MOHD KHAIRY ABDULLAH
UNTUK kedua kali dalam tempoh 30 tahun
sebagai pengamal media, rintihan-rintihan ini saya luahkan.
“Kerjaya wartawan di Sabah sekadar glmour
dan tidak menjamin masa depan yang baik,”.
Untuk mereka yang masih bujang, sudah tentu
kerjaya glmour itu menjadi idaman, tetapi kepada mereka yang telah
berumahtangga kerjaya yang hanya menawarkan gaji di bawah RM1000, sekadar
penyedap bahasa.
Pengamal media menjalankan kerja dengan penuh didikasi |
Beberapa bekas wartawan mengeluh bahawa
apabila diberhentikan kerja, tidak akan ada sesiapa yang mempedulikan. Tidak
ada sesiapa yang sudi menanyakan khabar hatta rakan-rakan lama menjauhkan diri
tanpa sebarang penjelasan.
Ini bermakna bahawa fungsi wartawan di Sabah hanya kepada golongan
tertentu, dan selebihnya penghargaan hanya dalam kertas yang tidak mencatatkan
apa-apa makna apabila wartawan itu tidak lagi mewakili kepada mana-mana akhbar.
Seperti apa yang saya katakana dalam tulisan
terdahulu, jasa wartawan hanya terpahat seperti ‘batu nisan’.
Sesuatu yang amat menyedihkan ialah wartawan
yang telah mengabadikan jasanya kepada masyarakat, memertabatkan individu
sehingga ke tahap yang tertinggi, merealisasikan cita-cita mereka dan yang dianggap
‘orang penting’, tetapi akhirnya jasa itu tidak pernah dikenang sebaik tidak
lagi bekerja sebagai wartawan penuh.
Amat bangga di Keningau, kerana saya mempunyai Datuk Sairin Hj. Karno, Datuk Ghani Yassin dan Datuk Ariffin Arif di Membakut yang begitu perihatin terhadap golongan wartawan.
Ini yang sedang berlaku kepada diri saya
sendiri – kehilangan kerja kerana ‘mangsa politik’ dan percaturan pihak tertentu yang jumud
terhadap ilmu kewartawanan.
Daripada kehilangan kerja yang menjadi
sumber pendapatan untuk menyara keluarga, saya terpaksa memulakan hidup baru
dalam bidang baru yang jauh berbeza.
Seorang wartawan Malaysia yang cedera dibelasah perusuh |
Saya menjadi petani sepenuh masa selain
menulis di beberapa akhbar kebangsaan sebagai ‘krospenden’. Sudah tentu
pendapatan jauh berbeza daripada sebelum ini, namun saya sentiasa bersyukur
bahawa saya tidak kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam diri ini.
“Ilmu kewartawanan telah bersarang dalam
segenap sel otak saya, dan ia tidak boleh dibunuh selagi mana saya bernyawa,”.
Sepanjang 8 bulan tidak mempunyai sebarang pekerajaan
tetap, telah mendidik saya untuk mengenali kualiti seorang kawan, sahabat dan
komuniti yang sebenar.
Hakikat yang perlu kita akui bahawa nilai
seorang manusia hanya dihargai ketika seseorang itu berada dalam tampuk
kekuasaan.
Tidak akan ada manusia yang benar-benar
ikhlas untuk berkawan dengan kita, pada ketika dalam situasi yang tidakmemiliki apa-apa, apa lagi jika mereka mengetahui anda
pada ketika itu hanya seorang petani atau penoreh getah.
Sebab itu saya tekankan bahawa perlunya
usaha untuk menaiktarafkan diri. Upgrade diri seperti memperkasakan penguasaan
ilmu sesuatu yang amat bijak.
Malangnya saya dilahirkan dalam keluarga
miskin; ayah berasal dari Ulu Tuaran dan merupakan suku kaum Dusun terakhir
yang keluar daripada kehidupan berseluar cawat (santut).
Ayah saya merupakan anak yatim piatu yang
kehilangan kedua ibubapa pada usia kanak-kanak, dan apabila berpeluang
berhijrah ke kawasan pedalaman, ayah saya hanya sehelai sepinggang.
Dia memulakan kehidupan baru daripada ‘kosong’
– dan atas factor itu zaman kanak-kanak kami diselubungi dengan suasana
kemiskinan. Hari ini kita bercakap mengenai miskin tegar, tetapi keadaan kami pada
ketika itu diumpamakan berlipat kali tegar, sebab itu peluang untuk mendapatkan
ilmu melalui sekolah formal sama sekali tidak ada.
Peluang untuk upgrade diri pada masa ini
begitu terbuka, namun banyak perkara yang timbul sebagai penghalang disebabkan ‘kesilapan
persediaan’.
Wartawan wanita mengadaikan nyawa untuk sekeping gambar |
Kesederan mengenai pentingnya ilmu pada masa
lampau bukannya tidak wujud, tetapi ibubapa kita tidak mampu untuk melakukan
kerana factor kemiskinan.
Sebab itu saya meletkkan ‘kemiskinan adalah
musuh utama yang perlu diperangi’.
Saya tidak begitu kecewa apabila kehilangan
pekerajaan, tetapi amat marah apabila tidak dapat meneruskan perjuangan untuk
menaiktarafkan diri sebagai senjata bagi memerangi kemiskinan.
Pada era ini sepatutnya tidak ada sebab
untuk setiap rakyat di Malaysia untuk menaiktarafkan diri, seperti
memperkasakan penguasaan ilmu, namun ia pasti tidak akan tercapai selagi wujud
tidak perihatin dikalangan rakyat Malaysia itu sendiri.
Sebagai wartawan, saya membuat pandangan
bahawa sesuatu yang diilhamkan untuk rakyat di Negara ini hanya memihak kepada
golongan mereka yang kreatif, dan mereka yang menerima maklumat jelas daripada
sumber yang benar.
Wartawan berperanan untuk menyampaikan
dasar-dasar kerajaan kepada akar umbi, dan inilah perjuangan saya dan
rakan-rakan sepanjang ini, malangnya titik peluh itu tidak pernah dihargai.
Apabila saya memilih kerja baru sebagai
petani dan penoreh getah, ramai rakan-rakan yang tertawa sinis, tetapi saya
tegaskan kepada mereka bahawa ‘kerjaya penoreh getah amat menyoronokkan’.
Sinisan mereka membuatkan saya menitiskan
air mata, namun saya optimis bahawa kehidupan ini tidak semestinya tidak akan
berubah.
Saya amat percaya kepada kuasa Tuhan dan Dia
tidak akan membiarkan saya begini secara berterusan. Segala apa yang sedang
berlaku pada saat ini saya tafsirkan satu ujian yang memiliki ‘hikmah’ yang
akan memberikan sesuatu yang lebih besar dan bermakna kepada kehidupan yang
lebih terjamin.
Bayangkan, saya tidak mempunyai apa-apa
ketika memulakan kerjaya baru sebagai petani. Saya bekerja sebagai penoreh
getah di kebun orang dengan pendapatan yang terpaksa dibahagikan. Saya melalui
kehidupan yang terpaksa ‘ikat perut’ berbulan-bulan lamanya untuk menanggung
pengajian di university, menanggung keluarga dan menanggung banyak komitmen
yang lain.
Selepas lapan bulan sebagai penoreh getah,
saya mulai menjiwai kerjaya baru itu. Kini saya mengetahui segala bentuk
keperluan dan proses penghasilan getah dan sememangnya seorang penoreh getah
melalui liku-liku kehidupan yang amat perit.
Catatan ini saya buat untuk perkongsian
pengalaman untuk sahabat karib - Kanul
Gindul, yang sedikit sebanyak menjelaskan nasib wartawan di Sabah umpama
‘pewangi pakaian’.
Berbeza di Negara-negara maju, seorang
wartawan mampu bermewah dan menikmati kehidupan yang jauh lebih selesa di hari
persaraan.
Saya amat berharap supaya catatan pengalaman
ini merupakan langkah yang baik, untuk memertabatkan kerjaya wartawan sesuai
dengan peranan mereka sebagai agen pembangunan kerajaan.
Sesuatu yang perlu saya kongsi ialah
sepanjang lapan bulan sebagai bukan lagi seorang wartawan sepenuh masa, set
telefon semakin tidak berfungsi – hanya 30 panggilan sepanjang tempoh itu dan ianya datang daripada kalangan keluarga
atau mereka yang tidak mengetahui perkembangan terbaru saya, dan selepas itu
saya mulai tidak mengenali nada deringan set telefon bimbit.
Sedih juga.
Teringat dengan kata-kata ML Stein,kalau anda ingin mencari kekayaan dan kemewahan bidang kewartawanan tidak menjanjikannya tetapi,seandainya anda ingin menjalani kehidupan yang seronok dan ingin mengelilingi dunia maka dalam dunia kewartawanan jawabannya.Dalam tahun 1983 saya tinggalkan bidang ini dan memilih bidang lain di negara jiran selama sebelas tahun dan seronok dgn tugas baru yang dijalani dgn bantuan ilmu kewartawanan/PRO namun kata orang Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya,suatu ketika kehadiran saya dijejaki penerbit sebuah majalah Wanita dan berkhidmat selama tiga tahun kemudian mengembara ke negeri jiran seterusnya kembali ke tanahair berkhidmat kembali dlm bidang kewartawanan dbeberapa buah syarikat media dan akhirnya berada ditahap sekarang membantu seorang pemimpin dlm bidang media/kewartawanan.Sukaduka pengamal media memang menjentik perasaan dan sering melihat kehidupan rakyat marhaen sesuatu yang boleh menginsafkan diri untuk bertahan.Keikhlasan dalam hidup dengan ihsan hati dan perasaan insan harus digarap dlm perjuangan sambil mengEsakan kebesaran Tuhan...memang taqdir telah tersurat lebar namun dengan doa dan harapan kepada Tuhan taqdir boleh dihindar atas kehendak Yang Maha Kasihsayang.Jaga waktu laksana tanggungjawab sebagai insan kamil itu yg penting kerana Dia pelebur segala masalah kehidupan.Pakchadhussin.blogspot.com
BalasPadam