MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Rabu, 2 Julai 2014

TUNJUK PERASAAN TUNTUT HAK TANAH DI TENOM

Eksklusif
Mohd Khairy Abdullah                                                
KENINGAU (Sabah, Malaysia): Disebabkan bingung dan keliru dengan perwartaan Geran Berkolompok (Geran Komunal) ke atas tanah milik mereka, seramai 76 pekebun di Kg. Mongis-Ongis Mangkalias Daerah Tenom, pada khamis lepas, mengadakan demontrasi aman di tengah perkebunan, sebagai bantahan keras  mereka terhadap Jabatan Tanah dan Ukur di situ, apa yang mereka sifatkan telah melakukan kecuaian serius yang menyebabkan tanah seluas kira-kira 1,140 ekar, yang mereka usahakan pelbagai tanaman seperti sawit, getah dan buah-buahan, sejak tahun 1986  kini hampir pasti bukan lagi milik mereka.
KK KUNSIANG\
   Kunsiang Bin Angunsuk, yang merupakan salah seorang pemilik tanah di kawasan itu memberitahu, bahawa beliau tidak bersetuju dan membantah keputusan untuk menjadikan tanah yang menjadi sumber kehidupan mereka dimasukkan dalam pewartaan Geran berkolompok.
   Katanya, Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Tenom telah melakukan kesilapan besar dengan tidak melakukan penyelidikan terlebih dahulu, sebelum memasukkan tanah-tanah petani di situ dalam peta Geran Berkolompok.
   “Mereka membuat keputusan di atas meja,” dedah Mantan Pagoh, 63.
   Mantan memberitahu bahawa tafsiran demontrasi aman yang mereka lakukan di tengah-tengah perkebunan, merupakan luahan kekesalan mereka terhadap sikap tidak telus Jabatan Tanah Dan Ukur Tenom, yang jelas telah melakukan penafian terhadap hak-hak pekebun di situ.
   Seorang petani yang lain, Ho Tin Ting, 68, berkata, fakta bantahan penduduk ialah, tanah seluas kira-kira 150 ekar di kawasan itu telah pun mereka dipohon sejak tahun 1986.
   “Sudah 28 tahun kami di sini,” jelas Ho.
   Ho berkata, mereka telah mengemukakan permohonan tanah untuk kawasan itu sejak 1986, tetapi Jabatan Tanah dan Ukur melambat-lambatkan pemoresesan mengakibatkan mereka kini dianggap  sebagaipencoroboh.
MR. HO
   “Kami bukan pencoroboh, tetapi anda telah mencipta krisis yang mengakibatkan rakyat menjadi mangsa,” katanya.
   Bertali arus surat telah dikemukakan kepada pihak Jabatan Tanah Tenom, yang meminta mereka memberi perhatian terhadap permohonan penduduk, tetapi tidak ada sebarang reaksi yang mereka berikan, hatta balasan penerimaan surat daripada penduduk juga tidak dibuat.
   Mereka juga telah menulis surat bantahan secara langsung kepada Pengarah Tanah Negeri Sabah, namun pengarah itu tidak memberikan sebarang jawapan.
   “Jadi, semua ini meletakkan kami dalam keadaan serba salah,” katanya dan menjelaskan bahawa mereka buka menentang kerajaan BN.
   Sebagai pengundi setia kepada kerajaan BN, petani-petani di kampong itu mendesak agar kawasan tanah yang telah mereka usahakan tidak dimasukkan dalam pewartaan Geran Komunal.
   Pejabat Daerah Tenom ketika dihubungi mengesahkan tanah di kawasan Kg. Mongis-Ongis Mangkalias terkandung dalam kawasan pewartaan Geran komunal, yang akan menempatkan penduduk yang berstatus miskin tegar di daerah Tenom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan