PELAKON Ashraf Muslim pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu apabila dia membuat keputusan untuk berkahwin lain dengan seorang wanita bernama Wan Sakinah Ahmad Saburi walaupun sudah bergelar suami kepada Dayana Lokman.
Akui ia bukanlah satu perkara yang mudah, Ashraf bagaimanapun memberitahu sebagai ketua keluarga, dia harus bijak menguruskannya agar bersikap adil terhadap kedua-dua isterinya.
"Kehidupan rumah tangga saya okey. Memang susah sebenarnya hidup bermadu ini. Sebagai ketua keluarga, saya kena didik dan jaga keharmonian, sekaligus mendidik isteri serta anak ke arah yang diredhai. Pada masa sama, kami cuba membentuk akhlak yang baik.
"Nikmat bahagia itu InsyaAllah akan terus dirasai. Kena bijak biarpun bukan senang nak berlaku adil. Nak berlaku adil dari segi masa bukan perkara semudah lafaz A,B,C.. kena bertoleransi. Ada masa untuk isteri pertama dan kedua, masa dengan diri sendiri lagi.
"Apa yang penting, kami saling hormat dan tahu tanggungjawab masing-masing. Saya sendiri punya visi yang besar dalam kehidupan ini termasuk dalam aspek rumah tangga. InsyaAllah," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Berita Harian.
Menerusi perkahwinan keduanya, Ashraf dan Sakinah telah dikurniakan puteri sulung yang kini berusia tujuh bulan bernama Sarah Ashraf.
Sementara itu, Ashraf bersyukur apabila drama "Matahari Terbit Lagi" terbitan syarikatnya, Al-Hidayah Production Sdn Bhd yang mengisahkan dunia mualaf berjaya memenangi lima kategori di Anugerah Skrin 2014 iaitu Drama Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik Drama, Videografi Terbaik dan Lakon TV Terbaik.
"Terkejut dengan kemenangan besar ini dan pada masa yang sama, saya bersyukur drama bertemakan Islamik dapat diangkat dan diterima sebagai pemenang. Kejayaan ini sebagai pemangkin untuk produksi lain menerbitkan tema seumpamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan