KENINGAU
(Sabah, Malaysia): Peribumi menegaskan bahawa pengikut fahaman pembangkang tidak sepatutnya menuding jari ke arah
kerajaan, berhubung dengan masalah
Pendatang Tanpa Izin (PATI) di negeri ini.
Dato' Seri Najib Razak menyuap makanan kepada salah seorang warga emas |
Peribumi atau
Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman memberitahu, hampir kesemua rakyat di
negeri ini memberi perlindungan kepada PATI menyaksikan masalah itu semakin
tidak terkawal.
“Saya
memberitahu di sini bahawa pengikut fahaman pembangkang turut berlanggan dengan
perkhidmatan PATI,” dedah jurucakap kelab itu dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan di Keningau.
DATUK MUSA AMAN |
Menurut kajian
Peribumi, kecenderungan berlanggan terhadap perkhidmatan PATI disebabkan faktor
bayaran, menyebabkan PATI tidak akan mampu dibendung kerana perisainya adalah
semua pihak di negeri Sabah.
“Hanya
segelintir yang mengaji warga asing melalui saluran yang betul,” jelas kelab
itu dan menambah;
“Majikan terlalu
berhati-hati apabila menawarkan jaminan kepada pekerja asing dengan sikap
mereka yang tidak statik kepada seorang majikan’.
Jesteru 60
peratus daripada pekerja buruh di negeri ini merupakan PATI, dan menjadi
pilihan terbaik kepada hampir kesemua majikan khususnya dalam sektor binaan dan
perladangan.
Kecuali rakyat
miskin tegas Peribumi, akar umbi, pemimpin, kakitangan kerajaan serta
pembangkang sendiri adalah pelindung warga haram itu.
Menegaskan
bahawa masalah ini berada dalam tahap kritikal, Peribumi mengingatkan pemimpin
dan pengamal fahaman pembangkang agar jangan berlagak hero dengan mencanang isu
PATI, dengan tujuan mempengaruhi akar umbi untuk membenci kerajaan semata-mata survival
politik mereka.
Mengambil contoh
masalah penjualan rokok haram di Keningau yang begitu sukar dibendung, Peribumi
memberitahu masalah itu tidak akan ada
penamat selagi semua pihak, khususnya penduduk tempatan masih wujud sebagai
pengguna utamanya.
“Cuba kita lihat
pengguna rokok jenama era, gudang garam dan sebagainya adalah dikalangan
penduduk tempatan,” jelas kelab itu dan menekankan, kakitangan kerajaan hatta
pemimpin kampung seperti Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, WKAN dan KAN adalah
pengguna rokok haram tersebut.
Warga asing di
negeri ini terdiri daripada mereka yang memiliki pasport dan berada di sini
sebagai pelancong (lawatan sosial), Pas Kerja dan mereka yang datang tanpa
sebarang dokumen.
Warga asing yang
berada di negeri ini datang daripada pelbagai negara seperti Indonesia,
Filipina, china, India, Pakistan, Thailand dan negara-negara lain dalam Asean.
Begitupun,
Peribumi menjelaskan bahawa penekanan terhadap warga asing khususnya PATI hanya
kepada mereka yang datang dari negara Indonesia, dan tidak kepada mereka yang
datang dari negara-negara yang lain seperti China, India, Pakistan serta yang
lain-lain, menyaksikan PATI dari negara ini seolah-olah terselamat.
Penyokong
dasar-dasar kerajaan itu menekankan, Peribumi tidak mempunyai kaitan dengan politik
tetapi menekankan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Datuk Seri
Musa Hj. Aman di Sabah adalah yang terbaik.
Kelab itu mahu
supaya ahli-ahlinya dikalangan kaum Dusun dan Murut di pedalaman supaya
memperkasakan sokongan terhadap kerajaan BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan