MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Khamis, 2 Ogos 2012

BANGSA DUSUN PERLU PEMANDU YANG CEKAP


MOHD JIMIN
KENINGAU: Timbalan Presiden Persatuan Dusun Minamasok Borneo Utara Sabah atau Minamasok, Mohd Jimin Abdullah (gambar) menegaskan bahawa Kaum asal khususnya Bangsa Dusun harus mempunyai sasaran yang jelas sebagai tiket untuk menempatkan diri sebagai insan yang berjaya pada Tahun 2020.
   “Ini adalah muka surat yang pertama bagi Dusun, selepas lebih berpuluh tahun teraba-raba tanpa mengetahui halatuju,” katanya kepada akhbar ini di Keningau pada Jumaat.
   Jimin berkata, sejarah telah membuktikan bahawa ilmu merupakan kunci kejayaan bagi setiap manusia, jesteru Minamasok menetapkan ‘pelajaran’ adalah keutamaan kepada perjuangan persatuan itu.
   “Sasaran Minamasok ialah untuk melahirkan Bangsa Dusun yang berpelajaran dan mempunyai kedudukan yang tinggi pada Tahun 2020,” katanya.
   Timbalan Presiden itu mendedahkan masih terdapat beratus ribu suku kaum Dusun yang hidup bertaburan di luar sana, tercicir daripada pembangunan pelajaran.
   Beliau memberitahu, walaupun terdapat ramai generasi kaum itu yang berjaya menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Universiti, namun katanya mereka juga tidak mampu untuk menghulurkan panduan kepada bangsa mereka yang terpinggir itu.
   “Masalahnya ialah kerana kuasa ekonomi bangsa ini turut tidak menyerlah ... mereka daif mengenai bagaimana untuk memperkasakan penguasaan ekonomi, kerana mereka adalah mangsa yang terabai,” katanya dan menambah sikap bangsa itu yang tidak bersatu mengakibatkan mereka ketinggalan dalam banyak perkara.
   Jimin berkata bahawa bangsa itu mempunyai potensi yang amat besar dalam semua aspek, tetapi mereka tidak mempunyai pemandu yang cekap untuk membawa mereka ke destinasi yang tepat.
   “Sebab itu kita lahirkan Minamasok untuk menjaga kebajikan mereka,” katanya.
   Menjawab satu soalan, Jimin berkata, Minamasok sedang dalam kajian untuk mengenalpasti lokasi-lokasi suku kaum Dusun di seluruh negeri Sabah.
   “Pangkalan data untuk tujuan ini sudah dibangunkan,” katanya. 

1 ulasan:

  1. Salah satu pendekatan terbaik,terkini dan terpantas sebelum tahun 2020 ialah menubuhkan Akademik Pembangunan Ilmu(Dusun College)

    BalasPadam