MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Jumaat, 14 November 2014

Marsha bercinta dengan pemuda Islam?

PELAKON dan penyanyi Marsha Milan Londoh mengakui kini menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan Melayu yang muda dua tahun daripadanya, namun tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi.
Namun, Marsha berkata dia tidak akan menolak untuk berkahwin jika ditakdirkan jodohnya bersama kekasihnya itu.
"Saya tidak meletakkan sebarang perancangan untuk berkahwin pada tahun hadapan. Buat masa ini, banyak lagi yang saya inginkan dalam kerjaya.
"Tetapi jika sudah ditakdirkan untuk bertemu jodoh dengannya, saya tidak pernah menolak," katanya yang dipetik dari Kosmo!
Dalam pada itu, baru-baru ini menerusi ruangan gosip di sebuah akhbar melaporkan Marsha dikatakan akan memeluk Islam seminggu sebelum berkahwin, bagaimanapun Marsha enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
"Saya tidak boleh memberi sebarang komen tentang perbezaan agama kami. Perkara itu sangat sensitif dan saya harus menjaga hati kedua orang tua saya."
Sementara itu, Marsha yang ditanya adakah dia akan memperkenalkan kekasihnya itu kepada umum, berkata dia akan memperkenalkan jika dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya.
"Jika benar jodoh saya sudah sampai dan saya sudah bersedia untuk melangkah ke tahap yang seterusnya, saya akan memperkenalkannya kepada umum.
"Kurang elok jika saya beritahu sekarang, tetapi akhirnya hubungan tidak menjadi. Akhirnya, kedua-dua pihak yang akan menanggung malu."




Tiada ulasan:

Catat Ulasan