Oleh: MOHD KHAIRY ABDULLAH
Muhyiddin terima cendera kenangan daripada Kurup |
Tiada parti sesuci perjuangan Barisan Nasional yang memansuhkan Internal Security Act (ISA) dan lain-lain Akta yang mempunyai implikasi menghadkan kebebasan bersuara adalah cukup telus dan mengamalkan dasar keterbukaan.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Parti Bersatu Sabah (PBRS) Ke – 15 yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di dewan Masyarakat kompleks sukan Keningau pada Sabtu.
Katanya, “ semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan budaya di negeri kita hari ini mendapat pembelaan dibawah konsep 1 Malaysia membuktikan bahawa kerajaan BN amat menyayangi rakyatnya”.
”Seperti program yang dilancarkan YAB Perdana Menteri bermula dari anak-anak kita yang kecil sehingga yang sudah bekerja dan juga yang telah bersara, semuanya mendapat Bantuan BRIM adalah untuk meringankan bebanan mereka”,jelasnya.
Selain itu, pelbagai lagi bantuan dan kemudahan yang telah diberikan kepada rakyat jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyatnya terutama sekali di kawasan pedalaman sabah ini telah banyak membawa perubahan kehidupan masyarakat di sini.
Menurut beliau, itulah yang saya maksudkan bahawa kebaikan kerajaan BN tidak ada tolok bandingnya, janji-janji seperti yang diperkatakan bukan sekadar percakapannya sahaja tetapi sekaligus melaksanakannya.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, rakyat di pedalaman dimana majoritinya adalah penganut agama kristian harus berbangga kerana diberi kebebasan beragama dan dijamin oleh perlembagaan persekutuan.
Disamping itu katanya, sifat hormat – menghormati sesama sendiri tanpa mengambil kira budaya dan agama masing-masing yang menjadi asas kebanggaan di negeri ini iaitu pembawaan yang diwarisi dari nenek moyang masih wujud jiwa mereka.
”Saya percaya bahawa kerajaan BN ingin memelihara perpaduan yang unik ini dan pada pendapat saya, salah satu cara untuk memelihara perpaduan ini ialah membantu pihak-pihak tertentu dari segi pemberian atau pembaikan kemudahan-kemudahan asas seperti rumah ibadat, pembinaan SMK Dalit dan di Zon Trus Madi”.
”Atas nama kebaikan serta kemurnian akan tujuan permintaan tersebut dalam perhimpunan Perwakilan PBRS ke 15 ini saya merayu agar perkara ini diambil perhatian dan pertimbangan dengan sewajarnya”, tambahnya.
Beliau berharap, semua parti-parti komponen BN akan bersatu hati, penuh tekad dan semangat menggerakkan jentera pilihanraya dengan penuh keyakinan dan strategi pada musim PRU-13 akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan