MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Khamis, 9 Ogos 2012

INGATAN KEPADA PAS KENINGAU: 'berhenti buat provokasi'


KENINGAU (Sabah, Malaysia): Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman (Peribumi) memberi ingatan keras kepada parti PAS Keningau, supaya berhenti daripada mencipta ‘provokasi’ yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat di kawasan itu.
   Menegaskan bahawa parti pembangkang kebangsaan yang tidak berpengaruh di kawasan pedalaman itu sebagai cuba menonjolkan diri sebagai ‘jaguh kampung’, Peribumi mahu pengerusi penyelaras parti itu di sini Abdul Hisham Osman memohon maaf secara terbuka kepada tiga orang Wakil Rakyat kerajaan, yang beliau desak agar meletakkan jawatan melalui kenyataan yang diterbitkan pada Selasa dan Rabu.
   Peribumi berkata, PAS sedang berusaha untuk menimbulkan ketegangan dengan menghasut rakyat agar membenci ketiga-tiga wakil rakyat tersebut, hanya disebabkan masalah jambatan yang merentasi Sungai Beriawa yang terputus ketika daerah ini dilanda bencana greg pada Tahun 1996.
   Begitupun tegas Peribumi, sebuah jambatan alternative yang dibina dengan harga puluhan ribu telah dibina di kawasan itu, dan keadaannya masih utuh sehingga waktu ini.
Jambatan ini masih utuh dan jambatan baru tidk perlu dibina dengan tergesa-gesa
   Hisham melalui kenyataan akhbar yang diterbitkan dalam dwi bahasa, menuduh tiga orang wakil rakyat di sini – Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (MP Keningau), Datuk Justin Guka (Adun Bingkor) dan Datuk Sairin Hj. Karno (Adun Liawan) gagal mematuhi konsep “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak, kerana membiarkan jambatan tersebut yang rosak sejak 16 tahun yang lalu.
   Lokasi jambatan yang didakwa Hisham itu hanya 30 meter dari Tapak Tamu Arked, di bawah pentadbiran DUN Bingkor yang diterajui oleh Datuk Justin Guka.
   PAS juga turut mendesak Perdana Menteri agar memecat kira-kira  100 orang  kakitangan pejabat ketiga-tiga wakil rakyat itu, apa yang beliau sifatkan sebagai tidak menjalankan tugas mereka dengan berkesan.
   Peribumi yang merupakan penyokong dasar-dasar kerajaan ketika mengeluarkan kenyataan itu di Keningau pada Rabu berkata, PAS menerbitkan sesuatu yang boleh mencetuskan salah tanggap rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
   “Fakta yang sebenarnya ialah jambatan merentasi sungai itu masih boleh digunakan, namun sebuah jambatan mega yang menelan belanja besar tidak boleh dibina dalam tempoh terdekat, memandangkan lebih banyak projek mendesak yang perlu diambil perhatian lebih awal,” jelas Peribumi.
   Sebagai penyokong dasar-dasar kerajaan, Ngo itu menasihatkan PAS supaya kembali ke landasan perjuangan asal parti itu, dan tidak menerbitkan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah dan boleh mencetuskan persengketaan ke atas beberapa pihak yang berkaitan.
   “Peribumi berpendapat bahawa aliran politik PAS sangat tidak sesuai di kawasan pedalaman Sabah seperti Keningau ... mereka terlalu ekstrim, dan kita tidak mahu budaya seperti ini menular dikalangan generasi penduduk di sini,” jelas Peribumi.
   Mengenai dakwaan Hisham bahawa hanya PAS telah mendahului memberi sumbangan sempena raya kepada pesakit Hospital Daerah Keningau, Peribumi memberitahu;
   “Bukan semata-mata PAS sahaja yang memiliki nilai keperihatinan terhadap manusia, mereka hanya terawal dan bukan sesuatu yang boleh dibanggakan,” tambah kelab itu dan menambah, sesuatu sanjungan boleh diberikan kepada PAS jika pemimpin parti itu boleh menghidupkan seorang manusia yang telah meninggal.
   “Tetapi hanya sekadar hamper (bungkusan) yang semua orang boleh lakukan ... ini bukan soal yang perlu dibanggakan,” jelas kelab itu.
   Kepada papan-papan tanda di sepanjang jalan berhadapan Hospital Daerah Keningau, Peribumi berkata, kerajaan sama seperti PAS tidak memiliki lampu aladin yang mampu menerbitkan sesuatu permintaan rakyat dengan sekelip mata.
   “PAS perlu faham bahawa semua pembangunan yang terlibat melalui strategi perancangan yang teratur. Apa yang Hisham mahu dan rakyat mahu di kawasan itu, semua akan ada menurut perancangan yang telah disediakan,” jelas Peribumi.
   Peribumi menasihatkan PAS Keningau agar mengimarakkan pendekatan positif, dan pemimpin mereka harus berusaha untuk menampilkan diri sebagai pembangkang yang sihat dan berkesan di daerah ini.
   “Jika tidak, anda sekadar pembangkang yang jumud dan sebaiknya tidak perlu ada di Keningau,” Peribumi menegaskan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi dan Hal-ehwal Politik kelab itu di sini awal pada Rabu 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan