Hi Mohd Khairy Abdullah,
Bajet
2013 – Berikan Cadangan Anda!
Pada tahun lepas, anda telah menyertai Meja Bulat 1Malaysia
dan telah memberi kami maklum balas tentang apa yang perlu kami fokuskan di
dalam Bajet 2012. Cadangan dan pendapat rakyat Malaysia yang prihatin seperti
andalah yang telah membantu kami untuk lebih memahami tentang keperluan rakyat.
Sekali lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan dan
sumbangan anda demi kebaikan masyarakat, sosial dan juga kewangan negara lantas
menjemput anda menyertai perbincangan yang sama pada tahun ini.
Kami akan
menyediakan sebuah
platform untuk memberikan ruang dan peluang
bagi Rakyat Malaysia untuk berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet
2013 dan seterusnya dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan.
Platform
ini akan memberi tumpuan terhadap beberapa topik seperti kos sara hidup,
keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti and juga
isu-isu yang mempengaruhi kehidupan anda adalah di antara perkara yang ingin
dibincangkan. Perbincangan ini akan berlangsung secara online bermula hari ini
sehingga 29 Julai.
Pada masa ini, kurang daripada 10% daripada rakyat
Malaysia yang membayar cukai. Oleh itu, cabaran utama bagi kita adalah untuk
memperluas and mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet
dikekalkan pada paras yang boleh diurus agar perbelanjaan tidak melebihi
kemampuan kita.
Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu memberi tumpuan
terhadap perangsangan pelaburan dalam negeri serta menarik pelaburan asing
melalui Program Transformasi Ekonomi. Kita sudahpun membuat permulaan yang kukuh
dimana LHDN tahun lalu telah mengumpul sebanyak RM110 bilion hasil dan ini telah
membolehkan kita membiayai perkhidmatan-perkhidmatan utama bagi kebajikan Rakyat
seperti BR1M dan baucar buku.
Bagi mengekalkan momentum ini, kita
perlukan semua Rakyat Malaysia untuk menyumbangkan idea-idea mereka, dan oleh
itu saya ingin menjemput anda untuk turut serta dalam perbincangan Bajet 2013
ini. Anda boleh mulakan dengan mengklik
disini. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya
amat berharap agar dapat menerima idea-idea baru yang bernas serta penyelesaian
yang berpotensi daripada rakyat Malaysia.
Yang benar,
Najib
Razak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan