DIMIE |
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Persatuan Dusun Minamasok Borneo Utara Sabah
(Minamasok) berkata, golongan petani seperti pesawah, pekebun, penoreh getah
dan nelayan sewajarnya diutamakan sebagai penerima skim insuran yang utama, dan
bukannya golongan seniman.
Presiden
Minamasok Dimie Guntup (gambar) memberitahu, akar umbi yang sebenar adalah
rakyat luar Bandar yang kehidupan mereka terdedah kepada pelbagai risiko, dan
mereka perlu dilindungi insuran.
Dalam konteks
mengundi katanya, penduduk luar Bandar merupakan yang terbanyak berbanding
mereka yang terlibat dalam kegiatan seni.
Pada sabtu
lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim
berkata, skim insuran bagi pelakon, penghibur dan pelawak dijangka akan
diumumkan dan akan dilaksanakan pada pertengahan januari 2013.
Dimie
memberitahu bahawa Minamasok amat kecewa dengan kenyataan Rais itu apa yang
beliau sifatkan sedbagai tidak adil kepada rakyat akar umbi secara keseluruhan.
“Golongan
pesawah, penoreh getah, pekebun dan nelayan amat kecewa dengan beliau (Rais),”
katanya, dalam satu kenyataan di Keningau pada Rabu.
Presiden itu
berkata bahawa pemberian skim insuran seharusnya menyeluruh dan bukan hanya
kepada golongan tertentu seperti seniman.
“Penghibur,
pelakon dan pelawak adalah golongan yang terlalu kecil di Negara ini, dan di
Sabah serta Sarawak mereka boleh dikira,” katanya.
Persatuan itu
mahu supaya kerajaan mengkaji semula cadangan itu dan memastikan golongan akar
umbi turut menerima kemudahan itu.
Menjawab satu
soalan, Dimie memberitahu bahawa perlindungan insuran amat penting kepada
setiap individu pada era ini.
Katanya, nilai
seseorang itu amat tinggi apabila ia dilindungi insuran.
“Sebab
itu Minamasok menjadikan perlindungan insuran sebagai satu kemestian,” katanya
dan menasihatkan bangsa Dusun di negeri ini
agar mendapatkan perlindungan insuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan