MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 17 Julai 2012

MINAMASOK BANTAH GESAAN PERSATUAN PERPADUAN RUMPUN BUGIS

MINAMASOK
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Minamasok membantah keras gesaan Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM), yang meminta pengiktirafan status bumiputera ke atas komuniti Bugis di negeri ini.
DIMIE
   Minamasok merupakan Persatuan Dusun Borneo Utara Sabah yang dimemudi oleh Presidennya, Dimie Guntop, 67.
   Dimie berkata, sebarang pengiktirafan status ‘bumiputera’ kepada mana-mana bangsa asing di negeri ini, perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Siasatan diraja atau (RCI) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada baru-baru ini.
   Bercakap di Ibu Pejabat Minamasok di Keningau, Dimie berkata, kerajaan perlu berhati-hati dalam memberikan sebarang status bumiputera kepada mana-mana bangsa yang asal-usul mereka diragui di negeri ini.
   “Ia akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak bangsa asing untuk menuntut pengiktirafan status di Sabah, jika permintaan PPRBMM dilayan dengan begitu sahaja,” katanya.
   Akhbar ini pada Isnin menerbitkan kenyataan Presiden PPRBMM, Samsul Alang Hamsah yang mengesa kerajaan negeri Sabah untuk menyegarakan proses pengiktirafan komuniti Bugis di Malaysia sebagai Bumiputera.
   Presiden Minamasok itu bagaimanapun menegaskan, status komuniti Bugis yang berada di Semenanjung Malaysia dan berada di situ sejak sebelum Negara ini mencapai kemerdekaan, adalah amat berbeza dengan bangsa itu yang berada di negeri Sabah.
   “Minamasok tidak meragui Bugis yang sudah menetap di Sabah sebelum merdeka, Cuma untuk menjadikan semua komuniti itu adalah sama adalah sesuatu yang tidak betul, dan penegasannya bukan semata-mata kepada komuniti Bugis, tetapi kepada semua bangsa asing yang berada di Sabah,” katanya dan menambah;
   “Bangsa-bangsa asing yang lain seperti Pakistan, India, Tionghua dan yang lain-lain perlu melalui penapisan  RCI,”.
   Samsul dipetik ketika melancarkan cawangan PPBMM di Labuan, bahawa terdapat pelajar Bugis yang tidak dibenarkan memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), walaupu memenuhi kreteria.
   Namun Dimie berkata, contoh yang diberikan oleh Samsul itu membuktikan kedudukan komuniti itu dengan sbenarnya.
   Ini bermakna katanya, pengiktirafan status bumiputera tidak boleh diberikan kerana dengan jelas mereka bukan warganegara Malaysia.
   Minamasok menegaskan bahawa pemberian status bumiputera merupakan sesuatu yang amat sensetif bagi penduduk tempatan, dan warga asing yang berada di negeri ini melalui pelbagai saluran harus menerima hakikat bahawa mereka tidak sewenang-wenang untuk memohon.
   “Mereka sepatutnya bersyukur kerana mungkin diklifikasikan sebagai penduduk ‘tetap’ atau ‘sementara’,” jelasnya dan meminta kerajaan supaya menyegerakan perlaksanaan Suruhanjaya siasatan diraja (RCI), agar masalah pendatang tanpa izin (PTI) khususnya mereka yang memperolehi MyKad ditangani dengan segera.
   Menjelaskan suatu soalan wartawan, Presiden Minamasok itu memberitahu bahawa persatuan itu diasaskan sebagai ‘payung’ kepada suku Kaum Dusun yang merupakan penduduk asal di negeri Sabah.
   “Sebagai orang asal, Minamasok berhak untuk bersuara untuk sesuatu mengenai masa depan negeri ini,” katnya.
   Minamasok didaftarkan pada 29 Jun lepas dan kini mempunyai keahlian di seluruh negeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan