterusnya cerita kedai kopi itu mampu untuk menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin.
   Jika kita berfikir sejenak, bagaimana seorang yang tidak pernah bersemuka dengan Perdana Menteri boleh memperolehi maklumat ‘sumber utama’ mengenai pemilihan calun. Adakah PM lebih mempercayai individu yang tidak dikenali berbanding Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri seperti Datuk Seri Musa Hj. Aman?
   Jawapannya cerita-cerita penganalisis swasta itu yang ada di merata di seluruh pelusuk Negara adalah bohong semata-mata.
   Calun yang confirm pada ketika ini Cuma tiga orang iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Perhubungan BN Sabah bagi negeri ini.
   Apapun cerita-cerita kedai kopi itu sebahagian menceriakan kehadiran pilihanraya, namun info yang disampaikan seharusnya disajikan secara berhemah dengan tidak merosakkan perpaduan.




KL HAS SABAH UNDER SIEGE


By AWANG AHMAD SAH
THE Federal Government, speaking on behalf of all Malaysians, has been harping on the ill treatment by Israel against the people of Palestine for so long. Yes, the Israelists have cordoned off regions in Palestine, such Gaza, making if difficult to bring in food supplies. During the premiership of Hosni Mubarak in Egypt, food and medicine had to be smuggled through Egypt.
   But Malaysia is notorious for being hypocritical, making statements at the international level and not realizing that what it is complaining about abroad is happening in Malaysia itself. The former PM, Tun Mahathir was wellknown for bashing the Jews, criticizing racial and religious oppressions in other countries, but in his own country the same things were happening.
   What we are seeing currently is a case of the Federal Government criticizing Israel for putting Palestine under siege, but parallels of what Israel is accused of doing are taking place in Sabah. We may haven’t realized it but these things are happening right under our noses. The Cabotage Policy is one good example. With this policy the Federal Government is having Sabah under some sort of siege or oppression by preventing food supplies from getting to Sabah directly from their supplying countries. Ships are required to go to Port Klang first, even if such ships have to pass by Sabah waters to get to Klang. It is as if there is a wall around Sabah which only Port Klang can open for us to get our imported goods, and this way the goods become a lot more expensive. And who gets the benefits? Umno-connected contract shippers who are making millions from the sufferings of Sabahans.
   Because of the Cabotage Policy alone many poor people are made to suffer even worse because of unnecessary inflation in Sabah and Sarawak.
   This policy of economic discrimination by the Federal Government, has caused Sabah’s commodity prices to be a lot higher than in the Peninsula, has also caused us to lose the economic benefits of more foreign direct investments (FDIs) that should have come to Sabah. Because imported goods have to go to Port Klang first, investors are scared of starting manufacturing businesses in Sabah due to the unnecessary higher costs. The local manufacturers have long been complaining about this problem. This has resulted in scarce job opportunities, causing tens of thousands of our young people to go and find work in the Peninsula and Singapore. At the same time we have lost the benefit of trickle-down effects of otherwise higher employment and higher spending of employees in Sabah.
   The difference in commodity prices is strange because in the higher-income society of the Peninsula, the prices of chicken is RM6 compared to RM10 in Sabah. It should be the other way round; chicken meat should be more expensive in the Peninsula because of the higher demand there (due to the higher population), and it should be a lot cheaper in Sabah where the demand is less (due to the much less population). But what’s happening is that we in Sabah have to pay a lot more for chicken meat due to the higher cost of rearing chicken – all due to the inflated prices of imported chicken feed due to the Cabotage Policy.
   And the worse thing is people in the Peninsula, while spending less, are earning more than their counterparts in the Borneo states. Hotel boys in KL can earn up to RM1,600 or more (including tips) per month while their counterparts in KK would take less than RM1,000! We clearly have an economic system which is topsy-turvy, unfair and, to be honest, repressive!
   And to make the whole situation even worse, we are being robbed off our natural resources which by now should have made extremely rich – our oil and gas, our lands (taken by Felda and Felcra), and our taxes which are in the billions per year.
   Personally, even crying tears of blood wouldn’t be enough consolation for what Sabahans are losing and suffering from, and I can’t wait for the day when all these will be reversed, when justice will at last save Sabah from a bleak future.



AMANAH DAKWA SEKOLAH SK PEKAN KENINGAU TERLALU DAIF


JOHNY KADAU
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Setiausaha Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) P. 180 Keningau, Johny A. Kadau, 57, mendakwa bahawa beliau amat sedih melihat keadaan sekolah SK Pekan Keningau yang infrastrukturnya tidak pernah diselia sejak sekian lamanya.
   SK Pekan Keningau termasuk dalam pentadbiran DUN 33 Bingkor dan Parlimen Keningau. Ahli Parlimen Keningau ialah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Laluan ke blok sekolah ditengelami air
   “Dalam situasi yang begitu daif, kawasan sekolah ini ditengelami air setiap kali musim hujan,” jelasnya dan menambah, keadaan seperti itu tidak berlaku jika kerajaan perihatin terhadap setiap laporan serta permohonan yang dikemukakan oleh pentadbir sekolah.
Laluan ke tandas
   Johny yang merupakan penyelia waktu petang di sekolah itu memberitahu, pada waktu hujan sebahagian kawasan sekolah itu tidak boleh dilalui kerana ditengelami air.
   Katanya, keadaan itu menimbulkan kesukaran kepada semua warga sekolah itu terutama murid-murid.
   “Laluan ke arah tandas ditengelami air, sementara beberapa laluan yang menghubungkan blok sekolah itu becak,” tambahnya.
   Johny memberitahu, SK Pekan Keningau merupakan sekolah yang terawal dibina di kawasan tengah-tengah Bandar, namun keadaanya amat menjelekkan.
   Katanya, selain masih terdapat bangunan yang berdindingkan kayu, siling bagi beberapa blok sekolah tersebut bocor menyebabkan berlaku titisan hujan yang sering menganggu keselesaan murid.
   Beliau memberitahu bahawa beberapa permohonan pembaikan telah dimajukkan oleh pentadbir sekolah, tetapi sehingga kini keadaan sekolah tertua itu masih lagi daif.
   “Saya mahu sesuatu yang positif dilakukan oleh pihak atasan ke atas sekolah ini,” katanya.
   Johny memberitahu, beliau terpaksa bergiat cergas dalam pertubuhan bukan kerajaan (Ngo) seperti Amanah, bagi menyuarakan rintihan warga kerja sekolah itu selepas suara melalui saluran kerajaan tidak mendapat perhatian berkesan.
   “Apa yang saya lakukan semata-mata untuk masa depan yang baik untuk  murid-murid di situ,” katanya.


Khamis, 29 Mac 2012

CARING FOR OLD FOLKS AWARENESS CAMPAIGN





Dear Mohd Khairy Abdullah,


I’ve always felt strongly that care provided for the elderly is an important measure of a society. As better healthcare leads to more and more people growing to a ripe old age, meeting this obligation is becoming an ever-greater challenge in Malaysian society.
So how do we respond to this challenge? The first place to look is the family. I am very clear that the biggest commitment should come from the children of the elderly. Our parents brought us up with unconditional love and support - it is natural and right that we offer the same when they need us in their old age.
But whilst the burden of responsibility for helping the elderly lies with family, the government also has a role. That’s why last weekend I launched the Caring for Old Folks Awareness Campaign in Negeri Sembilan. At the launch I spoke not just of the moral responsibility that families have to look after the elderly, but also outlined some of the steps my government is taking to offer an additional helping hand.
If we all play our role, I’m confident our society will continue to offer the level of care that our older generation deserves.

Najib Razak

Rabu, 28 Mac 2012

JAIT KATA KURUP TIDAK BERJIWA RAKYAT


TAN SRI KURUP
Bangunan itu dibina di atas rezab, tetapi tidak dipersoal -- Jait
KENINGAU (Sabah, Malayasia):  Jait Mahat  yang dituding sebagai berkepentingan ke atas pembangunan tanah rezab milik JKR di Kg. Kauran pada Rabu menjelaskan, beliau memperolehi sokongan daripada Pegawai Daerah Keningau untuk menggunakan tanah rezab jalanraya itu.
   “Pembangunan yang akan saya lakukan di situ tidak menganggu sebarang rancangan kerajaan ke atas tanah rezab tersebut,” katanya sebagai mengulas gesaan Timbalan Menteri sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup yang diterbitkan oleh sebuah akhbar dwi bahasa pada edisi Selasa.
   Kurup memberitahu dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa orang ramai tidak dibenarkan untuk memohon untuk menduduki rezab jalan.
   Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pensiangan, Hj. Masmin bin Kadad turut meminta SPRM supaya melakukan siasatan ke atas individu yang terlibat.
   Namun Jait yang merupakan Ketua Kampung Kg. Kauran memberitahu, beliau telah mematuhi beberapa peraturan yang dikehendaki sebelum melakukan tindakan untuk membersihkan kawasan yang dicadang.
   “Saya menghantar surat permohonan rasmi pada 17 Febuari, yang mendapat sokongan daripada Pegawai Daerah Keningau,” katanya dan menambah, lawatan tapak dilakukan oleh seorang pegawai kanan JKR dan telah memberikan kelulusan lisan kepada beliau.
Pegawai Daerah Keningau sokong permohonan Jait
JAIT MAHAT
   Katanya, pihak berkuasa JKR tidak mengeluarkan sebarang surat kebenaran rasmi, tetapi memberikan kelulusan lisan atas alasan kawasan rezab jalan disitu masih belum terlibat dalam sebarang projek naiktaraf.
   Kawasan tersebut pada sebelum ini merupakan semak samun dan pembuangan sampah, dan Jait memberitahu, tindakannya untuk membersihkan kawasan tersebut untuk pembinaan bangunan ringan dan mudah alih, bagi tujuan menjalankan perniagaan kecil-kecilan sesuatu yang kreatif dan bijak.
   “Saya hanya menggunakan kawasan itu dan bukan memohon untuk pemilikan,” katanya.
   Jait yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian P. 180 Keningau memberitahu, beliau seorang yang proaktif terhadap dasar-dasar kerajaan dan melihat jauh bahawa rakyat tidak sewajarnya terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rumah tangga.
   Katanya, apa yang beliau lakukan di kawasan rezab tersebut adalah semata-mata untuk menyahut seruan kerajaan supaya berdikari.
   “saya mahu berniaga untuk meningkatkan taraf hidup, dan salah kah saya terlibat dalam aktiviti yang sihat seperti ini,” soalnya dan bertanya kepada Kurup serta Hj. Masmin bahawa teguran mereka ke atas aktiviti bantu diri tersebut sesuatu yang nagetif dan tidak sepatutnya berlaku.
   Katanya, seorang pemimpin seharusnya membimbing rakyat dan bukan menghalang.  
   Ketua kampong itu mendedahkan berhampiran dengan tapak yang beliau cadangkan terdapat bangunan perniagaan telah didirikan sejak sekian lama, dan tidak ada sesiapa yang cuba untuk mempertikai.
   “Adakah rakyat biasa seperti saya sahaja yang layak untuk dipertikai, kenapa tidak pertikai kewujudan yang didirikan oleh golongan kaya di situ,” soalnya.
   Jait meminta kepada Kurup dan Hj. Masmin agar tidak terlalu mendengar aduan pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum melakukan penyiasatan terlebih dahulu.
   ‘Anda (Kurup dan Hj. Masmin) akan merasa malu jika anda mengetahui bahawa saya memiliki dokumen yang membolehkan saya menjalankan aktiviti cari makan di kawasan itu,” jelasnya.
   Beliau memberitahu bahawa kedua-dua pemimpin itu menerima maklumat yang salah daripada pihak yang mencemburui beliau.
   Jait bertegas untuk meneruskan aktiviti di kawasan itu memandangkan perniagaan merupakan bakatnya untuk meneruskan survival hidup.
   “Saya tidak peduli dengan apa yang orang lain lakukan ke atasnya, kerana orang lain juga begitu ramai menjalankan perniagaan di kawasan rezab jalanraya di sepanjang jalan tersebut.
   Kepada cadangan Hj. Masmin untuk merujuk beliau kepada SPRM, Jait berkata, beliau bersedia untuk disiasat tetapi sebelum itu SPRM harus melakukan siasatan ke atas beberapa orang ahli perniagaan yang telah bertahun melakukan pencorobohan rezab jalanraya di kawasan itu.
   “Siasat mereka dulu dan selepas itu silakan untuk melakukan siasatan ke atas saya,” jelasnya



 

Ahad, 25 Mac 2012

SM VOKASIONAL KENINGAU DINAIKTARAF SEBAGAI KOLEJ


MOUREN MORIS - 8A
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Dengan gred purata pencapaian 4.49 mata,  Sekolah Menengah Vokasional Keningau menutup tirai sebagai sekolah berstatus aliran teknikal yang terakhir di Malaysia, dengan sajian pencapaian keputusan SPM 100 peratus pada tahun 2011.
   Tahun ini sekolah itu memansuhkan aliran teknikal dan mengekalkan dua aliran terakhir, iaitu vokasional dan kemahiran sebelum dinaiktaraf sepenuhnya sebagai Kolej Vokasional mulai awal tahun 2013.
   Pada tahun 2011 seramai 347 pelajar aliran teknikal menduduki pepereksaan SPM di sekolah itu, menyaksikan seramai 270 pelajar  atau 77.81 peratus berjaya lulus sekurang-kurangnya 1A.
   Seorang memperolehi 8A , dua pelajar 6A, empat 6A, 16 orang 5A dan 31 pelajar 4A.
PELAJAR CEMERLANG DIRAIKAN
   Pelajar terbaik sekolah itu ialah   Mouren Moris yang memperolehi  8A yang menduduki pepereksaan bagi  Kursus Pengajian Kejuruteraan Awam, sementara   Claudia Jibrah dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi aliran kecantikan – beliau memperolehi 7A bagi kesemua mata pelajaran yang diduduki.  
   Mata Pelajaran yang mendapat keputusan cemerlang
Pengajian Pakaian - GP 1.63
Dandanan Rambut - GP 1.65
Bahasa Melayu - GP 2.64
PELAJAR CEMERLANG MENYEMAK SLIP KEPUTUSAN
Bahan Binaan - GP 2.52
Teknologi Binaan - GP 2.52
Pemesinan Berkomputer - GP 2.65
Automotif Kenderaan - GP 2.94
Automotif Elektrik dan Diesel - GP 2.94
Kimpalan Gas - GP 2.47
Membuat Pakaian - GP 2.59
Roti dan Masakan Yis - GP 2.29
Patisserie - GP 2.86
Persolekan - GP 2.42
Pengajian Perkembangan Kanak-kanak - GP 2.13
Penyediaan Masakan Barat dan Timur - GP 2.35.