MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Isnin, 24 November 2014

EKSTREMIS DALAM UMNO

PETANDA membimbangkan akar umbi Umno mula condong kepada puak ekstremis apabila pemimpin nombor dua Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil penceramah perhimpunan parti minggu ini untuk memberi amaran kepada mereka agar jangan menghentam kaum dan agama lain.
Pada ketika rakyat Malaysia bimbang peningkatan inflasi menjelang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tahun depan, akar umbi Umno membuat keputusan mempertahankan Akta Hasutan dan sama ada menghapuskan sekolah Cina dan Tamil menjadi kebimbangan utama parti itu.
Justeru, untuk memastikan ahli akar umbi tidak lagi mengapi-apikan ketegangan kaum, Muhyiddin memutuskan lebih baik memanggil dan memberitahu agar memperlahankan retorik mereka.
Persidangan kali ini sekali lagi akan menjadikan cabaran terhadap Umno tsunami pilihan raya umum 2008.
Di saat para ahlinya semakin cenderung ke arah puak pelampau Melayu, pemimpin kanannya mahukan jalan tengah sebagai hala tuju untuk parti.
Pemimpin akar umbi Umno  yang ditemuramah The Malaysian Insider berkata, secara dasarnya adalah sama ada Umno boleh meninggalkan politik lama perkauman dan mengamalkan politik baru iaitu keterbukaan dan kesaksamaan.
Atau, sebagaimana pemimpin sederhana Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia adalah sama ada Umno mahu menjadi parti yang ditakuti atau disayangi oleh semua rakyat Malaysia.
Topik sensitif
Pada 11 November, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi pecahan topik utama kepada delegasi akar umbi yang mana akan dibahaskan mereka.
Topik yang dijangka menjadi tumpuan adalah sistem sekolah satu aliran dengan sistem sekolah vernakular, Akta Hasutan dan Akta Keharmonian, isu kawalan sosial media dan juga isu kos sara hidup serta kualiti kehidupan, kata Hishammuddin.
"Topik lain adalah peranan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dalam memperkukuhkan ekonomi Bumiputera, etika dalam pemilihan parti dan pindaannya serta penambahbaikkan perlembagaan parti," katanya.
Pakar pendidikan mempersoalkan mengapa topik sekolah vernakular ditimbulkan lagi.
Sebuah forum yang diadakan minggu lepas mendedahkan pereka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan sendiri mengakui tiada bukti menunjukkan sekolah vernakular sebagai punca kepada perpecahan dalam masyarakat.
Malah, Akta Hasutan adalah janji yang dibuat oleh presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Razak.
Jadi mengapa tiba-tiba timbul minat dalam topik bersifat perkauman?
"Ia kerana banyak ahli Umno masih terperangkap dalam mentaliti lama," kata pemimpin Umno Kedah, Ramli Yunus.
"Mereka fikir untuk jadi popular di kalangan kaum Melayu, kamu perlu dilihat berjuang untuk kepentingan dan hak Melayu."
Perkara tersebut termasuk pemansuhan sekolah Cina kerana ia dikatakan membawa kebencian kepada kaum Melayu dan mengekalkan Akta Hasutan supaya tiada sesiapa mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.
Mentaliti itu merupakan sebahagian daripada doktrin pengawasan lama, kata Saifuddin, di mana Umno adalah penjaga survival Melayu dan tanpa Umno, nasib kaum Melayu samar.
Seorang aktivis Umno Selangor, bagaimanapun, membuat spekulasi kemungkinan terdapat niat buruk di sebalik isu melibatkan Akta Hasutan.
Aktivis tersebut yang mahu dirahsiakan identitinya berkata ia mungkin langkah untuk membawa parti  tersebut ke arah menjadi sebuah parti masyarakat Melayu, di mana konsep hak keistimewaan Melayu dan raja-raja Melayu diterima pakai.
"Jadi apabila kamu kritik pemimpin Umno, ia juga bermakna kritikan kepada pemimpin Melayu dan kamu boleh didakwa kerana menghasut."
Hasilnya mungkin kritikan keatas polisi kerajaan dan menteri Umno juga dianggap sebagai hasutan kerana juga dianggap serangan kepada pemimpin Melayu.
Pengawasan lwn gabenor
Saifuddin percaya cara perwakilan membahaskan topik semasa perhimpunan nanti akan menentukan keupayaan Umno menyesuaikan diri dengan landskap politik baru di mana kelompok moden, "kelas pertengahan" berpendidikan yang membentuk jumlah pengundi yang signifikan.
"Kita hilang sokongan atas pagar 2008 dan ia semakin banyak pada 2013. Kita juga kalah," kata Saifuddin, merujuk kepada demografi tersebut yang membentuk 30% daripada senarai pengundi.
Dalam satu wawancara tahun lepas, Saifuddin berkata pengundi atas pagar (pertengahan) tidak konsisten menyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat tetapi menyokong parti yang menawarkan dasar yang masuk akal.
Akta Hasutan salah satu contoh menurut Saifuddin, ia disebabkan pengundi pertengahan yang lebih bijak mahu kerajaan terbuka kepada kritikan.
Ramli, yang juga pemimpin Umno akar umbi Kedah juga senada, mengatakan akar umbi Umno masih bercakap mengenai isu-isu tertentu seperti bercakap dengan penduduk kampung.
"Realitinya adalah undi luar bandar yang semakin mengecil tetapi mereka tidak mengembangkan minda supaya mampu bercakap dengan profesional, ahli perniagaan dan mereka yang terpelajar, di mana pengundi seperti ini semakin meningkat.
Pilihan topik juga mencerminkan sama ada Umno memahami isu yang lebih besar dihadapi rakyat Malaysia, di mana ketika ini berdepan dengan kenaikan harga barang akibat pemotongan subsidi dan selepas ini cukai GST pula.
Juga lebih penting adalah sama ada pembahas akan membangkitkan isu mengenai pengumuman kerajaan untuk memansuhkan semua subsidi bahan api bermula 1 Disember ini.
Data daripada pengkaji bebas Merdeka Center menunjukkan isu yang menjadi tumpuan sebahagian pengundi dalam pilihan raya umum adalah melibatkan kos sara hidup.
Tetapi tidak kira sejauh mana perbahasan tersebut akan menjadi panas, Saifuddin percaya isyarat paling jelas datang daripada ucapan presiden, semasa pembukaan dan penutup.
Semuanya bergantung kepada Najib sama ada membenarkan Umno hanyut ke arah menjadi ekstremis atau menjadi lebih bersederhana.
"Ia sama ada Umno mahu meneruskan naratif 'pengawasan' dan takut mendapatkan sokongan, atau menggunakan naratif 'gabenor' dan membuat rakyat menyukai anda dengan mentadbir secara telus dan berkesan," kata Saifuddin. – 24 November, 2014. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan