KUALA LUMPUR (Malaysia): Kesedihan dan kesayuan menyelubungi bilik
mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini ketika waris mangsa yang terkorban
dalam kemalangan bas ngeri di Genting Highlands semalam berkumpul untuk
mengenal pasti dan membawa pulang mayat mangsa.Ada antara
anggota keluarga itu dilihat menangis teresak-esak dan enggan ditemubual media.
Seorang
jurucakap HKL berkata, setakat 11 pagi ini, bedah siasat selesai dijalankan ke
atas 30 mayat dan 17 mayat dikenal pasti.
Proses
pengecaman masih berjalan ketika anggota keluarga menjalankan urusan menuntut
mayat orang tersayang.
Wakil media,
yang menunggu seawal jam 7 pagi, tidak dibenarkan memasuki perkarangan bilik
mayat.

Seramai 37
orang termasuk pemandu bas terbunuh dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting
Highlands pada 2.22 petang semalam.
Bas yang
membawa 52 penumpang, termasuk beberapa warga asing itu, sedang menuruni laluan
curam dari Genting Highlands menghala ke pusat bandar raya apabila terjunam ke
dalam gaung.
Suasana di
sekitar bilik mayat menjadi semakin sibuk menjelang tengah hari apabila
lebih ramai kaum keluarga yang tiba untuk membantu proses pengecaman mayat.
Sebahagian
daripada anggota keluarga mangsa menunggu dengan penuh gundah di khemah yang
didirikan oleh Yayasan Tzu Chi.
Beberapa
kereta mayat juga dilihat memasuki perkarangan bilik mayat pagi ini. - Bernama,
22 Ogos, 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan