MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Ahad, 25 Mac 2012

SM VOKASIONAL KENINGAU DINAIKTARAF SEBAGAI KOLEJ


MOUREN MORIS - 8A
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Dengan gred purata pencapaian 4.49 mata,  Sekolah Menengah Vokasional Keningau menutup tirai sebagai sekolah berstatus aliran teknikal yang terakhir di Malaysia, dengan sajian pencapaian keputusan SPM 100 peratus pada tahun 2011.
   Tahun ini sekolah itu memansuhkan aliran teknikal dan mengekalkan dua aliran terakhir, iaitu vokasional dan kemahiran sebelum dinaiktaraf sepenuhnya sebagai Kolej Vokasional mulai awal tahun 2013.
   Pada tahun 2011 seramai 347 pelajar aliran teknikal menduduki pepereksaan SPM di sekolah itu, menyaksikan seramai 270 pelajar  atau 77.81 peratus berjaya lulus sekurang-kurangnya 1A.
   Seorang memperolehi 8A , dua pelajar 6A, empat 6A, 16 orang 5A dan 31 pelajar 4A.
PELAJAR CEMERLANG DIRAIKAN
   Pelajar terbaik sekolah itu ialah   Mouren Moris yang memperolehi  8A yang menduduki pepereksaan bagi  Kursus Pengajian Kejuruteraan Awam, sementara   Claudia Jibrah dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi aliran kecantikan – beliau memperolehi 7A bagi kesemua mata pelajaran yang diduduki.  
   Mata Pelajaran yang mendapat keputusan cemerlang
Pengajian Pakaian - GP 1.63
Dandanan Rambut - GP 1.65
Bahasa Melayu - GP 2.64
PELAJAR CEMERLANG MENYEMAK SLIP KEPUTUSAN
Bahan Binaan - GP 2.52
Teknologi Binaan - GP 2.52
Pemesinan Berkomputer - GP 2.65
Automotif Kenderaan - GP 2.94
Automotif Elektrik dan Diesel - GP 2.94
Kimpalan Gas - GP 2.47
Membuat Pakaian - GP 2.59
Roti dan Masakan Yis - GP 2.29
Patisserie - GP 2.86
Persolekan - GP 2.42
Pengajian Perkembangan Kanak-kanak - GP 2.13
Penyediaan Masakan Barat dan Timur - GP 2.35.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan