MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Sabtu, 2 Mac 2013

PM BERI AMARAN KEPADA PENCOROBOH DI LAHAD DATU

KUALA LUMPUR (Malaysia): Sedih dengan insiden tembak menembak di Kg. Tanduo Lahad Datu, yang mengakibatkan dua anggota komando Malaysia terkorban dan tiga lagi cedera, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada pencoroboh di Lahad Datu.
   Najib memberi mandat kepada polis dan tentera untuk mengguna apa cara pun untuk menangani kemelut itu.
   Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien turut memberi amaran kepada pencoroboh.
   Presiden Filipina turut meminta kumpulan pencoroboh agar menyerah diri tanpa sebarang  tuntutan.
   Di Kota Kinabalu (Sabah) Datuk Seri Musa Hj. Aman mengucapkan takziah kepada dua anggota keselamatan yang terkorban.
   Keadaan terkini di Lahad Datu dilaporkan  dalam keadaan terkawal, menurut pihak keselamatan Sabah.
   "Tumpaskan mereka," PM dipetik memberitahu pengamal media ketika mengulas insiden pertempuran pihak berkuasa dengan pencoroboh di Kg. Tondua Lahad Datu.
   Anggota komandoi Malaysia yang terkorban ketika mempertahankan Tanah Air ialah Inspektor 17992 Zulkifli Mamat, 29 dan Koperal 113088 Sabarudin Daud, 46.
   Tiga yang cedera ialah Koperal T52133 Mohd Tarmizi Mamat, 29 (cedera di Tangan dan Kaki), Koperal T35383 Azman Ampong, 39 (cedera di  Punggung dan Paha) dan Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22 (cedera di bahu kanan / kedua-dua kaki).
   Di Manila, Sultan Sulu pada Jumaat turut meminta anak-anak buahnya berundur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan