MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Selasa, 8 Mei 2012

PERSATUAN DUSUN DITUBUHKAN DI KENINGAU


KENINGAU (Sabah, Malaysia): Sekumpulan orang asal di Keningau menubuhkan sebuah persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Dusun Minamasok Borneo Selatan Sabah atau PDMBSS).   
DIMIE -- Presiden penaja PDMBSS
   Presiden penajanya Dimie Guntop, 67, memberitahu akhbar ini di Keningau pada Isnin, bahawa penubuhan persatuan itu menjurus sebagai payung kepada suku kaum Dusun yang berselerak di kawasan selatan negeri ini.
   Selatan negeri sabah terdiri daripada kawasan pedalaman.
   Menjelaskan bahawa terbit rasa tidak puas hati kaum itu terhadap beberapa persatuan yang sedia ada, Dimie berkata, perhatian suku kaum itu pada masa kini lebih kepada jaminan masa depan yang jelas.
   “Sejak sekian lamanya suku kaum itu berada dalam landasan yang kabur dan tidak menentu,” katanya.
   PDMBSS katanya berjuang untuk memertabatkan suku kaum itu sebagai komuniti dominan di Sabah, jesteru taraf ekonomi, pelajaran dan social mereka perlu diperkasakan.
   “Persatuan ini bebas daripada sebarang pengaruh politik, tetapi berjalan untuk menyatupadukan suku kaum itu ke arah yang positif terhadap perkembangan semasa,” katanya.
   Dimie yang merupakan seorang usahawan yang sedang meningkat memberitahu, suku kaum asal di negeri ini sepatutnya sudah berada jauh ke hadapan dalam semua aspek, khususnya ekonomi dan pelajaran.
   Namun apa yang telah berlaku katanya, suku kaum itu sekadar penentu kepada survival politik golongan tertentu.
   Dan tegasnya, PDMBSS melihat senerio itu sebagai satu kerugian besar kepada bangsa yang amat berpotensi itu.
   “Hari ini saya melahirkan PDMBSS untuk payung kepada kaum itu,” katanya dan menambah focus utama persatuan itu selepas pendaftaran penubuhannya diluluskan ialah memastikan pada tahun 2020, suku kaum Dusun asal mampu berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum yang sudah jauh menikmati kemajuan.
   “Saya ingin melihat ramai suku kaum dusun yang bertaraf jutawan pada tahun itu,” katanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan