MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Jumaat, 4 Mei 2012

TIDAK ADA PENIPUAN DALAM PROSES PILIHAN RAYA --- Tun Dr. Mahathir


TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
KUALA TERENGGANU (Malaysia): “Kalau benarlah ada penipuan, kenapa setiap kali diadakan pilihan raya ramai calon lawan dapat kemenangan besar? Tak pernah berlaku pula, kerajaan (Barisan Nasional) dapat semua undi, sebaliknya ada yang hanya menang tipis,”.
   “Kalau ada penipuan, maknanya bodoh sungguhlah kerajaan BN nak tipu pun tak pandai,” – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu di Kuala Terangganu pada Khamis.
   Bekas Perdana Menteri Malaysia itu berkata, dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pilihan raya di Malaysia, sehingga mengundang bantahan daripada pembangkang  sama sekali tidak wujud.
   Pendedahan Tun Dr. Mahathir itu mendapat sokongan kuat daripada Gabungan Anak-anak Peribumi Pedalaman Sabah (Peribumi), yang berkata dakwaan pembangkang itu semata-mata untuk merayu simpati daripada rakyat.
   “Proses kiraan dilakukan di pusat mengundi yang turut disaksikan oleh wakil parti masing-masing, bagaimana boleh tipu,” Peribumi memberitahu dalam satu kenyataan di Keningau.
   Ketika berucap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk “Cabaran Umat Islam Masakini; Persepsi dan Realiti di Terangganu, Tun Dr. Mahathir berkata;
   “Rakyat di Negara ini perlu lebih rasional agar tidak terus diperbodohkan dan diperalatkan oleh pemimpin pembangkang yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa’.
   Katanya jika rakyat terus menerus terpedaya  dengan usaha pembangkang itu, beliau menjelaskan mereka (rakyat) sebenarnya turut sama bersubahat  kerana perbuatan sedemikian bercanggah dengan ajaran agama.
   “saya harap rakyat tidak mudah diperalatkan oleh orang lain,” katanya dan menekankan perbuatan keji seperti rusuhan bercanggah dengan ajaran agama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan