MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Jumaat, 25 Mei 2012

Two killed in suicide bombing in central Turkey


WORLD / LATEST
 
AFP News – 4 hours ago
Related Content
Map of Turkey locating Kayseri where a suicide bomb squad killed two policemen and wounded more than a dozen people after they drove into a police station and opened fire, reports said quoting officials
A suicide bomb squad killed two policemen and wounded more than a dozen people in central Turkey on Friday after it drove into a police station and opened fire, reports said quoting officials.
Three men sped their vehicle into a police station in the city of Kayseri, where they fired weapons before one of the attackers set off a bomb, reports said.
   One officer was killed instantly and another died on the way to hospital.
The attackers were also killed, news reports said.
   Sixteen civilians, including several children, who were nearby were wounded, Turkey's Interior Minister Idris Naim Sahin was quoted as saying.
   The attackers seemed to have carried out the bombing in panic after fleeing a traffic stop earlier in the day at Kayseri city entrance and targetting the first official building they saw, Sahin said.
   The blast ripped their car to bits and it was difficult to determine exactly how many people were inside, Sahin said. Turkish media quoting witnesses said three attackers were involved.
   It marked a rare suicide bombing in Turkey, which frequently sees roadside explosions and bomb attacks carried out by the PKK.
   The previous suicide bombing took place last October in eastern town of Bingol, where two people were killed when a woman blew herself up near the headquarters of governing Justice and Development Party.
In November 2010 in Istanbul, a bomber blew himself up on the central Taksim square, wounding 32 people.
   The PKK, listed as a terrorist organisation by Turkey and by much of the international community, took up arms in Kurdish-majority southeastern Turkey in 1984, sparking a conflict that has claimed some 45,000 lives.

Jumaat, 11 Mei 2012

KETUA KAMPUNG AKAN SAMAN PKR KENINGAU


JAIT MAHAT
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Pengerusi Penyelaras PKR Pensiangan dan Keningau Hj. Masmin Kadad, hampir pasti akan diheret ke muka pengadilan jika gagal untuk membuktikan dakwaannya berhubung  penglibatan Ketua Kampung Kg. Kauran, Jait Mahat telah menjual tanah rizab kerajaan kepada seorang taukeh di Bandar kecil itu.
   Jait yang memberitahu akhbar ini di Keningau pada Rabu menjelaskan, dakwaan Masmin melalui satu kenyataan akhbar yang diterbitkan pada 27 April lalu, merupakan satu fitnah yang melampau yang bertujuan untuk memalukan beliau.
   “Reputasi saya sebagai seorang ketua adat (ketua Kampung)  terjejas ekoran daripada kenyataan pengerusi penyelaras PKR itu,” katanya dan memberitahu, beliau telah mendapat nasihat daripada pihak keselamatan dan meminta Masmin untuk membuktikan segala dakwaan beliau.
   Masmin dalam kenyataan akhbarnya dipetik sebagai mempersoalkan kenapa rizab jalan di Kg. Kauran boleh dipohon dan dijual kepada seorang taukeh, yang merujuk terhadap pertikaian tindakan Jait membersihkan sebahagian kecil rizab jalan berhampiran Kg. Kauran untuk tujuan membina sebuah gerai perniagaan kecil-kecilan dalam bentuk sementara.
   Jait pada sebelum itu mendapat kebenaran secara lisan daripada pihak berkuasa jalan untuk tujuan tersebut, selain beliau sendiri memperolehi sokongan daripada pihak berkuasa yang lain seperti Wakil Rakyat Liawan dan Pegawai Daerah Keningau.
JAIT MENUNJUKKAN TANAH YANG DIDAKWA
   Katanya, beliau tidak bermaksud memohon kawasan rizab tersebut secara kekal, tetapi hanya menggunakan lokasi tersebut untuk tujuan menjalankan perniagaan kecil-kecilan, sementara kawasan itu tidak terlibat untuk sebarang projek pembesaran jalanraya di kawasan itu.
   “Saya bukan memohon tanah itu untuk pemilikan, tetapi menggunakan secara sementara,” jelasnya dan menambah, beliau mempunyai tanah yang lebih luas daripada itu tetapi terletak jauh daripada kawasan strategic.
   Jait yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Keningau memberitahu, ekoran daripada dakwaan fitnah Masmin itu menyebabkan kepercayaan rakyat bawahan kepada beliau telah terjejas.
   Jesteru itu katanya, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengerusi penyelaras PKR itu.
   Kecuali katanya jika Masmin berjaya membuktikan penglibatan beliau menjual tanah rizab itu kepada seorang taukeh, cadangannya untuk memanjangkan perkara itu ke muka pengadilan tidak akan dilaksanakan.
   “Jika tidak (gagal membuktikan), anda (Masmin) tidak akan terlepas,” tambahnya.
   Beliau menarik perhatian kepada pemimpin PKR itu bahawa beliau sepatutnya bertindak sebagai seorang pemimpin politik yang berkesan, dan bukannya memberikan tekanan kepada rakyat khususnya pengundi seperti beliau.
   “Apa yang berlaku menjelang pilihanraya ini ialah pemimpin pembangkang seperti PKR telah kehabisan isu politik, dan sanggup menimbulkan isu-isu yang tidak bermoral seperti fitnah untuk tujuan bermusuhan dengan rakyat ... jika begini gaya pemimpin, bagaimana rakyat harus percaya,” katanya.
   Jait memberi tempoh seminggu kepada Masmin untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaan fitnahnya itu.
   Pengerusi Penyelaras PKR itu gagal untuk dihubungi untuk mendapatkan reaksi, namun beberapa pemimpin parti itu memberitahu menyedari kesilapan pemimpin mereka itu 

Selasa, 8 Mei 2012

PERSATUAN DUSUN DITUBUHKAN DI KENINGAU


KENINGAU (Sabah, Malaysia): Sekumpulan orang asal di Keningau menubuhkan sebuah persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Dusun Minamasok Borneo Selatan Sabah atau PDMBSS).   
DIMIE -- Presiden penaja PDMBSS
   Presiden penajanya Dimie Guntop, 67, memberitahu akhbar ini di Keningau pada Isnin, bahawa penubuhan persatuan itu menjurus sebagai payung kepada suku kaum Dusun yang berselerak di kawasan selatan negeri ini.
   Selatan negeri sabah terdiri daripada kawasan pedalaman.
   Menjelaskan bahawa terbit rasa tidak puas hati kaum itu terhadap beberapa persatuan yang sedia ada, Dimie berkata, perhatian suku kaum itu pada masa kini lebih kepada jaminan masa depan yang jelas.
   “Sejak sekian lamanya suku kaum itu berada dalam landasan yang kabur dan tidak menentu,” katanya.
   PDMBSS katanya berjuang untuk memertabatkan suku kaum itu sebagai komuniti dominan di Sabah, jesteru taraf ekonomi, pelajaran dan social mereka perlu diperkasakan.
   “Persatuan ini bebas daripada sebarang pengaruh politik, tetapi berjalan untuk menyatupadukan suku kaum itu ke arah yang positif terhadap perkembangan semasa,” katanya.
   Dimie yang merupakan seorang usahawan yang sedang meningkat memberitahu, suku kaum asal di negeri ini sepatutnya sudah berada jauh ke hadapan dalam semua aspek, khususnya ekonomi dan pelajaran.
   Namun apa yang telah berlaku katanya, suku kaum itu sekadar penentu kepada survival politik golongan tertentu.
   Dan tegasnya, PDMBSS melihat senerio itu sebagai satu kerugian besar kepada bangsa yang amat berpotensi itu.
   “Hari ini saya melahirkan PDMBSS untuk payung kepada kaum itu,” katanya dan menambah focus utama persatuan itu selepas pendaftaran penubuhannya diluluskan ialah memastikan pada tahun 2020, suku kaum Dusun asal mampu berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum yang sudah jauh menikmati kemajuan.
   “Saya ingin melihat ramai suku kaum dusun yang bertaraf jutawan pada tahun itu,” katanya. 

Isnin, 7 Mei 2012

MENARIK DI ITALY


 PELANCONGAN
VENESIA disebut Venezia dalam Bahasa Itali merupakan Bandar Regione Veneto dan Provinsi. Mempunyai keluasan 412 km dengan jumlah kependudukan 271,663 orang.
Bandar di tengah lautan
   Republik Venesia wujud sejak abad ke-9, terkenal dengan pengangkutan air.




CATATAN SEORANG WARTAWAN (epakuasi I)


MOHD KHAIRY ABDULLAH
UNTUK kedua kali dalam tempoh 30 tahun sebagai pengamal media, rintihan-rintihan ini saya luahkan.
   “Kerjaya wartawan di Sabah sekadar glmour dan tidak menjamin masa depan yang baik,”.
   Untuk mereka yang masih bujang, sudah tentu kerjaya glmour itu menjadi idaman, tetapi kepada mereka yang telah berumahtangga kerjaya yang hanya menawarkan gaji di bawah RM1000, sekadar penyedap bahasa.
Pengamal media menjalankan kerja dengan penuh didikasi
   Beberapa bekas wartawan mengeluh bahawa apabila diberhentikan kerja, tidak akan ada sesiapa yang mempedulikan. Tidak ada sesiapa yang sudi menanyakan khabar hatta rakan-rakan lama menjauhkan diri tanpa sebarang penjelasan.
   Ini bermakna bahawa  fungsi wartawan di Sabah hanya kepada golongan tertentu, dan selebihnya penghargaan hanya dalam kertas yang tidak mencatatkan apa-apa makna apabila wartawan itu tidak lagi mewakili kepada mana-mana akhbar.
   Seperti apa yang saya katakana dalam tulisan terdahulu, jasa wartawan hanya terpahat seperti ‘batu nisan’.
   Sesuatu yang amat menyedihkan ialah wartawan yang telah mengabadikan jasanya kepada masyarakat, memertabatkan individu sehingga ke tahap yang tertinggi, merealisasikan cita-cita mereka dan yang dianggap ‘orang penting’, tetapi akhirnya jasa itu tidak pernah dikenang sebaik tidak lagi bekerja sebagai wartawan penuh.
   Amat bangga di Keningau, kerana saya mempunyai Datuk Sairin Hj. Karno, Datuk Ghani Yassin dan Datuk Ariffin Arif di Membakut yang begitu perihatin terhadap golongan wartawan.
   Ini yang sedang berlaku kepada diri saya sendiri – kehilangan kerja kerana ‘mangsa politik’  dan percaturan pihak tertentu yang jumud terhadap ilmu kewartawanan.
   Daripada kehilangan kerja yang menjadi sumber pendapatan untuk menyara keluarga, saya terpaksa memulakan hidup baru dalam bidang baru yang jauh berbeza.
Seorang wartawan Malaysia yang cedera dibelasah perusuh
   Saya menjadi petani sepenuh masa selain menulis di beberapa akhbar kebangsaan sebagai ‘krospenden’. Sudah tentu pendapatan jauh berbeza daripada sebelum ini, namun saya sentiasa bersyukur bahawa saya tidak kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam diri ini.
   “Ilmu kewartawanan telah bersarang dalam segenap sel otak saya, dan ia tidak boleh dibunuh selagi mana saya bernyawa,”.
   Sepanjang 8 bulan tidak mempunyai sebarang pekerajaan tetap, telah mendidik saya untuk mengenali kualiti seorang kawan, sahabat dan komuniti yang sebenar.
   Hakikat yang perlu kita akui bahawa nilai seorang manusia hanya dihargai ketika seseorang itu berada dalam tampuk kekuasaan.
   Tidak akan ada manusia yang benar-benar ikhlas untuk berkawan dengan kita, pada ketika dalam situasi yang tidakmemiliki  apa-apa, apa lagi jika mereka mengetahui anda pada ketika itu hanya seorang petani atau penoreh getah.
   Sebab itu saya tekankan bahawa perlunya usaha untuk menaiktarafkan diri. Upgrade diri seperti memperkasakan penguasaan ilmu sesuatu yang amat bijak.  
   Malangnya saya dilahirkan dalam keluarga miskin; ayah berasal dari Ulu Tuaran dan merupakan suku kaum Dusun terakhir yang keluar daripada kehidupan berseluar cawat (santut).
   Ayah saya merupakan anak yatim piatu yang kehilangan kedua ibubapa pada usia kanak-kanak, dan apabila berpeluang berhijrah ke kawasan pedalaman, ayah saya hanya sehelai sepinggang.
   Dia memulakan kehidupan baru daripada ‘kosong’ – dan atas factor itu zaman kanak-kanak kami diselubungi dengan suasana kemiskinan. Hari ini kita bercakap mengenai miskin tegar, tetapi keadaan kami pada ketika itu diumpamakan berlipat kali tegar, sebab itu peluang untuk mendapatkan ilmu melalui sekolah formal sama sekali tidak ada.
   Peluang untuk upgrade diri pada masa ini begitu terbuka, namun banyak perkara yang timbul sebagai penghalang disebabkan ‘kesilapan persediaan’.
Wartawan wanita mengadaikan nyawa untuk sekeping gambar
   Kesederan mengenai pentingnya ilmu pada masa lampau bukannya tidak wujud, tetapi ibubapa kita tidak mampu untuk melakukan kerana factor kemiskinan.
   Sebab itu saya meletkkan ‘kemiskinan adalah musuh utama yang perlu diperangi’.
   Saya tidak begitu kecewa apabila kehilangan pekerajaan, tetapi amat marah apabila tidak dapat meneruskan perjuangan untuk menaiktarafkan diri sebagai senjata bagi memerangi kemiskinan.
   Pada era ini sepatutnya tidak ada sebab untuk setiap rakyat di Malaysia untuk menaiktarafkan diri, seperti memperkasakan penguasaan ilmu, namun ia pasti tidak akan tercapai selagi wujud tidak perihatin dikalangan rakyat Malaysia itu sendiri.
   Sebagai wartawan, saya membuat pandangan bahawa sesuatu yang diilhamkan untuk rakyat di Negara ini hanya memihak kepada golongan mereka yang kreatif, dan mereka yang menerima maklumat jelas daripada sumber yang benar.
   Wartawan berperanan untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada akar umbi, dan inilah perjuangan saya dan rakan-rakan sepanjang ini, malangnya titik peluh itu tidak pernah dihargai.
   Apabila saya memilih kerja baru sebagai petani dan penoreh getah, ramai rakan-rakan yang tertawa sinis, tetapi saya tegaskan kepada mereka bahawa ‘kerjaya penoreh getah amat menyoronokkan’.
   Sinisan mereka membuatkan saya menitiskan air mata, namun saya optimis bahawa kehidupan ini tidak semestinya tidak akan berubah.
   Saya amat percaya kepada kuasa Tuhan dan Dia tidak akan membiarkan saya begini secara berterusan. Segala apa yang sedang berlaku pada saat ini saya tafsirkan satu ujian yang memiliki ‘hikmah’ yang akan memberikan sesuatu yang lebih besar dan bermakna kepada kehidupan yang lebih terjamin.
   Bayangkan, saya tidak mempunyai apa-apa ketika memulakan kerjaya baru sebagai petani. Saya bekerja sebagai penoreh getah di kebun orang dengan pendapatan yang terpaksa dibahagikan. Saya melalui kehidupan yang terpaksa ‘ikat perut’ berbulan-bulan lamanya untuk menanggung pengajian di university, menanggung keluarga dan menanggung banyak komitmen yang lain.
   Selepas lapan bulan sebagai penoreh getah, saya mulai menjiwai kerjaya baru itu. Kini saya mengetahui segala bentuk keperluan dan proses penghasilan getah dan sememangnya seorang penoreh getah melalui liku-liku kehidupan yang amat perit.
   Catatan ini saya buat untuk perkongsian pengalaman untuk sahabat karib -  Kanul Gindul, yang sedikit sebanyak menjelaskan nasib wartawan di Sabah umpama ‘pewangi pakaian’.
   Berbeza di Negara-negara maju, seorang wartawan mampu bermewah dan menikmati kehidupan yang jauh lebih selesa di hari persaraan.
   Saya amat berharap supaya catatan pengalaman ini merupakan langkah yang baik, untuk memertabatkan kerjaya wartawan sesuai dengan peranan mereka sebagai agen pembangunan kerajaan.
   Sesuatu yang perlu saya kongsi ialah sepanjang lapan bulan sebagai bukan lagi seorang wartawan sepenuh masa, set telefon semakin tidak berfungsi – hanya 30 panggilan sepanjang tempoh itu  dan ianya datang daripada kalangan keluarga atau mereka yang tidak mengetahui perkembangan terbaru saya, dan selepas itu saya mulai tidak mengenali nada deringan set telefon bimbit.
   Sedih juga.



  

Jumaat, 4 Mei 2012

TIDAK ADA PENIPUAN DALAM PROSES PILIHAN RAYA --- Tun Dr. Mahathir


TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
KUALA TERENGGANU (Malaysia): “Kalau benarlah ada penipuan, kenapa setiap kali diadakan pilihan raya ramai calon lawan dapat kemenangan besar? Tak pernah berlaku pula, kerajaan (Barisan Nasional) dapat semua undi, sebaliknya ada yang hanya menang tipis,”.
   “Kalau ada penipuan, maknanya bodoh sungguhlah kerajaan BN nak tipu pun tak pandai,” – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu di Kuala Terangganu pada Khamis.
   Bekas Perdana Menteri Malaysia itu berkata, dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pilihan raya di Malaysia, sehingga mengundang bantahan daripada pembangkang  sama sekali tidak wujud.
   Pendedahan Tun Dr. Mahathir itu mendapat sokongan kuat daripada Gabungan Anak-anak Peribumi Pedalaman Sabah (Peribumi), yang berkata dakwaan pembangkang itu semata-mata untuk merayu simpati daripada rakyat.
   “Proses kiraan dilakukan di pusat mengundi yang turut disaksikan oleh wakil parti masing-masing, bagaimana boleh tipu,” Peribumi memberitahu dalam satu kenyataan di Keningau.
   Ketika berucap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk “Cabaran Umat Islam Masakini; Persepsi dan Realiti di Terangganu, Tun Dr. Mahathir berkata;
   “Rakyat di Negara ini perlu lebih rasional agar tidak terus diperbodohkan dan diperalatkan oleh pemimpin pembangkang yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa’.
   Katanya jika rakyat terus menerus terpedaya  dengan usaha pembangkang itu, beliau menjelaskan mereka (rakyat) sebenarnya turut sama bersubahat  kerana perbuatan sedemikian bercanggah dengan ajaran agama.
   “saya harap rakyat tidak mudah diperalatkan oleh orang lain,” katanya dan menekankan perbuatan keji seperti rusuhan bercanggah dengan ajaran agama