Oleh:
MOHD KHAIRY ABDULLAH DAN ROSANNA EDEZA
Dato' Seri Najib Tun Razak disambut oleh puluhan ribu rakyat di Keningau |
SOOK (Sabah, Malaysia): Perdana
Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa resepi ekonomi
pembangkang, boleh menyebabkan kehancuran kepada Negara.
Memberitahu ketika berucap di majlis pecah
tanah Pusat Ternakan Bersepadu Keningau yang terletak di Kg. Karamatoi Sook,
Najib berkata;
“Nasib Malaysia sama seperti Negara-negara
yang telah hancur, sekiranya janji pembangkang dilaksanakan,”.
Katanya sesetengah Negara yang cuba
mengagihkan kekayaan tanpa memiliki kemampuan, mengalami kehancuran ekonomi
yang amat teruk.
“Pembangkang janji hendak bagi pendidikan
percuma, hendak hapuskan tol dan janji macam-macam perkara, tetapi tidak sebut
daripada mana duit itu datang. Adakah jatuh dari langit atau turun dari Gunung
Kinabalu?,” katanya.
Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau
tahu kerana beliau merupakan seorang Menteri Kewangan, dan meminta pembangkang
tidak berbohong dan menipu rakyat.
Jelasnya, kerajaan Barisan Nasional (BN)
telah terbukti berjaya mengurus ekonomi negara dengan baik, sehingga mampu
menjana pendapatan Negara.
“Ini jelas terbukti apabila hasil negara melonjak
kepada RM26 billion pada tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu katanya, kemampuan kerajaan
melaksanakan program perubahan dan bantuan kepada rakyat, dilakukan berdasarkan
kepada formula berhemah.
“Contohnya apabila kita berjaya menjana
pendapatan, baru kita belanja. Lebih banyak pendapatan lebih banyak kita
belanja,” jelasnya.
Sebab itu tegasnya, kerajaan mampu
berbelanja untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kerana
kerajaan memperolehi hasil tambahan melalui projek besar, badan korporat serta
daripada hasil yang dikumpul.
Kira-kira 20,000 penyokong BN menghadiri
majlis itu yang diketuai oleh Ketua Umno
Bahagian P. 180 Pensiangan, Datuk Ghani Yassin.
Mengiringi Perdana Menteri ialah Ketua
Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman.