MISSI JUTAWAN

Layari http://www.DanaNiaga2u.com/62050612 - 2016 adalah tahun kekayaan. Tahun melakar kejayaan. Tahun perlumbaan kesenangan. Hanya bermodalkan RM10, anda mungkin JUTAWAN. Jangan bertangguh LAYARI http://www.DanaNiaga2u.com/62050612

Jumaat, 14 November 2014

RAJA AZMI CERAI LAGI

PENERBIT filem Raja Azmi Raja Sulaiman memberitahu punca dia dan suaminya Mohd Eddie Ghazali bercerai adalah kerana ditegur oleh suaminya selepas dia keluar tanpa meminta izin terlebih dahulu.
"Apabila dimarahi, hati saya terluka kerana saya terasa dengan tegurannya itu. Rasa sedih sangat-sangat. Dia telah pun meminta maaf dan memujuk tetapi luka saya itu tidak terubat.
"Bagi saya, jika tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara seperti ini saya akan berterusan menjadi isteri yang derhaka. Lebih baik kami berpisah.
"Dia ada usaha untuk mengekalkan rumah tangga ini, cuma mungkin saya yang langsung tidak berusaha," katanya kepada mStar.
Pasangan itu sah bercerai dengan talak satu semalam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.
Dalam pada itu, Eddie yang sebak dengan perceraian ini berkata, ia merupakan satu pengajaran buatnya agar lebih berdiplomasi dalam menegur seorang isteri.
"Kesilapan saya adalah daripada segi teguran yang kasar sehingga mengundang sebelah pihak terasa hati. Tetapi nak buat macam mana, ia sudah pun berlaku dan hidup mesti diteruskan seperti biasa."
Terdahulu Raja Azmi dan Eddie telah selamat diijabkabulkan pada 13 Oktober 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan